Halaman

Selasa, 6 November 2012

An-nur Idola Kecil 5

Jom beri sokongan untuk adik An-nur...

Like wall...http://www.facebook.com/pages/An-nur-Idola-Kecil-5/556240861069761

dengar juga luahan hati An-nur melalui lagu single pertamanya... http://www.youtube.com/watch?v=GbSY0WW0OQc

Jangan lupa tonton An-nur di Idola Kecil setiap sabtu jam 830 malam di TV9 dan Mini Idola Kecil setiap hari dari isnin hingga jumaat 6.58ptg..

Like like L.O.V.E...



Jumaat, 26 Oktober 2012

Jom sokong Adik An-nur antara 11 finalis musim ke 5 TV9 2012



dalam proses baiki blog... ader masalah cket... huhuhu.. sentiasa la korang untuk dapatkan info terkini dari ary melalui facebook ary di http://www.facebook.com/ariasputera .. terbaek untuk korang... dan jangan lupa undi penyanyi cilik ary iaitu Adik An-nur yang telah berjaya tercalon diantara 11 finalis Idola Kecil 5 di TV9 2012...

Rabu, 29 Ogos 2012

Aduhai... macam cilake video ni...

           Kaki kena makan dengan singa... giler dier dier punyer rembat... memang bole buat cabut nyawa... memang real... baek punyer...



Khamis, 23 Ogos 2012

Movie with Ary - Kampung SeMARAH Padi



Di kampung yang seluruh penduduknya hidup dalam keadaan marah semarah marahnya akibat terkena sumpahan seorang gadis bernama Musalmah.

Musalmah telah dijatuhkan hukuman mati akibat termakan buah cempedak milik penghulu Siak.Sebelum mati Musalmah telah membuat sumpahan bahawa penghulu Siak serta seluruh penduduk kampung akan menjadi marah selama tujuh keturunan

Sejak itu hiduplah penduduk Kampung Se'marah' Padi dalam kemarahan,dari segi tutur kata mereka,perilaku mereka dalam keadaan marah semata mata.Itulah cara hidup penduduk Kampung Semarah Padi.

Selepas terkena sumpahan, penduduk kampung Se'marah' Padi masih lagi hidup dalam keadaan marah.Pada suatu hari penduduk kampung telah menyelamatkan Kasim yang terdampar di tepi sungai.Kasim yang berasal dari kampung lain telah dibawa ke rumah penghulu Siak.

Sejak itu Kasim dirawat oleh Penghulu Siak,isterinya Tanjung dan anaknya Meriam.Setelah sembuh Kasim menjadi hairan dengan penduduk kampung Se'marah' Padi,walaupun hati dan perbuatan mereka baik tetapi percakapan mereka sentiasa kasar dan dalam keadaan marah.

Oleh kerana terhutang budi kerana telah diselamatkan, Kasim berniat untuk berbakti kepada penduduk kampung Semarah Padi dan mengajar mereka untuk bertutur secara normal dan mengawal kemarahan mereka. Kasim membuka kelas mengawal kemarahan(anger management)bagi penduduk kampung.Tapi jasa baik Kassim dicemburui oleh Sudin dan kemudian diusir dari Kg itu..Sebelum diusir,sesuatu terjadi sekali lagi di kampung itu

Huhuu... Bes Gak Layan Citer ni...





















Huhuhuhuhu....



Sabtu, 18 Ogos 2012

Bulan puasa ni... pengalaman yang manis...

           Simple... aku permudahkan... kang nanti citer banyak banyak korang penin... citer serba ringkas... bulan puasa ni kan banyak yang bole di ceritekan... tentu korang pun banyak benda yang berlaku yang bole korang ceritakan kan... begitu juga aku...


           Banyak perkara yang berlaku sebenarnya... tapi ary cerita sikit je la.. alhamdulillah... bulan puasa 2012 ni... ary dapat buat persembahan di Pinetree Hotel Batu Pahat... Berpeluang juga buat persembahan dekat Kipmart Kota Tinggi.. alhamdulillah..


           Ary juga dapat buat persembahan dekat B&S Boutique Hotel Batu Pahat.... alhamdulillah..


          Tapi ary bukan seorang... kami ramai... ibarat satu team.. satu kumpulan.. cumer berjadual la bila bila persembahannya dalam bulan puasa ni... apa pun alhamdulilah... nak tahu tak ary dengan sapa...?


            Kalau nak tahu ni la kumpulan Zapin Sanggar Budaya... Seronok tengok diaorang ni... sebenarnya kumpulan diaorang ramai... tapi masa tu 4 orang je yang datang sebab pentas kecil ajekr... Kumpulan Sanggar Budaya ni pernah buat persembahan kat PutraJaya tau...


            Haaa... yang ni DJ Rem... fuyoo... memang macho mamat ni... radio on line secara live... memang terbaek arrr mamat ni....


          Yang ni ary bersama kumpulan Zapin Jelita dari Parit Raja Batu Pahat dan adik An-nur... artis naungan Sejuta Suara Production... adik an-nur ni juga penyanyi lagu dan lirik ciptaan ary.. Lagu Buat Ibu dan Berikan Aku Cahaya...


           Yang baju biru tu Dj Cap Ayam FM, An-nur dan Ary.... huhuhu....


           Bersama MR EVENT... Eric Chia... da nama mr event... memang banyak event ni dia kendalikan..

  
            Haa.. Ni Team Cap Ayam FM ni... ader sorang lagi.. dierpunyer soundman... jap lagi korang kenal..


          Haa... yang ni gambar kumpulan Gerak Tari Warisan.. dekat Kipmart Kota Tinggi... ary ader buat persembahan kat sana.. tapi gambar ary tak de orang nak tolong amik... sian betul.. tunggu Kipmart upload gambar ke facebook... hehehe....


