Halaman

Jumaat, 30 September 2011

Lagu Ada Cinta Versi Raya

            Assalamualaikum kawan kawan semua... apa khabaq?? Sehat arrr korang ary harapkan... rasa da lama ary tak menulis ni.. sekarang baru up date... korang perasaan tak blog ary sekarang... huhuhu... baru ary edit... bole tak... ala.. biase biase aje... blog lama macam serius sangat la... yang ni ceria sikit kot...

           Kita ni da penghujung raya da ni, ary harap korang semua ceria selalu time raya tahun ni... ary nak buat entry pendek jerk ary ni... ary cuma nak berkongsi ngan korang video yang ary amik masa kengkawan semua datang beraya ramai ramai ke umah ary...

           Dan atas permintaan seorang rakan yang begitu meminati lagu dan lirik ciptaan ary yang bertajuk "Ada Cinta"... Ary nyanyikan lagu "Ada Cinta" depan mereka secara live... huhuhu.. live la sangatkan... jom layan... rakaman pada 16 September 2011.



             Huhuhu... ok tak... riuh rendah sikit la masa ni... hehehe... korang nak lirik tak.. k kat bawah ni ary tuliskan...

Ada Cinta
Melodi lagu dan lirik ciptaan : Ary Ariasputera


Kau hadir bila aku keseorangan
kau pimpin aku bawa aku kesana
memberi makna indah
menyusun melodi bahgia
memberi rasa cinta


Kau sabar temani aku disisiku
kau tenang walau ombak deras gelora
kau memberi inprirasi
hadirmu tiada ganti
aku cinta padamu


Dengarkanlah bisikanku aku benar cinta padamu
kau hadirlah disisiku kau bawakan aku cahaya


Benarkanlah ku sayang demi ku memburu rindu
kau kan aku hiasi bagai permaisuri jiwa
mungkin tak seharus aku memaksa dirimu
tapi tanpamu hidup aku buntu ooo...


Walaupun kau hadir hanya teman dalam hidupku
tapi hatiku ini tahu amat perlu dirimu
pasti ada cinta ada di antara kita
hanya tuhan yang tahu rasa hati


Maseh ku mengharapkan engkau mengerti
bahwa ada cinta tulus dalam diriku
ku angankan dirimu permaisuri hidupku
bahgia hidup bersama... itu pintaku...

            Suka tak... kalau suka komen komen la nanti... ary nak tahu jugak pendapat korang... jom tengok pulak gambar yang tak seberapa ni...

Sarimah, Norli, Ary dan yang pegang gitar kat bawah tu Indra Man... ada bayang tu Aina..

Jom kita tengok gambar kawan ary yang lain pulak....








       


           Sebenarnya ramai lagi yang datang penuh arrr rumah ary... tapi yang lain lepak luar la pulak masa ni... ajak bergamba pun segan.. apa da... apa pun ary ucapkan terima kaseh buat budak budak Munchy ni yang sudi datang ke teratak hamba yang tak seberapa ni... nantikan entry ary seterusnyer... ada sambungan lagi pasni...


Assalamualaikum...

Kau satunya..

" kau satunya " ni bole dikatakan lagu terbaru aku juga... lagu & lirik ciptaan aku sendiri.. yang membezakan dengan video aku lain di youtube.. adalah.. video ni buat kali pertama aku rakamkan kat luar.. selalu dalam rumah jerk..
lokasi pertama yang aku pilih.. di Kompleks Niaga Tongkang Pechah.. buat rakaman dalam jam sekitar 3ptg.. ditemani pak dukun ( camera man aku )..

Jom usha.. layannnnnnnn....



best tak? kalau korang suka hasil karya aku ni.. alhamdulillah.. terima kaseh.. korang nak tak liriknya.. bole.. jom mainkan video tu lagi kita nyanyi sama sama..

Kau Satunya
lagu & lirik ciptaan : ary ariasputera
karya dicipta pada...25 Mac 2011

Harum mawar bagai cintamu
Indah persis kilau mutiara jiwa
Rasa tenang didada
rasa bila rindu mula mencengkam menusuk nusuk dijiwaku

hilang riuh datangnya sepi
mentari tidur berganti bulan indah
ditemani cahaya bintang
ditiup angin sesayup bayu rasa selimuti aku

aku dilanda terhempasku
dalam gelora yang rindu kepadamu dan
aku bahagia aku rela...

kau lah satunya nyawa dan jiwa cinta aku
kaulah satunya gadis yang amat palingku rindu
kau lah satunya satunya yang bertahkta di hatiku

bagaikan aku hanyut dalam deras kaseh sayangmu
biarlah sayang biar aku sanggup ku begitu


huhuhu... cam biase.. jangan lupe komen.. like like like...

