Halaman

Rabu, 15 Jun 2011

Movie with Ary - Wrong Turn

           Apa yang berlaku kalau korang salah jalan atau tersesat jalan ketika memandu... dalam  cerita ni... jawapannya adalah MAUT!!!!








Selasa, 14 Jun 2011

Contest Bersama Ary... Tunjukkan Bakat Anda...

Syarat Contest Telah Di Up To Date!!!!!

         Assalammualaikum... buat semua yang mungkin ternanti nanti contest dari ary... huhuhu... da usha belum lagu lagu ary? belum? xper.. mungkin inilah masanya...

          Inilah kali pertama ary menganjurkan contest, dan ary tak tahu bagaimana sambutan korang... dan apa yang penting ary nak berhibur.. dan ary nak korang juga terhibur.. bole?

          Contest apa yek yang ary nak anjurkan ni... sepertimana yang korang tau dan korang nak tau.. ary seorang pencipta melodi dan lirik yang bergerak sendiri.. ary mencipta melodi lagu dan lirik, dan tentunya.. lagu lagu ary satu pun korang belum dengar di radio atau di mana mana media masa.. kenapa? sebab lagu lagu ciptaan ary belum berpeluang ke arah sana... ary ingin tapi belum ada ruang buat ary..

          Itulah sedikit yang kome perlu tau tentang ary.. dan ary nak mencabar korang menyanyikan lagu lagu ciptaan ary... amacam? ada berani? ada berani nak lagukan lagu yang korang tak pernah dengar? sebelum apa apa.. jom baca syarat syaratnya dulu...

a ) mula mula kena buat entry dalam blog korang tentang contest ary ni... ala korang cite la apa apa... da suda nanti letak link entry korang kat komen entry ary ni ye... tajuknya korang letak.. " Contest Bersama Ary... Tunjukkan Bakat Anda..." 
 
b ) pahtu dalam entry korang jangan lupa letak header ary ye... penting ni tau... huhuhu... ni kat bawah ni header ary...


c ) dan korang pilih la salah satu lagu lagu ciptaan ary ( ada 53 video lagu semuanya ).. contoh lagu ciptaan ary seperti...
      
                               1 ) Syakila                                   
                               2 ) Cinta
                               3 ) Biarkan Aku
                               4 ) Ada Cinta
                               5 ) Episod Cinta Kita
                               6 ) Kau Satunya

...haa kat atas ni, antara lagu lagu ciptaan ary.. tapi korang ble juga jengah jengah lagu lagu ciptaan ary yang lain.. korang bebas pilih mana satu.. tapi.. cuma lagu dan lirik ciptaan ary sahaja tau..

d ) alat muzik yang digunakan bebas sebab ary nak lihat kreativiti korang...korang nak main gitar ke, keyboard ke, korang nak bawak jamming pun bole..korang nak bernyanyi tanpa muzik pun bole.. apa yang penting penyampaian korang.. ary inginkan originaliti lagu ary... maksudnya... jenis muzik atau rentak lagu terpulang pada korang.. namun kekalkan nada nyanyian lagu lagu ary... jangan di ubah... ary pentingkan originaliti...

e ) Rakam dalam bentuk video.. dan dalam video tu wajib sebelum nyanyi... Korang kena pekenalkan diri sendiri... dan nyatakan lagu pilihan korang.. dan beritahu juga ary sebagai pencipta lagu pilihan korang... dan yang penting juga.. video tu korang musti uploadkan ke http://www.1tube.com .. mana mana yang belum ada akaun tu.. ble bukak jugak ye... jangan lupa suruh kawan kawan vote... markah tuuu.... tajuk video sama "Contest Bersama Ary... Tunjukkan Bakat Anda..."

f ) kalau korang menghadapi masalah kod lagu atau lirik lagu bole hubungi ary melalui facebook ary.. klik sini atau email ary di ariasputera@ovi.com.. tapi ary beritahu dulu.. kalau bole korang usaha la sikit.. ary kalau banyak sangat yang minta lirik dan kod lagu.. takut ary tak terlayan pulak.. harap faham ye.. apa pun ary insyallah bantu..

g ) "Contest Bersama Ary... Tunjukkan Bakat Anda..." bermula 17hb Jun 2011 dan tamat 31 July 2011

            Haa... agak berjela juga syarat ye kan.. agak mencabar tapi terpulang pada korang laa kan,.. hendak seribu daya.. jom kita usha apa hadiah yang menanti korang pulak...

