Halaman

Khamis, 23 Ogos 2012

Movie with Ary - Kampung SeMARAH Padi



Di kampung yang seluruh penduduknya hidup dalam keadaan marah semarah marahnya akibat terkena sumpahan seorang gadis bernama Musalmah.

Musalmah telah dijatuhkan hukuman mati akibat termakan buah cempedak milik penghulu Siak.Sebelum mati Musalmah telah membuat sumpahan bahawa penghulu Siak serta seluruh penduduk kampung akan menjadi marah selama tujuh keturunan

Sejak itu hiduplah penduduk Kampung Se'marah' Padi dalam kemarahan,dari segi tutur kata mereka,perilaku mereka dalam keadaan marah semata mata.Itulah cara hidup penduduk Kampung Semarah Padi.

Selepas terkena sumpahan, penduduk kampung Se'marah' Padi masih lagi hidup dalam keadaan marah.Pada suatu hari penduduk kampung telah menyelamatkan Kasim yang terdampar di tepi sungai.Kasim yang berasal dari kampung lain telah dibawa ke rumah penghulu Siak.

Sejak itu Kasim dirawat oleh Penghulu Siak,isterinya Tanjung dan anaknya Meriam.Setelah sembuh Kasim menjadi hairan dengan penduduk kampung Se'marah' Padi,walaupun hati dan perbuatan mereka baik tetapi percakapan mereka sentiasa kasar dan dalam keadaan marah.

Oleh kerana terhutang budi kerana telah diselamatkan, Kasim berniat untuk berbakti kepada penduduk kampung Semarah Padi dan mengajar mereka untuk bertutur secara normal dan mengawal kemarahan mereka. Kasim membuka kelas mengawal kemarahan(anger management)bagi penduduk kampung.Tapi jasa baik Kassim dicemburui oleh Sudin dan kemudian diusir dari Kg itu..Sebelum diusir,sesuatu terjadi sekali lagi di kampung itu

Huhuu... Bes Gak Layan Citer ni...





















Huhuhuhuhu....



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom layan karya karya asli Ary... Klik Gambar Derrrr...