Halaman

Rabu, 27 April 2011

Cari.. lagu baru untuk april 2011

          Assalammualaikum buat semua yang tersayang... terima kaseh kerana korang maseh sudi mengikuti perjalanan seni aku.

          Kali ni aku nak persembahkan lagu & lirik ciptaan aku yang bertajuk " Cari "... Video lagu ni adalah video lagu ciptaan aku yang ke 51 dalam channel youtube aku.. huhuhu.. kalau nak tengok channel youtube aku, korang klik la kat sini.

           Lagu " Cari " ni tercipta ilhamnya pada 19 April 2011 dan aku buat rakaman lagu ni di sekitar Tasek "Y" Batu Pahat 26 April.. Video lagu " Cari " ni merupakan video lagu yang kedua aku rakamkan diluar selepas video lagu " Kau satunya ".. ble la.. kira cubaan baru la.. letih arrr nak cari lokasi.. Ramai orang tengok tau..

Kisah lagu ni x yah la aku citer... korang baca lirik yang aku tuliskan.. da tau kot.. ahaks! Percaya atau tidak, lagu aku yang baru ni maseh kekal lagu cinta lagi.. huhuhu... cinta lagi....

Korang tak caye ke.. jom layannzzz...



Amacam? bole tak? Kalau korang suka, kat bawah ni aku tuliskan liriknya... maaflah, ada kesilapan kecil masa rakaman video ni.. kualiti video tak berapa baik.. cam tersangkut sangkut aku nyanyi.. huhuhu... ble la kan.. jom nyanyi sama

Ciptaan Melodi & Lirik : Ary ariasputera
Ciptaan pada 19 April 2011
Nyanyian : Ary
 
Mencari hilang wajahmu dimana

Tertekan jiwa rasa ku kehilanganmu

Mencarimu di setiap segenap sudut

Tak ketemu bayangmu di dalam terang



Mencari kaseh sulamnya makin terurai

Dibuai rindu sulamnya menjerat aku

Terasa kaku di dalam terasa beku

Di baliknya inginku rasa bahgia



Kurenung saat lalu ku bayangkan kasehmu seorang

Ku dambakan pelukanmu

Menghangatkan malamku oh sayang

Sebenarnya dalam aku maseh lagi maseh ada cinta

Yang rindu kau disisi



Ku mencari cari memburu sebenar cinta

Ku mencari cari carimu wajahmu dimana

Dan ku rasa terus bagai kehilanganmu oh sayang


          Terima kaseh la korang sudi dengar... korang doakanlah agar lagu lagu aku suatu hari nanti dapat di siarkan seperti lagu lagu yang lain... maklumlah aku belum dapat peluang macam tu lagi..

Next time jangan lupa.. singgah la lagi, aku akan ceritakan setiap kisah apapun hasil karya dari aku.. Ha.. da baca ni jangan la lupa komen.. meriah amatla gamaknye... adios.. aku sayang korang semua...

Sabtu, 23 April 2011

Sepi Itu Indah : Kazika Hazis?

        Assalammualaikum semua...
                 Buat kawan kawan yang sangat prihatin pada aku.. huhuhu... salam bahagia semua.. pertanyaan? kenapa tajuk kali ni aku letak " Sepi Itu Indah : Kazika Hazis? "... sebenarnya tak ada apa apa.. cuma apa yang aku tuliskan ni mungkin  suatu yang bole di ibaratkan penghargaan buat insan yang aku kenali di facebook yang aku kenali sebagai Kazika Hazis..

                   Aku tak mengenali Kazika Hazis secara rapat, hanya sekadar kawan di facebook, yang boraknyer kadang kadang.. huhuhu... Namun, Kazika Hazis yang aku kenali adalah sebagai salah seorang yang meminati hasil karya dari aku, suka dengar lagu aku.. dan telah mengikut "perjalanan" aku di facebook gallery ariasputera dan di facebook diariku ariasputera, dimana segalanya hasil karya aku, dan catitan "perjalanan" aku, aku tulis disitu..
        
                  Segalanya bermula bila Kazika Hazis buat permintaan lagu... dan kalau korang nak tahu.. Kazika Hazis la insan yang pertama, yang tanpa aku kenal secara rapat.. membuat permintaan ;lagu dari aku..
Nak tahu tak camne soalan Kazika Hazis beri pada aku?..

Masa kami chat Kazika Hazis bertanya pada aku...

        Bole tak ary buat lagu, lagu yang mengunakan tajuk " Sepi Itu Indah"?