Secara Ringkas syarat Contest Bersama Ary... Tunjukkan Bakat Anda...
yang telah di UP TO DATE!!!!

1 ) Buat Entry mengenai contest ini dan di dalam entry korang wajib ada...
               
          a ) Header Ary Ariasputera
          b ) Video 'cover' korang

2 )Video 'cover' pula wajib...

           a ) Sebelum menyanyi wajib...
                  ~ perkenalkan diri sendiri
                  ~ nyatakan lagu pilihan korang
                  ~ beritahu juga Ary Ariasputera sebagai pencipta lagu itu
           b ) Tajuk Video " Contest Bersama Ary... Tunjukkan Bakat Anda..."
           c ) Upload video di http://www.1tube.my/

3 ) Like wall  Facebook Ary Ariasputera bersama bakat orang kita dan letak entry dan video anda disitu
                                  
3 ) Letak url entry korang di komen entry Contest ary ini... siap!!



Maafkan ary jika ada sebarang kekeliruan.


Hadiah " Contest Bersama Ary... Tunjukkan Bakat Anda... "

Hadiah yang pertama
        Ada dua orang yang berpeluang dapat hadiah pertama ini, iaitu seorang blogger lelaki dan seorang blogger perempuan yang berbakat..

hadiah yang menanti...

a ) ary akan ciptakan dua buah lagu dan lirik ciptaan ary yang khas buat nyanyian dua orang pemenang iaitu seorang blogger lelaki dan seorang blogger perempuan.. dimana lagu tu ary sendiri tak nyanyi dan tak ary videokan, tapi ary ciptakan khas buas buat pemenang untuk nyanyian pemenang itu sendiri.. bermaksud lagu yang ary ciptakan itu.. pemenang contest arylah yang pertama menyanyikan lagu itu.. bagaimana ary nak beri lagu tu.. rahsia tapi ia akan tetap ary berikan..

b ) RM 50 dan cenderahati dari ary...

Hadiah ditempat yang kedua
a ) Rm 30 dan cenderahati dari ary

Hadiah ditempat yang ketiga
a ) Rm 20 dan cenderahati dari ary

Hadiah sampingan buat 20 video 'cover' terbaik pilihan ary
a ) 20 cenderahati dari ary




          Mungkin hadiah ary kecil tapi besar harapan ary... nak berhibur bersama korang... oh ya! semua video yang terbabit...maksudnya video korang larrr... ary akan uploadkan dalam channels youtube ary... dan ary akan promote semua video yang terbabit dalam contest ini.. di facebook dan di blog ini... semua sekali tanda penghargaan daripada ary buat korang... selamat mencuba!!!!!

Jumaat, 3 Jun 2011

Penulis Senja Bagi Iklan Percuma

          Huhuhu... sape tak kenal ps kan...? Penulis Senja.. Ary tertarik pulak segmen yang di buat oleh ps.. Sape tak nak kan iklan percuma.. sebulan pulak tu.. dah tu di review pulak blog kita.. memang bertuah siapa yang jadi pilihan ps..

          Korang nak ke join segmen ps ni... saudara ps kita telah melancarkan segmen "Penulis Senja Bagi Iklan Percuma" .. sape tak nak rugi la gamaknya.. ye la.. di samping kita join mana mana segmen.. jangan difikir menang.. tapi fikirkan.. bila kita join je.. kita da iklankan blog kita sendiri..

