Halaman

Selasa, 27 September 2011

Seharum Rahmatmu

           Assalammualaikum buat sahabat semua.. ari ni ary nak tulis sesuatu yang bagi ary amat bermakna dalam hidup ary.. ary nak tulis puisi disini.. puisi yang ary ilhamkan sendiri pada sekitar tahun 1997... dan kat sini ary bercerita sekali bagaimana ary mula berkarya.. semuanya bermula dari rasa cinta...

           Puisi.. ary mula menulis puisi bila ary bertemu dengan seorang gadis yang bernama Ana atau nama penuhnya Rohana Ismail.. kita orang sama satu kelas pada tahun 1995 di sekolah Menengah Datin Onn Jaafar Batu Pahat.. dia gadis yang amat baik dan juga menarik.. senyumnya semua sempurna...

           Ary mula menulis puisi dari Ana la.. ary ntah mungkin masa tu nak ngurat si Ana ni dulu menulis la apa apa yang jiwang dalam satu buku, penuh satu buku dalam masa dua hari!!! keh! keh! keh!.. kalau dibaca hasilnya puisi itu sekarang mungkin ary sendiri yang muntah tergolek golek kelakar..huhuhu..

           Walaupun hubungan kami tidak lama tapi ianya memang suatu yang istimewa dalam hidup Ary, mungkin suatu yang pasti tak dapat Ary sendiri lupakan walaupun ketika itu dah bertahun tahun berlalu, bukan kerana Ary maseh ada perasaan pada Ana cuma dalam hidup kita pasti ada manis yang tak kan kita lupakan.. kenangan yang manis... ala korang pun mesti ada...

           Korang nak tengok gambar Ana? nantila.. senang senang nanti aku letak...

           Dan bermula dari buku yang Ary tulis untuk Ary beri pada Ana itu, itulah permulaan Ary mula menulis puisi, untuk Ana pun Ary ada buatkan lagu.. tajuknya " lagu buat Ana "tapi lagu tu Ary belum pernah rakam... tu kira lagu masa mula mula Ary menulis lagu la...pergh! lagu tu jangan kan korang, Ary sendiri dengar pun ngantok.. hahaha... lagu yang tangkap leleh jiwang karat 3 keping... huhuhu..
biasalar.. lagu baru belajar..

           Lagu? Macammana dengan menulis lagu pula.. Ary juga mula menulis lagu bermula dari rasa cinta. Inprirasi? tentunya dari kaseh hati Ary sendiri yang kini menjadi isteri Ary.. banyak lagu yang Ary cipta di inprirasikan dari rasa cinta Ary kepada isteri Ary... cuma Ary belum rakamkan.. antara lagu yang Ary buat untuk isteri Ary adalah yang bertajuk " Seindah namamu ", " Madahmu Permaisuri " , " Dihati ini ".. lagu tu semua sedap tapi Ary belum juga pernah rakamkan.. insyallah satu hari nanti Ary dengarkan... ada lagu yang liriknya bertulis nama penuh isteri Ary tau..

           Puisi yang ary nak tuliskan ari ni bertajuk " Seharum Rahmatmu ". Puisi ni sebenarnya Ary buat untuk hadiah perkhawinan kakak Ana namun Ary tak dapat hantar.. tapi puisi ini sudah menjadi teramat istimewa..  sebab ianya da jadi hadiah perkhawinan buat kawan kawan Ary, dan juga tentunya ianya menjadi hadiah untuk perkhawinan Ary sendiri.. rasanya da banyak kawan kawan yang terima kot puisi ini...

           Bagi Ary puisi " Seharum Rahmatmu " ini adalah doa yang indah buat pasangan suami isteri... dan Ary harap mana mana pasangan yang pernah terima hadiah doa " Seharum Rahmatmu " dari Ary dan terbaca artikel ini... Ary sampaikan salam bahgia buat mereka dan tentunya buat anda semua...

           Ary sayang korang semua...

                                  Hari ini
                         Terhampar segala banggaku
              ...satu satunya Engkaulah bicaranya.

         Penyaksianmu pada masjid terbina ini
   Mencipta sejarah dibawah alunan hidupku
Dan merdu...bersama irama pantai
Walau bergelora...kulayari jua ketimur singgahsana.

Hari ini
Akulah raja, akulah permaisuri
...dan kuperintah esok agar bahagia
Satu satunya Engkaulah segalanya
Menentu kami terikat suci
Didalam ukiran...erti suami isteri.

Satu satunya Engkaulah yang kusembah
Dan kami belai doa yang menjadi tanaman
Moga kami rela memudik bersama arus kehidupan
Didalam junjungan yang kupohon lama
               Harum dibawahMu
                           Seharum rahmatMu
                                       Kukuh diseri cinta...


Aku cinta padamu...
Kaulah permaisuri dihatiku...
Selangkah ke arah bahagia..
Inilah Kaseh hatiku..
             Korang doakan kami bahagia ye... kat bawah ni aku letak gambar permata hati kami.. yang perempuan namanya Nurul Aina Syuhada... yang adiknya pula nama Muhammad Aliff Syawal.. Aina ada lagu sendiri tau... mana yang belum pernah dengar korang ble klik sini. Okla, salam sayang buat semua.. aku sayang kat korang... jangan lupa la "like like" komen komen.. ceria la cket kat sini... assalammualaikum..


Muuaaaah!!!!

18 ulasan:

bersama kak Es berkata...

wooo..lomantik maa:)

Ary ariasputera berkata...

tak cukup denga romanti tau... kena tambah bahagia lagi... terima kaseh kak es..

peNulis SeNjA berkata...

perghhhhhhhhhhhhh mantop ..x layak ps masok sini maaaaa

Ary ariasputera berkata...

huhu.. jangan la kata macam tu.. kan kita sama berkarya..

Addin berkata...

semoga berbahagia hingga ke akhir hayat hendaknya :) insha Allah

Ary ariasputera berkata...

aminnnn... terima kaseh miss Addin,.. ary juga mendoakan yang sama buat awak..

SYAF berkata...

Wahh..seMakin RaMai SHabat Yang MemiNati puisi YAng Syaf KeNAl... TPai Yang Nie Ada KeLaiNan..sipa Buat LAgu Lagi.. TerBaik Lah...

inspire bunny berkata...

salam...
kalau ur wife baca ni mesti hepi gila :D
untung dpt suami yg romantik...cayala
semoga berbahagia di dunia dan akhirat...

Ary ariasputera berkata...

ye ke syaf.. salam sahabat... terima kaseh..

Ary ariasputera berkata...

terima kaseh cik bunny.. ary pun doakan yang baik buat awak..

kindergartenlibrary berkata...

sweet ooo !

Unknown berkata...

hehe..romantik tuu..
muat lak dua2 masok troli..hehe

Nenek Fasola berkata...

jemput singgah blog nenek http://penglipurlarafasola.blogspot.com/ kalau nk follow skali pun ape salahnye.hee

::Mastura Zakaria:: berkata...

wa.....romantiknya..hihihihihi

boleh kalau nak join sy promotekan blog, check link bawah ni ye...

http://masturazakaria.blogspot.com/2011/05/aku-nak-promote-blog-followerssuka-tak.html

Ary ariasputera berkata...

nelly...huhuhu

Ary ariasputera berkata...

apik pehe... tu baru anak anak yang masuk.. mak ayah pun pernah masuk sama dulu tau..hehehe

Ary ariasputera berkata...

nenek fasola... itu suda pasti..

Ary ariasputera berkata...

mastura.. terima kaseh.. sat lagi singgah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom layan karya karya asli Ary... Klik Gambar Derrrr...