           Sebenarnya ada ramai lagi.. tapi gambar belum dapat... apa pun ary memang seronok berkerjasam dengan mereka semua.... terima kaseh sangat sangat..


           Semua ni memang pengalaman yang amat menghiburkan... ary amat bertuah rasanya melalui pengalaman ini... thanks for u oll...



           Tapi bulan puasa ni ader lagi yang lebih istimewa tau...


           Dekat Pinetree Hotel ni juga la ary buat satu kejutan kepada team Cap Ayam FM dengan menyerahkan sebuah lagu lirik ciptaan ary kepada mereka... sebagai tanda sokongan ary kepada mereka... lagu tema Cap Ayam FM yang bertajuk "Kami Cap Ayam FM"...

           Idea Allah beri... dapat satu lagu terus siap... alhamdulillah...

           Korang memang... cahiyokkk!! Dari Kiri... Jeff Bising Ary Syeera dan Yasmandy... nak tengok tak video semasa ary menyerahkan lagu tu pada mereka... huhuu... jom layan..


          Dan ary juga buat dan edit video karaoke lagu "Kami Cap Ayam FM " ni... jom karaoke jap.. layannn..


          Semua pengalaman ni memang bes bes dan bessss.... terima kaseh sekali lagi wat mereka yang bessss..... dan wat korang juga... sebab korang pon besss... sebab sudi baca entry ary yang gini gitu ni...

          Apa pon... Selamat Hari Raya... Maaf Zahir dan batin... Dan Salam Lebaran... cer la dengar dengarkan lagu raya ary Salam Lebaran... jom jom... Raya Jom..




Sabtu, 11 Ogos 2012

Penyerahan lagu tema buat team Cap Ayam FM secara "live"

           Alhamdulillah alhamdulillah Alhamdulillah... dapat juga idea macam ni... ary ntah macam maner ble dapat idea pulak nak buat kejutan macam ni.. secara "live" pulak tu... malah di pentas hotel pulak tu... perghh... memang panazzzz....




             Sebenarnya kami memang ada buat persembahan sempena majlis berbuka puasa di PineTree Hotel Batu Pahat... dan ketika detik terakhir... ketika itulah ary naik pentas dan buat pengumuman.. yang sememangnya mereka tidak jangka ary buat macam tu... huhuhu...

            Apa pun.. ini adalah sebagai tanda sokongan ary kepada mereka... memang team Cap Ayam FM berkebolehan untuk memeriahkan majlis di bawah kelolaan mereka... diaorang berprinsip tak mahu orang mengantuk... memang berbaloi kalau korang dapat khidmat mereka ni...

            Arghh... cakap banyak tak guna... jom kita tengok videooo penyerahan lagu tema buat team Cap Ayam FM... semestinya original dari Ary Ariasputera...




            Amacam... ok tak?  Simple jerk ary buat... huhuhu... kalau kurang jelas.. kat bawah ni lirik dier...

Tajuk Lagu Tema : " Kami Cap Ayam FM"
Lagu & Lirik Ciptaan : Ary Ariasputera
Muzik Edit : Ary Ariasputera
Tarikh Dicipta : 05 Ogos 2012
Copyright ariasputera.blogspot.com

Kami Sama Anda
Semuanya Ceria
Kami Juga Sama
Ceria Sama Anda

Kamilah, Kamilah
Cap Ayam FM, Cap Ayam FM. Cap Ayam FM
Ceria Di Majlis Anda

Syeera Juga Sama
Menghiburkan Anda
Abang Jeff Serupa
Menceriakan Anda

Kamilah, Kamilah
Cap Ayam FM, Cap Ayam FM, Cap Ayam FM
Ceria Di Majlis Anda


* Terima kaseh buat semua yang menonton video ini... ary sayang korang... muaahhh ha ha ha ha...


Isnin, 6 Ogos 2012

Kisah Setin air... perghhhhh!!!!!

           
             Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka, lalu mereka pergi ke pejabat agama, jumpa tok kadi untuk minta nasihat.

             " Kenapa awak rasa awak layak paling layak bela anak itu...?" tanya si kadi kepada perempuan.

            "Saya yang mengandungkan anak itu... saya yang melahirkan anak itu... dia keluar dari perut saya..." jawab perempuan itu...

            "Hah, kamu bagi alasan kenapa patut kamu yang bela anak itu... tanya si kadi pada bekas suami perempuan itu.

           " Tuan kadi.. kalau lah saya ada syiling seringgit, dan saya masukkan dalam vending mesin, pas saya tekan butang pilihan... maka keluarlah setin air minuman... saya nak tanya tuan... air tin tu hak saya ke... hak mesin..?

           " Hak kamu ler..." jawab si kadi.

           " Hah! Sama le dengan kes ni pun kan... kan... kan...?


* Aduyai... tergelak gua baca... hahahaha... apa pun bole...


Cara halus yahudi pengaruhi kita...



BIJAK sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum SUSU LEMBU BUATAN MEREKA, tapi mereka minum SUSU KAMBING, ...MEREKA minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.
Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1.KITA diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI kawan!





Sabtu, 4 Ogos 2012

Salam Lebaran.. Pengalaman getir di BNS Boutique Hotel Batu Pahat

           Haaa... memang kalut la masa tu kan... macam macam yang bermain di fikiran... bukan aper cuma ary nak cerita pasal apa yang berlaku, apa yang terjadi masa kat BNS Boutique Hotel Batu Pahat...


          Haa... sebelum ary cakap lebih lanjut tentang apa yang berlaku moh kita tatap hal lain.... Hari ni 02 Ogos 2012... ary ader buat persembahan mengiringi team Jeff Cap Ayam Fm yang sememangnyer popular dengan kekecohan dier... memang terbaek lah Cap Ayam FM masa tu... Gamat Suasana masa tu...