          Secara tak langsung, kita  boleh dikenali, bertambah kawan dan kenalan..mula mula berborak pasal segmen yang sama.. lama lama terus pasal blog masing masing.. bertukar pendapat... silap silap minta no phone pulak tu.. last sekali.. saper sangka.. boleh terjalin pulak sillahratulrahim.. semua kerana satu segmen.. saper sangkakan... haa.. tau pun.. ape lagi, jom la join.. kalau korang nak join klik sini.

         Opss! Jangan lupakan bawak sekali banner ps.. ni haa banner die...




Amacam gerek tak? huhuhu... satu simbol yang ringkas.. tapi amat menepati personaliti Penulis Senja.. Ps ada tanya dua soalan untuk segmen ps..

soalan satu : kenapa ps perlu memilih blog ary untuk di iklankan...
          Sebenarnya ary memang amat memerlukan pendedahan ( bole dikata iklan la tu ).. ary cuma mahu dikenali melalui lagu lagu ciptaan ary.. puisi ary.. dan apa jua karya karya ary.. ary mahu di kenali.. dan ary join segmen ni, ary nak ucapkan terima kaseh sekali lagi kepada saudara ps yang telah sudi meng'edit'kan blog ary sehingga apa yang korang lihat sekarang.. blog ary sekarang berwajah baru kerana saudara ps.. terima kaseh ye ps..

soalan kedua : kena komen blog ps..
          Haa... yang ni susah sikit, bukan senang nak komen.. silap komen patah ati plak... kalau ary nak komen kat pelajar akademi fantasia sekali pun.. bukannyer sedara ary pun.. hehehe.. apa daaa.. sebenarnya ary tercari cari buku ps.. maner arrr tak nampak pun kat blog.. kalau ade promote laarr sikit.. komen yang kedua.. banyak kan lagi info info hebat... blog ps da macam macam ada.. tak mustahil sekarang dan akan datang jadi rujukan...

          Itu je la ps yang mampu ary tulis... semoga ps akan terus berjuang dalam berkarya dan berblogging... salam sahabat dari ary buat ps...

Khamis, 2 Jun 2011

KIPmart Talent... apa yang ader kat saner..

          Assalammualaikum...  apa khabar semua geng.. korang sehat tak? ary nak berkongsi sesuatu ari ni..sebab ary dapat berita gembira... tapi sebelum tu jom bercerita sikit... untuk baru baru ni ary telah menyertai pertandingan KIPMart Talent yang berlangsung di Kota Tinggi 29 Mei lalu... nak tengok iklan dia tak... kat bawah ni haaa..


           Pertama ary da dengar tentang pertandingan ini dekat radio tapi tak berapa pasti tapi bila ary ke rumah bonda ary di Taman U Skudai Johor, ary singgah sebentar di KIPmart Tampoi, masa tu la tengah plak berlangsung pertandingan ni... tercengang jugak 2 3 jam.. heh.. rasa rugi masa tu sebab biasa kalau g mana mana ary bawa gitar.. masa tu plak ble tak bawak...

           Kenapa perlu bawa gitar? Ini yang ary kejarkan pertandingan KIPmart ni... pertandingan KIPmart Talent ni sebenarnya terbahagi kepada tiga ketegori..

Yang pertama... nyanyian..
           karaoke larr tu... ary tak rajin sangat karaoke ni.. sebab ary sebenarnya bukan sedap sangat nyanyi..( heh.. sedar pun ).. tu larrr pasal.. ketegori terbuka kepada individu atau berkumpulan yang tidak melebihi daripada 4 peserta dalam satu kumpulan..

Yang kedua... tarian...
           ceh... maner larr ary pandai menari... joget lambak ponnng tak pernah ape lagi tradisional..huhuhu... kaki da koras da ni.. ketegori ni terbuka pada individu juga dan tidak melebihi 8 perserta dalam satu kumpulan...