Selasa, 27 September 2011

Seharum Rahmatmu

           Assalammualaikum buat sahabat semua.. ari ni ary nak tulis sesuatu yang bagi ary amat bermakna dalam hidup ary.. ary nak tulis puisi disini.. puisi yang ary ilhamkan sendiri pada sekitar tahun 1997... dan kat sini ary bercerita sekali bagaimana ary mula berkarya.. semuanya bermula dari rasa cinta...

           Puisi.. ary mula menulis puisi bila ary bertemu dengan seorang gadis yang bernama Ana atau nama penuhnya Rohana Ismail.. kita orang sama satu kelas pada tahun 1995 di sekolah Menengah Datin Onn Jaafar Batu Pahat.. dia gadis yang amat baik dan juga menarik.. senyumnya semua sempurna...

           Ary mula menulis puisi dari Ana la.. ary ntah mungkin masa tu nak ngurat si Ana ni dulu menulis la apa apa yang jiwang dalam satu buku, penuh satu buku dalam masa dua hari!!! keh! keh! keh!.. kalau dibaca hasilnya puisi itu sekarang mungkin ary sendiri yang muntah tergolek golek kelakar..huhuhu..

           Walaupun hubungan kami tidak lama tapi ianya memang suatu yang istimewa dalam hidup Ary, mungkin suatu yang pasti tak dapat Ary sendiri lupakan walaupun ketika itu dah bertahun tahun berlalu, bukan kerana Ary maseh ada perasaan pada Ana cuma dalam hidup kita pasti ada manis yang tak kan kita lupakan.. kenangan yang manis... ala korang pun mesti ada...

           Korang nak tengok gambar Ana? nantila.. senang senang nanti aku letak...

           Dan bermula dari buku yang Ary tulis untuk Ary beri pada Ana itu, itulah permulaan Ary mula menulis puisi, untuk Ana pun Ary ada buatkan lagu.. tajuknya " lagu buat Ana "tapi lagu tu Ary belum pernah rakam... tu kira lagu masa mula mula Ary menulis lagu la...pergh! lagu tu jangan kan korang, Ary sendiri dengar pun ngantok.. hahaha... lagu yang tangkap leleh jiwang karat 3 keping... huhuhu..
biasalar.. lagu baru belajar..

           Lagu? Macammana dengan menulis lagu pula.. Ary juga mula menulis lagu bermula dari rasa cinta. Inprirasi? tentunya dari kaseh hati Ary sendiri yang kini menjadi isteri Ary.. banyak lagu yang Ary cipta di inprirasikan dari rasa cinta Ary kepada isteri Ary... cuma Ary belum rakamkan.. antara lagu yang Ary buat untuk isteri Ary adalah yang bertajuk " Seindah namamu ", " Madahmu Permaisuri " , " Dihati ini ".. lagu tu semua sedap tapi Ary belum juga pernah rakamkan.. insyallah satu hari nanti Ary dengarkan... ada lagu yang liriknya bertulis nama penuh isteri Ary tau..

           Puisi yang ary nak tuliskan ari ni bertajuk " Seharum Rahmatmu ". Puisi ni sebenarnya Ary buat untuk hadiah perkhawinan kakak Ana namun Ary tak dapat hantar.. tapi puisi ini sudah menjadi teramat istimewa..  sebab ianya da jadi hadiah perkhawinan buat kawan kawan Ary, dan juga tentunya ianya menjadi hadiah untuk perkhawinan Ary sendiri.. rasanya da banyak kawan kawan yang terima kot puisi ini...

           Bagi Ary puisi " Seharum Rahmatmu " ini adalah doa yang indah buat pasangan suami isteri... dan Ary harap mana mana pasangan yang pernah terima hadiah doa " Seharum Rahmatmu " dari Ary dan terbaca artikel ini... Ary sampaikan salam bahgia buat mereka dan tentunya buat anda semua...

           Ary sayang korang semua...

                                  Hari ini
                         Terhampar segala banggaku
              ...satu satunya Engkaulah bicaranya.

         Penyaksianmu pada masjid terbina ini
   Mencipta sejarah dibawah alunan hidupku
Dan merdu...bersama irama pantai
Walau bergelora...kulayari jua ketimur singgahsana.

Hari ini
Akulah raja, akulah permaisuri
...dan kuperintah esok agar bahagia
Satu satunya Engkaulah segalanya
Menentu kami terikat suci
Didalam ukiran...erti suami isteri.