           
          Tetamu yang hadir di BNS Boutique Hotel masa tu memang ramai yang berbuka puasa ketika itu... memang meriah... ader hampir 50 tetamu yang hadir... kalau tak silap ader warga MBSB... memang bes... seperti biasa Jeff dan Sheera terlebih dahulu menghiburkan penonton... memang terhibur...


             Suasana Memang meriah... tapikan kali ni gambar ary tak de la kat saner... huhuhu sedih meskiipun ary ader wat persembahan... tak der nak amikkan... sebab ary jadi jurukemera tambahan kat saner... hehehe... part time job... ble ke gitu... bole la... asalkan bahagia ye tak.. hehehe..


            Makan kat saner pun sedap... snap punyer snap... eh.. balik baru sedar... yang berdiri kat juadah tu DJ SEPARAPFM larrr...DJ Firhan... ntah bile pulak dier ader kat situ... macam magic pulak... memang bersalam salaman berpeluk pelukan kita orang masa tu... DJ Firhan ni ader menyanyi jugak malam tu... perghh!!! Memang suara dier all out lah... bes giler... bole tahan jugak mamat ni nyanyi... DJ serba bole la katakan...


          Ni larr kalut yang ary nak cerita tu... masa ary mula buat persembahan... ary ingat nak berbual secara live dengan Jeff Bising sebelum nyanyi... larrr mike off pulak... hehehe... aper larrr... yang ary kesalkan... ye la tau... memang salah ary sendiri sebab tak check dulu... masa ary nyanyi lagu raya Ciptaan Ary Salam Lebaran... tali sandang gitar terlepas... dan gitar hampir jatuh... adoiyai... tuhan saje yang tahu...

          Bagaimana pun alhamdulilah ary dapat teruskan juga meskipun sukar petik gitar masa tu... rasanya memang ary betul betul kesal perkara tu berlaku... sebab ary memang benar benar nak push lagu raya ary Salam Lebaran ni... lagu baru kita persembahkan pada orang... tak sedaplah ader cacat cela...

          Lain kali check betul betul.... aper la...


           Sebahagian tetamu yang berposing kat pentas.... ary tak selit pun lagi... memang langsung lah tak der gambar ary masa ni.,... hahahaha huhuhuhu.... tak per...esok kan ader perfom lagi...

          Rupanya majlis berbuka puasa tak habis sampai situ.. sebab kami dikejutkan lagi bahwa ader majlis perpisahan... kalau tengok gambar yang ramai ramai tu... yang tengah baju putih tudung biru tu yang di raikan tu... bukan rai la... majlis sedih tu... 

          Namanya Norliana... akan bertugas dipejabat baru meninggalkan rakan rakan lama di pejabat yang lama... mungkin Norliana ni naik pangkat... kalau ye... Tahniah...



          Habis jer di BNS Boutique Hotel Ary bergegas ke Pine Tree Hotel Batu Pahat sebab penyanyi Lagu Buat Ibu lagu ciptaan ary iaitu An-nur dan DJ Rem ader buat persembahan di sana... persembahan mereka pun meriah kat sana... tahniah... dik... dan bro Rem sebab berjaya memukau penonton...

          Apa pun pengalaman ari ni memang bes... sempat jugak lah berduet dengan An-nur lagu seloka hari raya...

          Korang dah dengar belum lagu raya ciptaan Ary Salam Lebaran.... aper ye pendapat korang... memang ary benar benar nak push lagu raya ni taun ni... dimana saja... persembahan... lagu Salam Lebaran wajib ary persembahkan... doakan lagu ni dapat tempat yang lebih baik ye...

          ary nak g keje ni... balik keje nanti nak berSalam Lebaran Di Pine Tree Hotel pulak... jom berbuka puasa kat sanerrr...


Jumaat, 3 Ogos 2012

Aku rasa kecewa... minta tolong kawan kawan...

           Baru balik dari rumah kawan... kecewa betul aku... mungkin pada korang tak mengapa tapi bagi aku satu kehilangan... bila apa yang aku inginkan... tak sampai... kusut jugak rasanya...


           Aku tak tahu nak cakap macam maner... sebenarnya macam ni... aku g umah member... guna laptop dier tuk dengar video lagu ciptaan aku... ntah macam maner... banyak yang bisu.. tak der bunyi... cumer video yang aku tak edit jerk bunyi... huh! pening...

           Peningnyer kenapa... dah 80 video lagu da aku buat... edit... dan kebanyakkannya... tak ramai yang dapat dengar... videonyer bisu... kenapa aku tak tahu...

           Aku pun tak tahulah sama ada korang dapat dengar lagu lagu ciptaan aku lepas klik video aku... ni sebenarnya  masalah buat aku... sebab sayang sekali bila lagu lagu ciptaan aku ramai yang tak dapat dan bole dengar... apatah lagi bila aku sekarang memang tengah promote giler giler lagu raya ciptaan aku yang rancak iaitu Salam Lebaran...

          Terperanjat aku bila 3 laptop aku test.. semua video yang aku edit semua bisu... cuma video yang rakam dari hp atau yang aku tak edit jerk bersuara... kenapa ek??

           Aku selama ni edit video guna Window Live Movie Maker... korang ader link atau cadangan tak guna jenis edit video yang lain... hampa betul aku bila macam ni...

     

Khamis, 2 Ogos 2012

Pengorbanan Ayah...



Kisah Anak Seorang Tabligh

Bila kisah ini menyinggah di pandangan mataku...sejenak aku berfikir. Sejenak itu jua aku pantas menjadikan ia satu perkongsian untuk semua. Tidak kupasti siapakah penulis kisah ini, namun di alam maya ini, aku terpanggil untuk menjadikan ianya satu pengisian yang menarik.

