Halaman

Isnin, 3 Oktober 2011

Di sebalik cerita " Episod Cinta Kita "

           Assalammualaikum geng.. ari ni aku nak mulakan dengan ucapan selamat hari pekerja.. salam semua... semoga anda cintai apa yang anda kerjakan.. huhuhu..

           Minggu aku dapat lagu terbaru.. dan yang paling baru untuk bulan Mei ni... lagu yang aku beri tajuk
" Episod Cinta Kita " .. hulala.. cam syahdu jerk bunyinyer.. memang arr... sebenarnya ini adalah lagu permintaan.. macam permintaan dari Kazika Hazis untuk lagu " Sepi Itu Indah ".. lagu ini boleh di ibaratkan lagu permintaan yang kedua dari mereka yang meminati hasil karya dari aku..

           Cuma kali ini, permintaan maseh datang dari kenalan di Facebook.. seorang sahabat yang guna nama Ijai.. Ijai ni hantar msg kepada aku dan dia menyatakan ingin sebuah lagu yang di inprirasikan dari video di youtube yang diberi tajuk " saya tetap sayang awak " ( klik tajuknya kalu nak tau ye )

            Aku suka tengok video yang Ijai beri pada aku tu.. sungguh bermakna.. pandai mamat ni buat.. mamat yang bergelar EnFulan,.. kalau korang nak tengok hasil kerja EnFulan ni ble la lawat http://www.youtube.com/EnFulan... banyak arr video koleksi cinta dari dia.. memang bez..

            Ok.. sekarang kita cerita pasal lagu ciptaan aku plak.. lagu " Episod Cinta Kita " ni di ilhamkan ciptaannya pada 29 April 2011 jam 1030 am... dan dirakamkan di Taman Universiti, Sport & Ricreation Club di Skudai Johor... dekat dengan umah mak aku daaa... Tempat ni merupakan tempat korang ble jenjalan.. cantik tempat ni.. ada taman.. korang nak mandi kat kolam mandi kat sana pun bole.. huhuu.. nak rakam lagu pun bole...

            Nak dengar tak? jom layanzzzz....



Amacam? tapi aku tak tau la pendapat si Ijai tentang lagu ni.. apakah kena dengan citarasa dia ke tidak.. sama sama la kita nantikan ye... korang nak lirik lagu ni tak..? ok jom layan lagi.. pssss.. satu jerk aku nak bg tau... part last rakam video aku salah lirik... korang jangan mara ye... jom layan lirik kat bawah ni..


Episod Cinta Kita
Melodi lagu & lirik ciptaan : Ary ariasputera

Satu yang ku tahu hanya satu yang ku perlu
Dalam hidup ku layari  saat bersamamu
Dalam hidup ku juangkan rasa cinta kepadamu
Tapi mengapakah kau pergi dari ku

Saat kita bertemu engkau luka kerna dirinya
Aku sambut dirimu dalam tangis di jiwa
Aku berikan semua segalanya kepadamu
Dan lalu bermula episod cinta kita

Waktu itu ku rasakan amat bahgia
bila bersatu cinta kita
Kau terima diriku dalam seadanya
dan cinta kita mula bersinar
Namun apa yang ku sangkakan kekal hilang
kau hilang kembali bersamanya
dan terlerai segala impianku kecewa
kau biarku sendiri lagi

pergilah sayang biarku begini biarlah kau tetap ku sayang

 


Apa pun yang korang fikir... aku ucapkan ribuan terima kaseh kerana korang sudi singgah blog aku ni.. sudi dengar lagu lagu ciptaan aku kat sini... sudi membaca cerita cerita aku.. korang memang bez... pada korang kalau korang berminat nak "cover" lagu lagu ciptaan aku...  di alu alukan.. cuma kalau da buat video tu, apa salahnye selitkan nama aku sebagai pencipta lagu tersebut... video anda akan aku upload ke channel youtube aku dan blog aku kat sini... sebagai tanda penghargaan dari aku untuk korang...

Adios.. aku sayang korang semua... oh ya! korang nak berkenalan tak dengan si Ijai ni... kalau korang nak berkenalan aku ada gambar dia..  huhuhu.. hensem.. jom usha..




Nak berkenalan? klik sini


Ok la.. salam sayang buat semua.. nantikan cerita cerita tentang lagu aku yang lain.. istimewa buat anda semua...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom layan karya karya asli Ary... Klik Gambar Derrrr...