                 Aku masa tu sebenarnya terkaku jugak, bukan apa.. takut tak bole buat... lagipun masa tu Kazika Hazis la orang yang pertama buat permintaan.. aku masa tu cuma jawap aku akan cuba.. sebab bagi aku, idea yang datang dari Allah buat aku mencipta melodi, dan menulis lirik lagu adalah atas keizinan-NYA.. kalau Allah tak izin, rasanya aku perah otak pun tak gunakan..

                Namun, bagi aku Allah maseh memberi peluang untuk aku mencipta melodi, dan menulis lagu... percaya atau tidak? lagu Sepi Itu Indah aku dapat hasilkan selepas dua hari dan aku videokan pada hari ketiga selepas Kazika Hazis buat permintaan dari aku untuk lagu ni... Dan aku rasa, mungkin tanpa Kazika Hazis, aku tak mungkin dapat ilham lagu Sepi Itu Indah di sebalik tajuk yang diminta oleh kazika Hazis sendiri dan kita mungkin tak kan pernah dengar lagu ni... btol tak?

Korang nak kenal tak Kazika Hazis yang aku cakapkan kan ni.. orang Batu Pahat jugak.. aku ni pun duk Batu Pahat jugak tapi ndak nyer pernah terserempak.. Nak kenal tak? Kalu nak kenal, jom sesama kita add friend die kat facebook.. klik sini kalau korang nak berkenalan dengan Kazika Hazis ni.. kalu korang da jumpa.. sampaikan salam aku kat die tau..

Haa.. kat bawah ni la gamba Kazika Hazis..

Ni gamba kat facebook ni aku amik.... agak2 Kazika mara tak aku amik,,. huhuhu  


Dah dah.. Jom, apa kata kita layan lagu Sepi Itu Indah.. Jom reramai.. Jom..



Amacam? ada layan tak...? Memang mendayu lagu ni.. kalu korang duk tepi pokok, main gitar sensorang.. pergh! layan.. lagi la kalu masa tu korang tengah rindu giler kat awek korang...huhuhu..

Apa? Nak nyanyi sama sama? Tak tau lirik? .. halamak.. lupe letak.. ok, kat bawah ni liriknya.. Ha! apa lagi, main la lagi video lagunya, dan baca liriknya.. kita nyanyi la sesama.. jom...

Sepi itu indah...
Lagu & lirik ciptaan : Ary ariasputera
Tarikh dicipta : 30 Julai 2010 0157am
Facebook gallery ariasputera @facebook diariku ariasputera
 http://www.youtube.com/ariasputera


Kala rindu ku hauskan kala sepi ku dendamkan

Kala malam ku inginkan dirimu sayang
Kala bayu ku hembuskan rasa kaseh ku dambakan

Agar sampai pesanan ku buatmu sayang

Baru ku tahu sepi ini indah dalam kedinginan

Disebalik nafas nafas rindu oo..


Saat itu ku rindukan bersamamu ku impikan

Saat itu bagai emas buatku sayang

Saat sepi ku hangatkan dengan rindu makna sayang

Saat cinta kau lafazkan padaku sayang

Baru ku tahu sepi ini indah dalam keresahan

Disebalik ku angankan dirimu oo..
  
Chorus :

Malam ku rindukan dalam sepi ini

Indah ku rasakan ditaman dijiwaku

Baru ku tahu sepi itu indah
Keranamu sayang kerana cintamu
Dalam sepi ku dambakan dirimu

Rasanya.. bila la lagu ni nak di kuar radio ye tak.. apa pun sekali lagi aku ucapkan terima kaseh buat Kazika Hazis untuk lagu ni, aku akan ingat sampai bila bila.. kalau ada peluang kita bergambar sama nanti.. huhuhu... ble letak kat blog aku ni,,  Dan jutaan terima kaseh buat korang kerana maseh sudi dan akan terus sudi mengikuti gerak langkah aku dalam mengejar cita cita dan impian aku...

Salam sayang semua... dan next time, ada lagi cerita sesebuah lagu dari aku.. akan datang.. nantikan ye..


                      

Khamis, 21 April 2011

Teristimewa buat anak hamba....

        Assalammualaikum kawan kawan, terima kaseh kerana korang sangat sudi menjengah hasil karya aku.. lagu & lirik ciptaan aku... kali ni aku nak persembahkan sebuah lagu yang bermakna dalam hidup aku.. iaitu lagu & lirik ciptaan aku sendiri yang aku beri tajuk Teristimewa buat anak ku..
     