"Disini saya hendak bercerita sedikit tentang ayah saya yang juga seorang karkun atau tabligh. Hanya tuan-tuan sahaja yang dapat membuat kesimpulan dengan apa yang terjadi. Kisah ini hanya sebagai renungan kita bersama sementara masih hidup.

Pada 1 mei 2009 yang lepas ayah saya baru sahaja meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan juga ulser perut. Saya hanya mempunyai 2 orang adik yang masih lagi belajar. Adik saya yang pertama masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi dan yang kedua pula masih bersekolah di tingkatan lima manakala ibu pula sudah lama meninggal dunia pada tahun 1997. Saya pula berumur 23 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembantu teknik. Sejak kematian ibu ayahlah yang menjaga dan mendidik kami dengan penuh kasih sayang.

Walaupun hanya bergantung kepada pencen ibu yang diterima setiap bulan dan pendapatan ayah yang bekerja sebagai pembantu kedai tidak seberapa tapi kehidupan kami tetap bermakna. Ayahlah satu-satunya yang kami ada. Walaupun kehidupan kami tidak mewah tetapi dengan apa yang ada kami tetap bersyukur dan ayah masih lagi mampu untuk menyara kami sekeluarga sehinggalah saya dapat belajar di intitusi pengajian tinggi awam.

Ayah telah memberikan kami didikan agama yang cukup sempurna sejak dari kecil lagi. Setiap kali selesai solat maghrib kami akan membaca taklim (Hadis) dirumah sementara menunggu waktu isyak. Semua ini adalah hasil didikan ayah sejak kecil lagi kepada kami adik-beradik hingga kini dan tidak pernah kami tinggalkan.

Walaupun ayah selalu keluar ke jalan ALLAH 3 hari setiap bulan dan 40 hari setiap tahun iaitu selepas raya aidilfitri atau hujung tahun tetapi tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga tidak pernah ayah abaikan. Walaupun seringkali meninggalkan kami sendirian tetapi kami tetap redha kerana kami tahu ayah menjalankan tanggungjawabnya kepada agama dan masyarakat. Kami percaya yang ALLAH akan membela dan memelihara kami walaupun tanpa ayah. Saya juga seringkali mengikut jemaah keluar kejalan ALLAH bila ada kelapangan walaupun semasa bergelar seorang penuntut.

Tetapi usaha yang ayah jalankan ini tidak mendapat sokongan dari ahli keluarga dan saudara-mara yang lain kerana mereka menyangka yang ayah tidak bertanggungjawab kepada anak-anak. Walaupun begitu ayah tetap tenang dan tidak mudah melatah dengan apa yang ayah hadapi walaupun kutukan demi kutukan terus dilemparkan, ini kerana ayah telah melakukan usaha ini sejak dari umur belasan tahun lagi. Ayah juga sering berpuasa di bulan rejab, syaaban, ramdhan berturut-turut dan melakukan solat malam, tidak pernah ayah tertinggal walau satu malam sekali pun, selesai solat ayah akan memanjatkan doa kepada ALLAH S.W.T meminta pertolongan, bantuan dan memohon kepada ALLAH agar anak-anaknya menjadi seorang insan yang berguna dan tidak sekali-kali meninggalkan ibadah.

Setelah tamat pengajian saya telah dipanggil untuk ditemuduga bagi jawatan juruteknik di sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja bagi industry petroleum, gas dan petrokimia sekali gus diterima bekerja. Saya terlalu bersyukur kepada ALLAH kerana memakbulkan doa ayah selama ini dan saya tidak pernah menganggur setelah tamat pengajian. Berkat doa ayah juga lah saya dapat mengecapi kejayaan pada hari ini. Setelah 2 tahun bekerja saya telah dinaikan pangkat kepada pembantu teknik, walaupun begitu tidak pernah sekali pun saya mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang hamba kepada ALLAH dan anak.

Semasa ayah dimasukkan ke wad ICU di Hospital Kuala Lumpur ramai antara kenalan ayah yang datang dari dekat mahupun jauh, ada antara mereka yang datang dari Jordan, Kuwait, Pakistan dan Arab Saudi. Kesemua mereka adalah jemaah-jemaah Tabligh yang telah sama-sama melakukan usaha di Malaysia. Mereka datang sebaik sahaja mendapat berita yang ayah telah dimasukkan ke hospital walaupun baru hari kedua ayah dimasukkan ke wad.

Semasa diwad ICU ayah tidak pernah melakukan perbuatan yang pelik dan ayah tidak pernah sekalipun meninggalkan solat lima waktu walaupun terpaksa baring diatas katil hinggalah pada hari jumaat 1 may 2009 semasa sedang solat asar rakaat kedua secara tiba-tiba ayah mula tidak sedarkan diri kerana luka pada usus telah berdarah kembali.

Semasa ayah sedang sakit pernah saya hendak menghantar ayah untuk menerima rawatan dihospital kerana penyakit kencing manis tetapi ayah menolak kerana susah untuk menunaikan solat di sana. Walaupun ayah sakit ayah masih lagi mampu menunggang motorsikal untuk menunaikan solat lima waktu di masjid dan masih lagi menjalankan usaha dengan keluar 3 hari.

Sebelum ayah mendapat penyakit kencing manis pada awal april 2009 ayah telah berniat untuk keluar 40 hari ke jalan ALLAH untuk melakukan usaha tersebut dan ketika sakit ayah tetap berkeras dengan keputusan yang dibuat. Bagi saya sebagai seorang anak saya tiada hak untuk melarang ayah dari terus melakukan usaha malah saya berharap agar ALLAH dapat memelihara ayah dari sebarang perkara yang tidak diingini. Saya redha jika ayah pergi ketika melakukan usaha tersebut kerana mati dijalan ALLAH adalah mati syahid dan saya bersyukur sekiranya ia terjadi. Tetapi belum sempat ayah melakukan usaha ALLAH terlebih dahulu mengambil nyawanya.