Satu satunya Engkaulah yang kusembah
Dan kami belai doa yang menjadi tanaman
Moga kami rela memudik bersama arus kehidupan
Didalam junjungan yang kupohon lama
               Harum dibawahMu
                           Seharum rahmatMu
                                       Kukuh diseri cinta...


Aku cinta padamu...
Kaulah permaisuri dihatiku...
Selangkah ke arah bahagia..
Inilah Kaseh hatiku..
             Korang doakan kami bahagia ye... kat bawah ni aku letak gambar permata hati kami.. yang perempuan namanya Nurul Aina Syuhada... yang adiknya pula nama Muhammad Aliff Syawal.. Aina ada lagu sendiri tau... mana yang belum pernah dengar korang ble klik sini. Okla, salam sayang buat semua.. aku sayang kat korang... jangan lupa la "like like" komen komen.. ceria la cket kat sini... assalammualaikum..


Muuaaaah!!!!

Isnin, 5 September 2011

Qontest SALAM LEBARAN.. Original dari Ary Ariasputera...

            Assalammualaikum buat semua.. buat pembaca entry ary yang amat ary berterima kaseh...

            Rasanya ni kali pertama ary buat entry dan beri kod gitar lagu ciptaan ary... sebenarnya ary buat ni semua sebab ary nak ucapkan TERIMA KASEH!!! Diatas sambutan dan resporn yang begitu baik terhadap lagu raya ciptaan yang kedua ary iaitu lagu SALAM LEBARAN.... terima kaseh sangat sangat...

Time Kacehh...

           Ary bersyukur sangat dengan resporn yang korang berikan... rata rata amat menyukai lagu raya SALAM LEBARAN... walaupun lagu ni belum lagi tersenarai dalam carta radio.. cewaahhh!!! tapi kerana kowang larr lagu SALAM LEBARAN ini terasa bagai berada di dalam lingkungan bersama lagu lagu raya yang ada...

           Seperti yang korang sedia maklum... kita selalu mendengar lagu lagu raya yang baru... dan ianya amat susah untuk menyaingi atau menjadi sebahagian lagu raya yang menjadi kegemaran... kebanyakkan lagu lagu raya yang baru tidak begitu menepati pilihan kita bila mendendangkannya...

          Lagu raya SALAM LEBARAN ciptaan ary juga adalah baru, apakah mungkin menjadi pilihan korang untuk didengarkan pada hari raya yang akan datang? Hanya korang saja yang dapat beri jawapan...

           Dan kerana ini juga ary nak buat lagi satu kontest yang ary beri tajuk...

    QONTEST SALAM LEBARAN... ORYGINAL DARI ARY ARIASPUTERA...

          Walaupun hari raya semakin berlalu... tapi hangatnya masih ader... berpegang pada prinsip "rayakan sebulan" ... hehehe.. melampau larrr tu kan...

          Ok... kita terus saje pada kontest baru ary... apa yang ary nak korang buat cuma "cover" kan lagu SALAM LEBARAN  ini... dalam bentuk video... memakai baju raya... buat ucapan raya.... menyanyikan lagu SALAM LEBARAN dengan penuh perasaan... dan yang paling penting selitkan nama ary sebagai pencipta melodi lagu dan lirik lagu SALAM LEBARAN. Bole tak....?

          Jangan takut... sebab ary akan permudahkan kontest ary kali ni... sebab ary akan berikan kod gitar SALAM LEBARAN yang oryginal dari ary... mudah tak...?

          Ok... ary akan beri syarat secara formal pulak kat bawah ni... korang baca btul btul ye...

Syarat QONTEST SALAM LEBARAN... ORYGINAL DARI ARY ARIASPUTERA

yang pertama
          sudi sudikan larrr follow blog ary yang tak seberapa ni... yang ni tak paksa ye... cumer bagi tau jer..

yang kedua
          Buat satu entry mengenai kontest ary ini... tak kisah la apa pun korang nak tulis janji ader.. dan beri tajuk QONTEST SALAM LEBARAN... ORYGINAL DARI ARY ARIASPUTERA... dan berikan link entry korang pada komen entry ary kat bawah... ni kira entry pendaftaran larr ni...

yang ketiga
          Buat satu video yang bertemakan hari raya... maksudnya pakai baju raya larr.... kenalkan diri dan buat ucapan hari raya... tak kira la korang nak ucapkan macam mana... tapi WAJIB selitkan nama ARY ARIASPUTERA sebagai pencipta melodi dan lagu SALAM LEBARAN... huhuhu... penting ni..

