Halaman

Sabtu, 27 Ogos 2011

Lagu raya ary yang pertama... Gema Di Aidilfitri...

Links to this post
            Assalammualaikum semua.... ary rasa da berapa lama ary tak menulis.. x sempat larr... sebenarnya kalau nak ikutkan banyak benda yang nak dituliskan... tapi memang bz sikit... tapi takper la kan... korang yang sudi baca pun da satu bonus buat ary,

            Sebelum tu ary nak mohon ampun maaf di atas segala perilaku ary yang mana mungkin buat korang dan orang yang mengenali ary dengan rapat pernah tersinggung dengan ary... ary mohon maaf ye.. maaf zahir batin... lagi berapa hari je kita nak rayakan..

         
              Untuk entry ary kali ni ary nak dengarkan buat korang lagu hari raya yang pertama sekali ary buat... lagu ni tercipta sekitar tahun 1995... da lama da lagu ni...

              lagu ni amat bermakna buat ary... ary pernah menangis bila ary sendiri nyanyi lagu ni tau... bukan kerana ary nak bagi tau lagu ni sedap didengar tapi ary begitu amat menghayati lagu ni.. sebab lagu ni untuk kedua ibubapa ary... ary rindu sangat kat mereka pada masa tu...

              korang dengar ye...lagu ni pendek ajerk... tapi amat istimewa...



GEMA DI AIDILFITRI
melodi lagu dan lirik ciptaan : Ary Ariasputera


Gema sayup takbir di angkasa
tanda syawal menjelma
mengalir air mata dipipiku
terkenang sewaktu bersama


Duhai ayah ampunilah dosa dosaku
yang pernah mengasari hati tuamu
duhai bonda ampunilah dosa anakmu
yang pernah menghiris naluri kasehmu


Aku rindu belaian tanganmu
ingin ku cium mohon keampunan
aku rindu pada mu ayah dan bonda
aku rindu...

             Amacam... ader rasa syahdu tak? terima kaseh buat korang yang sudi mendengar ye... komen komen la sikit...kongsikan kat member jugak kalau korang suka...

             Untuk pengetahuan korang jugak semalam pagi ary dapat hasilkan sebuah lagi lagu raya... versinye agak rancak... ary ader dengarkan pada member.. mereka juga suka.. tapi ary tak tau dapat rakamkan ke tidak sebab tak sempat... besok malam ary da bertolak ke Terengganu Setiu... bersabar je la kan...

              Apa pun sekali lagi.. ary mohon ampun dan maaf zahir dan batin... harap korang sudi memaafkan ary ye.. semoga aidilfitri kita kali ni membawa bahagia buat kita...

assalammualaikum.... semua...

NAk DengaR Lagu RAya CipTaAn Ary YAng terBaru.. AgaK RAnCak.. Jom KLik http://ariasputera.blogspot.com/2011/08/salam-lebaran-buat-semua-ary-dendangkan.html


Rabu, 10 Ogos 2011

Kenali Chamber Music Studio Batu Pahat

Links to this post
            Assalammualaikum...

            Terima kaseh wat u oll yang maseh sudi baca perjalanan ary... mula mula ary ingat nak ceritakan mengenai persembahan ary di Mini Concert Chamber Music Studio yang telah diadakan di pentas utama Batu Pahat Mall atau lebih di kenali BPMALL pada 03 Julai 2011.

            Tapi sebelum tu ary nak ceritakan tentang Chamber Music Studio.... kenali mereka jom...


            Chamber Music Studio ni beralamat di Bangunan Lian Hoe Plaza. Jalan Abu Bakar, Batu Pahat. Dikendalikan oleh Guitarist Terbaik Batu Pahat bersama keluarga Yeap. Chamber Music Studio ni adalah perniagaan keluarga.

             Ary kenal mereka da lama, sejak mula mereka buka studio jamming di WIRA COURT di Batu Pahat dan berpindah ke Menara MDBPB Bus Stand seterusnya ke Bangunan Lian Hoe Plaza ( berdekatan Bus Stand Batu Pahat )

            Sekarang Chamber Music studio lebih menumpukan kepada penjualan alat musik dan kelas mengajar. Perniagaan mereka amat maju sekarang, pelajar yang belajar di kelas yang ditawarkan juga semakin bertambah...

            Jom kita kenali tenaga pengajar di Chamber Music Studio.


Raymond Yeap atau lebih dikenali dengan nama Akun
 * Elektrik Guitar *
 * Bass Guitar * 
 * Drum tutor *



Zamzahrin Abd Mutalib atau lebih dikenali Zam Protnoy
* Drums *
* Stroking *
* Twin Padle Tutor *


Stood
* Elektrik Guitar *
* Pop Guitar *
 * Bass Guitar tutor *


Jayson Teoh
* Elektrik Guitar Totur *


Thong Hoa Cheng
* Drums *
* Piano Tutor *


Joanne Yeap
* Piano *
* Drums *
* Keyboard tutor *

             Mereka semua ni da pro main alat music... memang bes... Kalau nak tahu mereka adalah anggota kumpulan rock band The Blaze... kalau korang nak jengah wall facebook The Blaze korang klik SINI tau. Kumpulan The Blaze sudah banyak mendapat piala dalam persembahan mereka, antaranya...