Pada jam 2100 1 mei 2009 ayah telah punkembali kerahmatullah dengan cara yang paling mudah yang ALLAH berikan. Ayah pergi dalam keadaan yang tenang. Saya sempat untuk mengajar ayah mengucap dua kalimah syahadah walaupun tiada suara ayah kedengaran tetapi dari raut wajah dan gerakan bibir telah membuatkan saya yakin yang ayah mendengar apa yang saya ucapkan. Dengan airmata yang bergelinang dahi yang mula dibasahi peluh dan ketenangan air muka ayah telah menghadap tuhan yang maha esa penghulu kepada langit dan bumi di arasy ALLAH S.W.T. Segala urusan telah ALLAH permudahkan walaupun usaha yang ayah lakukan tidaklah sebesar mana.

Semasa melakukan urusan untuk menuntut jenazah saya telah diberitahu yang segala perbelanjaan rawatan dihospital telah pun dibayar sepenuhnya oleh seorang HAMBA ALLAH begitu juga dengan urusan pengkebumian dan tahlil segalanya telah diuruskan oleh orang perseorangan yang tidak saya kenali. Keesokan paginya ramai kenalan ayah yang hadir untuk menziarah tidak kira dari dalam dan luar negara jauh mahupun dekat. Pelajar-pelajar tahfiz juga turut sama hadir.

Keesokan paginya semasa urusan memandikan jenazah terdapat darah yang mengalir dari luka akibat proses hemodalisis. Darah tersebut cukup sifatnya dan merah mengalir keluar dari tubuh ayah. Sedang saya sibuk menggosok badan ayah, seorang tukang mandi yang saya cukup kenali sebagai berkata sesuatu kepada saya.

“Bapak kau ni tengah tidur ke?" tanya Wak.

Saya tidak dapat melayan pertanyaan wak kepada saya kerana sedang sibuk memandikan jenazah ayah.

“Ko pakai minyak atar ke ni?" Tanya wak lagi.

“Mana ada, mandi pun belum lagi ni wak. Kalau minyak atar tu ada la di rumah. Minyak atar kasturi ayah punya”, Jawap saya.

“Hah! Ni bau kasturi la ni”, balas wak kepada saya.

Saya terus mendiamkan diri dan menyambung kerja saya semula. Dalam hati saya berkata.

“Betul juga apa yang wak ni cakap, dari tadi lagi aku bau semacam je. Macam bau badan ayah masa nak ke masjid untuk solat berjemaah pula”

Selepas solat zohor saya terus melakukan solat jenazah bersama-sama dengan jemaah yang lain dan apa yang saya dengar solat jenazah ini terlalu ramai dari bahagian tengah masjid hingga ke bahagian belakang saf lelaki. Selepas itu jenazah terus dibawa ke kawasan perkuburan islam Jalan Ampang untuk dikebumikan dan sekali lagi perkara yang pelik berlaku semasa menurunkan jenazah ke dalam liang lahad dimana lima orang boleh muat untuk turun kebawah sedangkan badan kami besar dan laing lahad hanya berukuran tujuh kaki lebar.

Semasa jenazah ayah dibawa turun dapat saya rasakan yang beratnya terlalu ringan seolah-olah sedang memeluk kapas. Sekali lagi perkara pelik terus berlaku semasa bilal sedang membaca talkin hadirin yang hadir tercium bau yang semerbak harum bak kasturi dan saya sendiri turut sama mencium bau tersebut. Selesai sahaja urusan pengkebumian ramai kenalan yang hadir bertanyakan soalan kepada saya tentang apa yang berlaku semasa di tanah perkuburan dan persoalan itu masih tidak dapat saya jawap hingga hari ini. Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahui apa yang berlaku.

Bagi saya setiap amalan kita didunia pada hari ini akan menjadi pertimbangan kita diakhirat kelak. Jika didunia ALLAH ingin menunjukan kepada kita atas perbuatan kita maka ianya akan berlaku inikan pula di akhirat. InsyaALLAH tuan-tuan apa yang berlaku kita jadikan iktibar buat diri kita dan renungan kita bersama. Saya tidaklah pandai menulis dan berkata-kata apatah lagi bila berbicara soal agama, saya juga seperti tuan-tuan insan yang lemah disisi ALLAH S.W.T. segala apa yang saya ceritakan adalah kisah benar dalam hidup saya dan ianya bukanlah nukilan semata-mata. Terpulang pada tuan-tuan semua untuk menilainya. Walaupun ayah telah tiada tetapi saya berniat dalam hati saya kerana ALLAH S.W.T saya akan meneruskan usaha yang dilakukan oleh ayah."

Rabu, 1 Ogos 2012

Salam Lebaran Di PineTree Hotel Batu Pahat 29 Julai 2012

         Alhamdulillah... ary teringin nak berkongsi dengan korang... teringin nak bersama korang... dapat pun.. Raya kali ni memang ary betul betul nak pushkan lagu raya ciptaan Ary Salam Lebaran... Walaupun umur lagu tu dah hampir setahun Ary cipta... baru tahun ni Ary berpeluang untuk mendengarkan secara live... dan Ary akan terus buat persembahan kepada sesiapa yang sudi mendengarnya...


         Pada 29 Julai 2012... kali ni Ary buat persembahan di PineTree Hotel Batu Pahat.... walaupun ini kali ketiga Ary buat persembahan disini... namun Ary maseh lagi rasa bertuah kerana maseh berpeluang menjejak kaki disini... berdiri disini... dan berhiburkan tetamu disini...


