Halaman

Khamis, 20 Oktober 2011

Bila ku sedar...



Sayang
Tanpa sedar
Aku bersuluh didalam terang
Bagai mengapai apa yang gersang
       Aku perhati dan aku amati
             Semakin aku gapai semakin ia hilang
             Semakin ku lambai semakin ia tinggal bayang

Sayang
Tanpa sedar
Hatimu kuhiriskan
Dan tanpa kemahuan aku melukakan
       Aku perhati dan aku amati
            Semakin aku halang semakin ia datang
            Semakin aku lari semakin lagi ia mencari

Segalanya tanpa sedar
Bukan menurut pada kemahuan
Bukan meminta didalam keinginan

Sayang
Dalam sayu ku percikkan hiba
Dalam resah kau nyalakan haba
       Segalanya bukan lagi difikiran
            Kau yang ku sayang mungkin illustrasi
           Tamatannya kan layu didanau sendiri

Sayang
Bila ku sedar dalam lamunan
Kau ku lepaskan demi kejujuran
Ketahuilah
      Bukan mudah membelai hiba
             Bukan lena memaksa diri
                   Dan bukan ku rela...melepaskan kau pergi.

Bila Ku Sedar... Hasil Nukilan: Ary ariasputera

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom layan karya karya asli Ary... Klik Gambar Derrrr...