 yang keempat
          "cover" kan lagu SALAM LEBARAN, tak kira korang nak main alat muzik apa,gitar ke. piano ke, seruling ke atau tabla ke... dan tak kira korang nak gubah muzik macam mana... ikut cara ary main gitar ke hapa ke... yang penting melodi lagu JANGAN DI UBAH... sebab ary amat pentingkan originaliti.

yang kelima
         last sekali bila video da siap... buat lagi satu entry untuk memperkenalkan video korang... dan beri tajuk SALAM LEBARAN BERSAMA ARY..juga beri link korang kat bawah ni... the end.

*********************************************************************
         Amacam bole tak...? Ok... kiter usha macam mana ary cari pemenang... Ary ingin mencari video yang paling ceria sekali... maklumla... kater video hari raya... video korang ni sampai ke hari raya bila bila pun korang bole simpan... so... buatla yang paling ceria... nyanyi ramai ramai pun bole... tapi ary masih pentingkan ORIGINALITI  lagu SALAM LEBARAN. Markah dari ary 50%

          Dan markah 50% lagi... bergantung kepada yang "like" video korang di entry ary... setiap video korang akan ary review satu persatu, maksudnya satu video satu entry ary akan tulis dan secara percuma juga blog korang juga ary review secara ringkas dalam entry tu,... so.. terpulang la pada korang macam mana nak suh orang like nanti... entry review buat korang ary akan letak link nyer di komen SALAM LEBARAN BERSAMA ARY yang korang buat... bole tak?

yang kat bawah ni hadiah nyer pulak....

 VIDEO YANG TERBAEEKK... ary beri duit raya RM50... blog korang sekali lagi akan ary review dalam satu entry khas... dan sebuah cenderamata dari ary akan ary kirim ke rumah korang... buat kenangan...

VIDEO YANG KEDUA TERBAEEK... ary beri duit raya RM 30... blog korang jua ary akan review dalam satu entry khas dan juga sebuah cenderamata dari ary buat korang

VIDEO YANG KETIGA TERBAEEK... ary beri duit raya RM 20... blog korang juga ary akan review jugak bersama ary kirim sebuah cenderamata dari ary...

jangan lupa... setiap penyertaan akan ary review blog anda secara ringkas bersama video korang... ary tak dapat beri hadiah banyak sangat... ary cuma nak berhibur dengan korang... berkongsi dengan korang... apa yang paling penting...  korang memang bes.. korang memang sporting...

          Untungnya.. ary promote korang... dan korang promote ary.. kita saling membantu dan juga korang berpeluang menyanyikan lagu SALAM LEBARAN ni sebelum artis nyanyi tau...

Jom kita usha video lagu, lirik dan kod gitar SALAM LEBARAN.. jom...






SALAM LEBARAN
Melodi lagu dan lirik ciptaan : Ary Ariasputera
Tarikh di cipta : 25 Ogos 2011
Nyanyian : Ary


Intro: Am


Am                           Dm
Setahun sudah kita leka mengejar dunia
G                                C
dan tanpa sedar ada jurang antara kita
F                                G
helakanlah nafas panjang rindumu
E                             Am
agar terjalin lagi sillahratulrahim


Am                          Dm
Betapa aku maha rindu kisah lama 
G                                       C
berutus kad raya pelbagai warna dan bentuknya
F                              G
dan lebaran ini ku nyanyikan lagu
E                           Am
agar terpahat indah dihatimu


                    C                 G
Hanya ku pinta sekeping doa tulus
              Dm                         Am
buat ku sulam kita anyam detik yang indah
                   C                        G
hanya ku pinta agar kau memaafkan
            Dm                    E
salah silap kita saling bermaafan


Am                            Dm
Selamat hari raya ku ucap pada semua
    G                           C              Am
mohon ku mohon maaf zahir dan batin
Am                         Dm
selamat hari raya marilah kita gembira
        G                           C            Am
menyambut syawal indah rasa kesyukuran


F          G      Am
Selamat hari raya...






Buat semua... sekali lagi ary ucapkan selamat hari raya.. maaf zahir dan batin... SALAM LEBARAN buat semua.... SELAMAT MENCUBA!!!!

TARIKH TAMAT KONTEST : 25 September 2011

Link blog SALAM LEBARAN : http://ariasputera.blogspot.com/2011/08/salam-lebaran-buat-semua-ary-dendangkan.html
Link SALAM LEBARAN di facebook : http://www.facebook.com/event.php?eid=205550199508122
Share video di youtube : http://www.youtube.com/watch?v=G9lJkHW0zAU






Sabtu, 3 September 2011

SALAM LEBARAN... Buat semua ary dendangkan lagu raya ciptaan terbaru...