         Ary sampai sana jam 630 petang... sampai jerk sana.. mak aiihhh... DJ ala ala aznil iaitu Jeff Bising dari Team Cap Ayam Fm ader kat saner laa... Adik Annur artis naungan Sejuta Suara Production Johor dan Dj Rem pun ader kat saner... 


          Hensem tak Dj Rem... bes gak dier malam tu... dier bawak konsep Dj Radio secara live di PineTree Hotel... 

           Sebenarnya kehadiran Dj Jeff Bising sebentar saja... nak mengucapkan selamat berjaya katanya... terima kaseh Jeff... dia tak lama sebab terpaksa bergegas ke BNS Boutique Hotel Batu Pahat sebab ader persembahan kat saner... hahaha... ape pun terima kaseh bro...

          Sebenarnya Group persembahan kami pada hari itu... adalah bersama DJ Rem... An-nur.. Ary.. dan Kumpulan Zapin Jelita dari Parit Raja batu Pahat... tapi oleh kerana ader masalah sikit, Kumpulan Zapin Jelita lewat sikit datang, jadi tu yang tak dapat bergambar awal tu...

        
         Ni ha Adik An-nur... bergambar dengan ibunya yang tersayang yang memerangkap PA dier... huhuhuhu....



          Hehehe... sempat gak ngurat gadis penyambut tetamu di PineTree hotel masa tu... bukan ngurat aper pun... cumer minta gambar jerk... korang nak kenal kerr.. Ary pun tak tanya nama pun masa tu... korang pegi la sane berbuka puasa kat saner... bole kenal ngan diaorang... huhuhu...


Uiksss!!!! 

             Dah sampai waktu berbuka... jom pegi ambil juadah berbuka...


          Haaa... ni yang besnyer berbuka kat PineTree Hotel kat Batu Pahat ni... macam macam aderrr... masakan ala kampung tu... memang tak bole tahan.. ader 100 jenis masakan... perghhhhh!!!! Pening arrr nak pilih... hahaha... Jom tengok gambar kat cafe PineTree Hotel ni jap...

          
          Fuyoo... memang beratur arr tuk korang kerjakan... hahaha... terbaeekkk...


         Haa... kalau korang nak tahu mamat yang sebelah kanan tu... Cheff Kamarul... yang sebelah luper tanya nama... dia orang berdua ni tengah buat ChikenChop dan Beefstik... memang besooo ooo daging dier... tapi ary tak amik sebab da amik nasi... hehehe...


            Hmmm... Banyak tau... ary tak amik gambar semua ni... lupa memory tak cukup lak ari tu..


         Staff PineTree Hotel ni memang pandai bergaya lah...


        Antara sebahagian tetamu yang hadir... 



            Waaa... Dj Rem mula beraksi... makin panas panas goreng pisang nampaknyer... masa ni kumpulan Zapin Jelita baru sampai... jadi dia orang berbuka puasa dulu... apa lagi Dj Rem mainkan peranan la... memang terbaek... memang pro la bro sorang ni...



         Yeee.. ini dierrr Kumpulan Zapin Jelita dari Parit Raja Batu Pahat mula beraksi.. memang comel comel semuanya... mantap...

          Lepas ajerkk... Kumpulan Zapin Jelita habiskan persembahan... Maka tibalah giliran ary... ary cuma nyanyi tiga lagu jerk hari tu... lagu Aku Ingin Kau Tahu, lagu Salam Lebaran dan Gema Di Aidilfitri... ketiga tiga lagu ciptaan ary sendiri... Alhamdulillah... tetamu suka lagu ary.. alhamdulillah... tu yang nak push lagu raya Salam Lebaran ni... huhuhu...


            Dan kemudian tibalah giliran An-nur... Bermula dengan lagu Lagu Buat Ibu ( lagu / lirik : ciptaan Ary Ariasputera dan muzik Shamz Sejuta Suara )... An-nur memeriahkan lagi suasana meriah pada malam tu... memang bes la An-nur...




         Dengan celoteh Dj Rem.. memang gamatlah suasana kat Pine Tree Hotel hari tu... memang besss... terbaek.. Apa pun ... terima kaseh kepada semua yang terlibat.. senyum sokmo beta... huhuuhu..

   
          Hehehe... sempat pulak bergambar dengan Cheff Kamarul.. bes dier ni... sopan jerk... nyanyi sore sedap ni... bakat terpendam di dapur... huhuuhu... memang terbaek lah...


          Ooo... bersantai nampak... huhuhu... ni la antara staff Pine Tree Hotel... memang kepaler bes dieorang ni...


           Salam Lebaran dari kami semua... Ary. Kumpulan Zapin Jelita dan Annur... serta Dj Rem.. Sebenarnya panjang lagi ary nak tulis kat sini... sebab lepas je selesai persembahan kat PineTree Hotel... ary dan An-nur bergegas ke BNS Boutique Hotel Batu Pahat... disana kami dapat tengok persembahan Jeff dan team Cap Ayam Fm..

           Dan Paling bes... ary berpeluang berjumpa dengan Bos BNS Boutique Hotel sendiri, Dato' Zulkarnain Ketua Pemuda Umno Parit Sulong dan DJ SeparapFM iaitu Dj Firhan...

           Itu semua... ary cerita kat nexttt entry k... terima kaseh kerana sudi membaca... dengar dengarkan lagi lagu Ary Salam Lebaran... doakan semoga lagu ader rezeki dirakamkan sebagai mana lagu raya yang sedia ada... insyallah... doakan yee..









Khamis, 26 Julai 2012

Bulan Puasa... Nak tuju lagu bole cik... Hahaha...