Yang ketiga... persembahan kreatif..
           haa... ketegori ni la yang membuatkan ary ingin mencuba... dalam ketegori ni bebas.. korang nak berlawak ker.. nak main magic kerr.. atau ape saje laa.. huhuhu..

           Ary ingin masuk sebab mungkin ia bole jadikan salah satu landasan buat lagu lagu ary diperkenalkan.. mungkin ary tak menang... rasanya memang tak bole menang kot..hehehe.. cuma ary rasa puas bila ary dapat perdengarkan lagu lagu ciptaan ary dikhalayak ramai...

           Dan yang paling penting... ary dapat pengalaman semasa berada di atas pentas... itu yang paling mahal...

          Ary bertaruhkan lagu " Kau Satunya " antara salah satu lagu dan lirik ciptaan ary sendiri... kalau korang nak dengar lagu " Kau Satunya " dan nak liriknya bole klik sini. Nak tahu pendapat juri?.. haa.. sebelum tu jom kenal dengan juri KIPmart Talent dulu... jom usha..

       Haa.. Juri yang pertama kalau korang nak kenal.. ni la dia gitaris kedua merangkap vokal kedua dalam kumpulan Sofazr... alaa.. Zimi namanya.. beliau la yang komen hamba tu hari.. terima kaseh bro..

             Dan sape lagi yang lebih korang kenal... sape yang tak pernah dengar lagu "Kau Mawarku" yang berduet dengan Siti Nurhaliza dulu... ni la Zul 2BY2... sempoi...beb..

             Mesti korang tertanya maner video persembahan ary kan.. sebenarnya ary bermasalah sikit pasal rakaman pada ari tu.. terkilan giler rasanyer nyer.. bole pulak bateri hp kong.. ( ape da rakam pakai hp ).. heh jangan la cakap macam tu.. belum mampu lagi bli video cam tau.. huhuhu...

             Kat bawah ni jela video yang ada..

        
             Jangan mara ye.. ni jela yang ader... hp bateri kong la.. adik kesayangan ary yang rakam ni..

             Kata Zimi selaku juri... " bukan semua pencipta dapat nyanyikan lagu ciptaan mereka dengan baik... menyanyi juga perlu ader feeling.. main gitar harus ader teknik bila mempersembahkan sesuatu lagu.. "

            Zimi ader cakap jugak kalau ary dapat masuk pusingan pertama nanti, ary disarankan bawa penyanyi untuk menyanyikan lagu lagu ary.... rasanya memang larr kan.. segala komen ary terima dengan hati yang terbuka..

            Sebenarnya ary tau.. ary memang tak berapa baik kalau menyanyi ni... main gitar pun biase biase je.. tapi alhamdulillah.. kerana main gitar biase biase ni lerr ary dapat banyak buat dan cipta lagu... dan hampir seratus da lagu ciptaan ary.. yang da rakam da 53 video di youtube.. yang belum rakam lagi? huhu... tak dapek den nak kirakan...

           Ary sebenarnya tengah tunggu video rakaman daripada pihak KIPmart Kota Tinggi kalau kalau ader rakaman persembahan ary.. ble jugak korang tengok.. kalau ader ary uploadkan ye..

          Dan kalau korang nak tahu... ary dapat terima panggilan yang ary dapat melepasi ujibakat hari tu.. dan ary dapat masuk pusingan pertama KIPmart Talent 11hb Jun ini... alhamdulillah..

          Lagu apa yang ary nak bawa ye..? dan siapa pula yang ary bawa...? ary pun tak tahu.. same same larr kita tengok nanti... 11hb Jun 2011 di KIPmart Kota Tinggi.. payah arrr nak cari siapa yang berani hafal lagu baru selama seminggu...tengok je laarrr nanti...

         Jumpa ary disana ye... doakan ary dapat buat yang terbaik ye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom layan karya karya asli Ary... Klik Gambar Derrrr...