        Rakan sekeliling aku mungkin da  dengar lagu ni.. dan suka lagu ni.. lagu ni aku ciptakan melodinya dan buat indah liriknya sememangnya khas buat anak aku yang pertama yang aku beri nama Nurul Aina Syuhada.. aku ciptakan lagu ni masa umur Aina 16 hari lagi... dalam setiap bait patah perkataan liriknya sentiasa ada kaseh sayang aku..
 
        Percayalah... walaupun anak kita di lahirkan serba kekurangan itulah permata hati kita, permata yang di amanahkan pada kita.. janganlah kita sisihkan kerana kekurangan anak kita... dan itulah yang aku percaya sehingga kini..

        Dulu, aku juga pernah patah hati bila tahu anak aku begini, tapi bila aku menerimanya sebagai amanah dari Allah barulah aku tahu bahawa dugaan yang aku terima tidak la sebesar mana, hanya ibarat sebesar hama jika dibandingkan keadaan anak orang lain yang lebih tidak bernasib baik...

        Pernah sekali sewaktu aku bawa Aina ke Hospital Tun Aminah di Johor Bharu, aku terserempak dengan pasangan suami isteri yang bergilir mendukung anak mereka yang umurnya di anggarkan belasan tahun yang mana anak mereka tidak kuat untuk berdiri, dan mereka juga tak punyai kerusi roda..
     
        Hanya tuhan yang tahu betapa pasrahnya hati aku masa tu, rasanya aku mengalirkan air mata melihat pasangan suami isteri itu yang dalam kepayahan bersama anak mereka yang mereka sayang..

        Aku benar bersyukur aku maseh perolehi cahaya mata yang sehat...
        Dan aku persembahkan sebuah lagu yang aku coretkan buat anakku, Aina.. ayah dan ibu sayang Aina..



         Inilah bingkisan yang aku koleksikan buat anak aku.. dan video inilah cerita tentang anak aku.. Aina..  sekarang umur die da hampir 4 tahun.. Aina pun dapat adik tau sekarang, nama penuh adik Aina.. Muhammad Aliff Syawal.. panggil Aliff aje.. nak tengok tak gambar Aliff.. haaa.. kat bawah ni la gambar Aliff dan Aina.. comel tak permata hamba...

Ni gambar Aliff masa umur belum sehari.. tengah fresh lagi ni... tengok la rambut die.. hahaha

Ni la masa pertama kali Aina ribakan Aliff... comel tak?

Haha.. ni gamba dalam troli Carefour Batu Pahat.. muat aarrr satu troli..

           Comelkan... aku da habaq da.. kalau korang tengok video tadi.. gamba Aina dulu berbeza dengan Aina sekarang.. bertambah comel.. bertambah manja.. suke die dapat adik.. cume Aliff je la belum ada lagu sendiri.. huhuhu
       
           Oh ya! Korang nak tak lirik lagu Teristimewa Buat Anakku ? Aku dengan rasa bertuah jika korang kata ye... baca lah liriknye.. kita nyanyikan sama sama.. itulah kaseh sayang namanya..


Teristimewa buat anakku
Lagu & lirik : Ary ariasputera
Facebook gallery ariasputera @ http://www.youtube.com/ariasputera

Sinarkan cahayamu buat ayah dan bonda  
hiburkan hati kami dengan tawa tangismu yang manja
Biar berdetik biar beribu cinta moga kaseh pengerat segalanya
Moga rindu membara antara kita moga jiwa bercambah selamanya

Kusyukuri lahirmu ku ibaratkan permata
kudambakan senada irama puisi cinta
Walau begitu iramanya utuh merdu ianya takkan hilang dibawa debu
Ianya takkan goyang oleh cemburu
Dari mereka yang memandang sepi

Dalam dewasa langkahmu jerihnya beribu batu     
Ku harap kau tabah memecah gundah mencipta nama mengharum dunia
Bahgia...temanimu sayang

Aluni pesan ayahnda ini diminda
lagukan kaseh bonda moga membawamu kesyurga
Biar berduri biar berkaca langkah tidak kami berani mengusik jiwa
Hanya cinta yang menjadi pegangan kita
Teristimewa buat anakku...Nurul Aina Syuhada
   

          Akhir sekali, jutaan terima kaseh buat MCDonald Malaysia kerana menganjurkan kempen Berikan Mereka Senyuman... yang mana MCDonald telah memberi tajaan untuk mereka yang tidak mampu menikmati pembedahan percuma buat anak mereka yang sumbing, di usaha sama dengan Hospital Pantai Bangsar di Kuala Lumpur di bawah kelolaan Doktor Kim Tan.
       