Yang nyata, cerita ini adalah rekaan semata-mata. Jangan pulak korang buat nanti yer. Sabar jerlah.



Alkisahnya begini, dipertengahan bulan ramadhan, baru-baru nie jer. adalah seorang pendengar setia Radio Terbakar FM sedang tergesa-gesa menelefon DJ tersebut di konti radio.
Pendengar : Hello,.. radio Terbakar FM ke tu?
DJ Farah Paulana : Ha ah..betul..dengan siapa saya sedang bercakap bercakap nih?
Pendengar : Saya Karim karan dari Kampung Pisang, boleh tuju lagu (request lagu) tak ?
DJ Farah Paulana : Ya sudah tentu!!Kan sekarang nie tengah segmen request lagu. Encik Karim mahu request lagu apa yer? Cer request, cer request.
Pendengar : Boleh ker tolong putarkan Azan Maghrib cik farah!! Dah lapar sangat nih..
DJ Farah Paulana: ……..
Hahaha.... ape kejadahnyer dieorang ni... hahaha... memang terbaekk...



Jawapan dari Iblis Laktullah yang perlu kita tahu...

          Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis supaya dia menghadap Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahasianya, baik yang disukai maupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan derajat Nabi Muhammad SAW dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, “Hai Iblis! Bahwa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar memberi perintah untuk menghadap Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahasiamu dan apapun yang ditanya Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, niscaya akan terputus semua anggota badanmu, uratmu, serta disiksa dengan azab yang amat keras.”

Mendengar ucapan Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah SAW dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai, panjangnya seperti ekor lembu.

Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw. Maka sambut Iblis (alaihi laknat),

“Ya Rasulullah! Mengapa engkau tidak mejawab salamku? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?” Maka jawab Nabi dengan marah, “Hai Aduwullah seteru Allah! Kepadaku engkau menunjukkan kebaikanmu? Janganlah mencoba menipuku sebagaimana kau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutanmu, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap beracun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya karena engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendeta yang telah menanggung sengsara akibat hasutanmu.

Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salammu saja aku tidak hendak menjawabnya karena diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendakmu datang menemuiku?”

Taklimat Iblis, “Ya Nabi Allah! Janganlah engkau marah. Karena engkau adalah Khatamul Anbiya maka dapat mengenaliku. Kedatanganku adalah diperintah Allah untuk memberitahu segala tipu dayaku terhadap umatmu dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang engkau tanya, aku bersedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah aku berani menyembunyikannya.”

Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata, “Ya Rasulullah! Sekiranya aku berdusta barang sepatah pun niscaya hancur leburlah badanku menjadi abu.”

Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluangku untuk menyiasati segala perbuatannya agar didengar oleh sekalian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada seluruh umatku.

Pertanyaan Nabi (1):

“Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuhmu dan bagaimana aku terhadapmu?”

Jawab Iblis:

“Ya Nabi Allah! Engkaulah musuhku yang paling besar di antara segala musuhku di muka bumi ini.”

Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun menggeletar karena ketakutan. Sambung Iblis, “Ya Khatamul Anbiya! Ada pun aku dapat merubah diriku seperti sekalian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak berbeda, kecuali dirimu saja yang tidak dapat aku tiru karena dicegah oleh Allah.

Kiranya aku menyerupai dirimu, maka terbakarlah diriku menjadi abu. Aku cabut iktikad / niat anak Adam supaya menjadi kafir karena engkau berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam, begitu jugalah aku berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Aku akan menarik seluruh umat Islam dari jalan benar menuju jalan yang sesat supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersamaku.”

Pertanyaan Nabi (2):

“Hai Iblis! Bagaimana perbuatanmu kepada makhluk Allah?”

Jawab Iblis:

“Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Aku goda semua manusia supaya meninggalkan solat, terbuai dengan makan minum, berbuat durhaka, aku lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan haram.

Demikian juga ketika pesta yang bercampur antara lelaki dan perempuan. Di sana aku lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang peraturan dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu aku hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri.

Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau berbuat amal ibadat, aku akan rayu mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras aku goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah aku goda mereka setiap saat.”

Pertanyaan Nabi (3):

“Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta seksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai yang dikutuk Allah! Siapa yang menjadikanmu? Siapa yang melanjutkan usiamu? Siapa yang menerangkan matamu? Siapa yang memberi pendengaranmu? Siapa yang memberi kekuatan anggota badanmu?”

Jawab Iblis:

“Semuanya itu adalah anugerah daripada Allah Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur membuatku menjadi jahat sebesar-besarnya. Engkau lebih tahu bahawa diriku telah beribu-ribu tahun menjadi ketua seluruh Malaikat dan pangkatku telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian aku tinggal di dunia ini beribadat bersama sekalian Malaikat beberapa waktu lamanya.

Tiba-tiba datang firman Allah S.W.T hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka akupun membantah. Lalu Allah menciptakan lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan seluruh Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali aku yang ingkar. Oleh kerana itu Allah murka kepadaku dan wajahku yang tampan rupawan dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan kelam. Aku merasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah seluruh bidadari. Aku bertambah dengki dan dendam kepada mereka.

Akhirnya aku berhasil menipu mereka melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya diusir dari syurga ke dunia. Keduanya berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun aku masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya aku lakukan hingga Hari Kiamat.

Sebelum Engkau lahir ke dunia, aku beserta bala tentaraku dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian aku turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya aku dapatkan, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bid’ah dan carut-marut.

Tetapi ketika engkau lahir ke dunia ini, maka aku tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika aku berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontarkan anak panah dari api yang menyala. Sudah banyak bala tenteraku yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahanku dan bala tentaraku untuk menjalankan tugas menghasut.”