* The Best Guitarist ~ 2006 Battle Of The Band *
* The Best Guitarist ~ 2005 Battle Of The Band *
* The Best Drummer ~ 2005 Battle Of The Band *
* Battle Of The Band ~ 2005 Band Performance 5th *
* Naib Johan ~ 2008 Battle Of The Band KHUITTO University *
* The Best Guitarist ~ 2009 Battle Of The Band *
* The 3rd Best Band performance ~ 2006 Rakan Muda *
* Champion ~ 2009 Battle Of The Band  *
    * The Best Guitarist ~ Asian Beat 2006 *

             ************************************************************************      

            Dan kalau korang berminat nak beli sebarang alat music dan belajar di kelas yang ditawarkan oleh mereka boleh hubungi melalui facebook Chamber Music Studio atau mana mana facebook yang ary tuliskan di atas. Mereka juga menawarkan membaiki alat music. 

            Semua yang ary tuliskan ini adalah sebagai tanda  terima kaseh buat Chamber Music Studio kerana memberi ary peluang membuat persembahan bersama mereka di Mini Concert Chamber Music Studio yang telah di adakan pada 03 julai 2011 di Batu Pahat Mall atau BPMALL. 

            Pada entry ary yang akan datang ary akan tuliskan apa yang ada mengenai persembahan ary di Mini Concert Chamber Music Studio... dan ary akan ceritakan apa yang istimewa pada hari itu.. korang tunggu ye..

           Ok sebelum ary tutup laptop... ary letak sebuah video rakaman live dari studio Chamber Music Studio.. Bersama The Blaze... Rock Band dari Batu Pahat!!! Jom layan rock bersama THE BLAZE!!!!!




             Nantikan entry cerita ary mengenai Mini Concert Chamber Studio... layanzzzz... YEARGGGHH!!!!

Isnin, 1 Ogos 2011

Keputusan... Contest Bersama Ary... Tunjukkan Bakat Anda...

Links to this post
            Assalammualaikum semua... Terima kaseh kepada semua yang memberi maklum balas pada cubaan ary yang pertama untuk buat contest... kepada yang sedia maklum... pada 17Jun 2011 ary buat satu contest untuk sesiapa coverkan lagu lagu ary... kalau korang nak tahu contest ary yang lepas... hehehe.. baru semalam tamat tau... korang ble klik Contest Bersama Ary... Tunjukkan Bakat Anda... kalu nak usha contest ary tu.

            Namun disebabkan tiada penyertaan yang lengkap dan mencukupi... maka contest ary pada percubaan ary yang pertama ini... ary anggap tak berjaya.... dan terbatal... namun insyalah akan datang pasti ary adakan contest lagi... cadang untuk hari raya ni ary nak adakan contest juga tapi... tengokla dulu.. dalam perancangan lagi...

           Kepada semua yang membaca entry ary ni, ary mohon ampun dan maaf kalau ader salah silap semasa ary menganjurkan contest... ary juga ingin mengambil kesempatan ini... untuk mengucapkan selamat berpuase pada semua... dan selamat menjalani ibadah agar puase kita sempurna... dan ary jumpa dua entry yang berkenaan Contest Bersama Ary... Tunjukkan Bakat Anda...

           Jom usha....

           Terima Kaseh yang tak terhingga buat saudara Fzal Ijai Pemilik blog Pedamba Mawar... klik nama kalu nak add kat facebook... saudara Fzal Ijai pun ader fans page kat facebook korang klik http://www.facebook.com/pages/Blog-Pendamba-Mawar/210960955611028 sini... bole join fans page mamat ni...

            Entry Fzal Ijai mengenai contest ary... http://pendambamawar.blogspot.com/2011/06/untuk-mawar-mawar-putih.html
            Terima kaseh ye Ijai, kerana sudi mencuba menyanyikan lagu dan lirik ciptaan ary yang bertajuk "Ibarat Mawar"... ary amat menghargainya...

            Terima kaseh juga buat Saudara Jecko Paparazul pemilik blog Nawaitu Hatiku, saudara Jecko juga punya fans page kat faebook korang ble klik http://www.facebook.com/pages/Jecko-Paparazul/174123255975934 sini kalu nak join...

            Entry saudara Jecko Paparazul tentang contest ary korang ble klik kat sini kalu nak usha... http://nawaituhatiku.blogspot.com/2011/06/contest-bersama-ary-tunjukkan-bakat.html terima kaseh sangat... sekali lagi ary amat menghargainya...

            Ary jumpa ini saja.. kalau korang ader buat sebarang entry atau video atau apa sajela tentang contest ary yang mungkin ary tak jumpa.. sila beri link kat entry ni ye.. ary pasti singgah...


            Okla.. ary sampai sini saje... masa berbuka tak lama lagi ni... tinggal beberapa jam saje lagi... selamat berbuke dengan penuh gembira bersama keluarga ye... semoga puasa kita dihari pertama bermakna hendaknya... insyallah...

           Assalammualaikum....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom layan karya karya asli Ary... Klik Gambar Derrrr...