Apa yang lebih indah dari bicara pertama?
Yang tak takut
Yang tak gentar
Ia dipersimpangan.
Apakah hanya lautan yang menghampar kenangan?
Yang terindah
Yang terasyik
Ia disenyuman.
Dan...apakah bebas merpati yang benar berterbangan?
Diperhati aku yang rasa kecewa
Yang kulihat bagai terurai sayap sepinya
Yang terpaling kurungan dulu.
Terbanglah wahai merpati
Terbanglah dengan rasa cinta
Hinggapilah pada mereka yang sudi
Kicaulah lagumu tanpa jemu
Tidak seperti semalam yang aku kurungkan.
Maafkanlah aku wahai merpati
Kerana membiarkan kau melagu kepuraan
Di diri...seketika bersamamu
Yang aku tak tahu.
Nukilan : Ary Ariasputera
Tiada ulasan:
Catat Ulasan