Pertanyaan Nabi (4):

“Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu dari manusia?”

Jawab Iblis:

“Pertama sekali aku palingkan iktikad / niatnya, imannya kepada kafir juga ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berhasil juga, aku akan tarik dengan cara mengurangi pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalanku”

Pertanyaan Nabi (5):

“Hai Iblis! Jika umatku solat kerana Allah, bagaimana keadaanmu?”

Jawab Iblis:

“Sebesar-besarnya kesusahanku. Gementarlah badanku dan lemah tulang sendiku. Maka aku kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya.

Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas solat, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solatnya, hilang khusyuknya – matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya senantiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud berlama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya senantiasa hendak cepat habis solatnya, itu semua membawa kepada kurangnya pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka aku sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman.”

Pertanyaan Nabi (6):

“Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, bagaimana perasaanmu?”

Jawab Iblis:

“Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuhku, putus-putus segala uratku lalu aku lari daripadanya.”

Pertanyaan Nabi (7):

“Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana perasaanmu?”

Jawab Iblis:

“Binasalah diriku, gugurlah daging dan tulangku kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya.”

Pertanyaan Nabi (8):

“Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana keadaanmu?”

Jawab Iblis:

“Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepadaku. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan seluruh Malaikat menyambut dengan suka cita. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hatiku ialah segala isi langit dan bumi, yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan ampunan bagi orang yang berpuasa.

Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga.

Pada hari umatmu mulai berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkapku dan tentaraku, jin, syaitan dan ifrit lalu dipasang kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam.

Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umatmu berpuasa barulah aku dilepaskan dengan perintah agar tidak mengganggu umatmu. Umatmu sendiri telah merasa ketenangan berpuasa sebagaimana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut dibandingkan bulan biasa.”

Pertanyaan Nabi (9):

“Hai Iblis! Bagaimana seluruh sahabatku menurutmu?”

Jawab Iblis:

“Seluruh sahabatmu juga adalah sebesar – besar seteruku. Tiada upayaku melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana engkau sendiri telah berkata: “Seluruh sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikuti mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk.”

Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersamamu, aku tidak dapat mendekatinya, apalagi setelah berdampingan denganmu. Dia begitu percaya atas kebenaranmu hingga dia menjadi wazirul a’zam. Bahkan engkau sendiri telah mengatakan jika ditimbang seluruh isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertuamu kerana engkau menikah dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafadz Hadits-haditsmu.

Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani aku pandang wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika aku pandang wajahnya, maka gemetarlah segala tulang sendiku kerana sangat takut. Hal ini kerana imannya sangat kuat apalagi engkau telah mengatakan, “Jikalau adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku”, kerana dia adalah orang harapanmu serta pandai membedakan antara kafir dan Islam hingga digelar ‘Al-Faruq’.

Saidina Usman Al-Affan lagi, aku tidak bisa bertemu, kerana lidahnya senantiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantumu sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga engkau mengatakan, “Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid.”

Saidina Ali Abi Talib pun itu aku sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat sopan santun, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah golongan orang pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala. Bergelar ‘Ali Karamullahu Wajhahu’ – dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga ‘Harimau Allah’ dan engkau sendiri berkata, “Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya.” Tambahan pula dia menjadi menantumu, semakin aku ngeri kepadanya.”

Pertanyaan Nabi (10):

“Bagaimana tipu daya engkau kepada umatku?”

Jawab Iblis:

“Umatmu itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibril a.s, “Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat.”

Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurnia Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan.

Yang ketiga umatmu seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka akupun bersukacita lalu masuk ke dalam badannya, aku putarkan hatinya ke lautan durhaka dan aku hela ke mana saja mengikuti kehendakku. Jadi dia senantiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat.

Lalu aku goda agar minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umatmu terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia senantiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, bercakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur.”

Pertanyaan Nabi (11):

“Siapa yang serupa dengan engkau?”

Jawab Iblis:

“Orang yang meringankan syariatmu dan membenci orang belajar agama Islam.”

Pertanyaan Nabi (12):

“Siapa yang mencahayakan muka engkau?”

Jawab Iblis:

“Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji.”

Pertanyaan Nabi (13):

“Apakah rahsia engkau kepada umatku?”

Jawab Iblis:

“Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka aku gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari.”

Pertanyaan Nabi (14):

“Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?”

Jawab Iblis:

“Jika umatmu hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah aku dari mereka. Jika tidak, aku akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benihku dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, aku yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah merasa kenyang.”

Pertanyaan Nabi (15):

“Dengan jalan apa dapat menolak tipu daya engkau?”

Jawab Iblis:

“Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis menyesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air wudhu’, maka padamlah marahnya.”

Pertanyaan Nabi (16):

“Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?”

Jawab Iblis:

"Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu.”

Pertanyaan Nabi (17):

“Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?”

Jawab Iblis:

“Orang yang tidur meniarap / telungkup, orang yang matanya terbuka (mendusin) di waktu subuh tetapi menyambung tidur lagi. Lalu aku lenakan dia hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zuhur, asar, maghrib dan isya’, aku beratkan hatinya untuk soolat.”

Pertanyaan Nabi (18):

“Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?”

Jawab Iblis:

“Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam.”

Pertanyaan Nabi (19):

“Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?”

Jawab Iblis:

“Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya”

Pertanyaan Nabi (20):

“Apa lagi yang memecahkan mata engkau?”

Jawab Iblis:

“Orang yang taat kepada kedua ibu bapanya, mendengar kata mereka, membantu makan pakaian mereka selama mereka hidup, karena engkau telah bersabda, ‘Syurga itu di bawah tapak kaki ibu"

Wallahualam...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom layan karya karya asli Ary... Klik Gambar Derrrr...