                   SALAM LEBARAN.... Salam Aidilfitri.... Selamat Hari Raya Semua....

        Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Setelah sebulan kita berpuasa...akhirnya esok kita da nak raya daa...                       Selamat Hari Raya to u oollll....

           
            Sempena menjelang hari raya yang bakal tiba pada hari raya esok... ary nak menulis, nak mempersembahkan sesuatu yang mata istimewa buat korang... yang selama ini menyokong ary dalam berkarya...

            Walaupun pada dasarnya... siapalah ary ini.. apa la sangat tentang karya karya ary... dan ary juga tak di iktiraf mana mana pihak atas segala karya karya ary... namun ary begitu puas... dan kepuasan itu bertambah... semakin bertambah bila korang suka akan hasil karya ary... dan ianya selalu ibarat satu bonus buat ary... terima kaseh semua... ary amat menghargai di atas segala sokongan korang...

            Pada hari ini, ary menulis dengan penuh rasa senyum...  kerana ary nak memperdengarkan sebuah lagi hasil karya ary... yang rasanya amat sesuai untuk kita menyambut hari raya esok...

            Ary ingin mempersembahkan sebuah lagi hasil karya ary... sebuah lagu yang amat istimewa.... dimana lagu tu melodi lagunya... liriknya... adalah ciptaan ary sendiri... dan lagu itu telah di beri ilham oleh Allah kepada ary pada jumaat 25 Ogos 2011... syukur kepada-Nya ya amat... malah dipermudahkan ary merakam lagu tu dalam bentuk video... seterusnya upload ke facebook, ke youtube... dalam masa 4 jam pada 28 Ogos 2011... ary dapat selesaikan sebelum ary bertolak dari Batu Pahat ke Terengganu.. alhamdullillah amat..

            Korang dengarkan ye... kalau sudi komen sekali... kalau boleh sebarkan lagu ini dengan kawan kawan ye... jom kita dengar...




            Amacam.. korang suka tak... ary sertakan sekali lirik lagu ni ye...

SALAM LEBARAN
Melodi lagu dan lirik ciptaan : Ary Ariasputera
Tarikh di cipta : 25 Ogos 2011
Nyanyian : Ary


Setahun sudah kita leka mengejar dunia
dan tanpa sedar ada jurang antara kita
helakanlah nafas panjang rindumu
agar terjalin lagi sillahratulrahim


Betapa aku maha rindu kisah lama 
berutus kad raya pelbagai warna dan bentuknya
dan lebaran ini ku nyanyikan lagu
agar terpahat indah dihatimu


Hanya ku pinta sekeping doa tulus
buat ku sulam kita anyam detik yang indah
hanya ku pinta agar kau memaafkan
salah silap kita saling bermaafan


Selamat hari raya ku ucap pada semua
mohon ku mohon maaf zahir dan batin
selamat hari raya marilah kita gembira
menyambut syawal indah rasa kesyukuran


Selamat hari raya...

              Alhamdulillah... ary memang bersyukur dapat ilhamkan lagu ni... doakanlah ye.. agar lagu ni dapat tempat yang seeloknya... untuk pengetahuan korang juga... lagu SALAM LEBARAN ni merupakan lagu hari raya ciptaan ary yang kedua... lagu hari raya ary yang pertama bertajuk GEMA DI AIDILFITRI.. korang bole klik http://ariasputera.blogspot.com/2011/08/lagu-raya-ary-yang-pertama-gema-di.html kalau korang nak dengar...

              Dan kalau korang nak riki riki sambutan lagu ni di facebook.. korang ble singgah sini gak.. klik http://www.facebook.com/video/video.php?v=249494078424343&comments

             Ok la semua... dari ary.. SALAM LEBARAN..salam muhibah... salam hari raya.. salam iadilfitri buat semua yang telah sudi membaca entry ary ini... jangan lupa ye.. komen sekali tau... sebar sebarkan lah lagu SALAM LEBARAN ini pada kengkawan ye.. Jangan lupa doakan ye... mana la tau kita dapat dengar di radio lagu ni tahun hadapan.....

             Assalammualaikum... Muaah....!!!!


~ Komen anda ary balas di blog anda ye.... terima kaseh u oll yang sudi komen... ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom layan karya karya asli Ary... Klik Gambar Derrrr...