          Perkhidmatan mereka memang terbaik... layanan amat baik.. cuma makanan kat kantin die je la mahal sikit... maklum la "first class". Kalau korang berminat untuk sebarang pertanyaan korang boleh klik disini, dan kalau korang nak download borang permohonan klik la disini ataupun borang bole korang minta di mana mana cawangan MCDonald di Malaysia. Dan juga korang ble hubungi terus RMHC Malaysia Hotline di nombor 012-365 7324. 
       
         Kita sama membantu.. kita bersama sama memberi mereka kaseh sayang.. sebab kita percaya anak kita adalah anugerah yang tak ternilai dari Allah.

Assalamualaikum...

Isnin, 18 April 2011

Cinta versi asal...

          Assalammualaikum kawan kawan.. apa yang aku nak cerita kali ni ialah sebuah lagu dan lirik ciptaan aku yang aku beri tajuk " Cinta "... lagu yang aku cipta pada 22hb Jannuary 2011 jam 8 pg... apa yang menarik tentang lagu ni...  korang layan la ye...
         
          video kat bawah ni adalah video lagu " Cinta " yang asal, maksudnya lagu yang tiada tokok tambah laa... Harap enjoy yob... lagu ni baru lagi.. aku akan sertakan lirik sekali.. ble la kite nyanyikan sama sama ye...



uhh.. syahdu giler ahh... hahaha.. tapikan aku sendiri pun tak percaya aku ble cipta lagu ni.. korang baca lirik lagu " Cinta " kat bawah ni.. ulang balik video pah tu kita nyanyi la sesama.. bole tak? bole? sayang korang...


Cinta ...
Lagu & lirik ciptaan : ary ariasputera
Tarikh dicipta : 22 January 2011 0800am
Facebook gallery ariasputera @ facebook diariku ariasputera
http://www.youtube.com/ariasputera

Bila masa kau menuturkan kata cintamu
Disitulah bermulanya warna dalam hidupku
Kau warnakan warna cahaya menerangiku menerangiku oh kasehku

Saat kita nikmati bahagia saat bersatu
Itulah saat cinta jadi nikmat dalam hidupku
Kau menyusunkan jiwa jiwa dalam hidupku dalam hidupku kau kasehku

Aku menawanmu dalam ribut cinta kau tawani aku dengan selembut jiwamu
Aku membiarkan kau dalam gelora kau tabah mengharungi saat jiwamu yang luka
Tanpa sedar mengalirlah air mata tanpa ku sedar sayang
Maafkanlah oo.. andai kau terluka

Aku jadi lemah kerana tangismu menghiris jiwa sebakmu meruntun jiwa
Aku sedar tanpa sedar hatimu telah ku lukakan tanpa sedar sayang aku menghiris jiwa

Cinta...
Padamu kaseh maseh ku cinta
Selamanya engkau akan ku cinta

Bila masa kau menuturkan kata cintamu
Disitulah bermulanya warna dalam hidupku dalam hidupku
Kau warnakan warna cahaya menerangiku menerangiku oh kasehku

Aku menawanmu dalam ribut cinta kau tawani aku dengan selembut jiwamu
Aku membiarkan kau dalam gelora kau tabah mengharungi saat jiwamu yang luka
Tanpa sedar mengalirlah air mata tanpa ku sedar sayang
Maafkanlah oo.. andai kau terluka
maafkanlah ooo.. kau maseh ku cinta




             Jangan lupa beri komen tau.. tapi untuk pengetahuan korang juga.. lagu "cinta" ni juga ada versi terbaru... dimana ada persembahan aku bersama Ary And The Gang... lagu versi terbaru ni melibatkan 3 penyanyi, dan tambahan plot lagu bahagian rap dan part high key... korang ble dengar.. jangan tak caye lagu cam ni pun ader rap tau.. kalau korang nak tengok video latihan dan video semasa saringan untuk persembahan kami korang klik sini..

             Kalau korang nak tengok persembahan kami Ary and The Gang membawa lagu " Cinta " versi terbaru di Restoran Grand Sea View Tanjung Labuh Batu Pahat di anual dinner Munchy 19 hb Mac 2011 korang ble klik kat  sini.

             Dan lagu " Cinta " ini juga telah di coverkan.. dinyanyikan semula oleh saudara Jamalluddin dalam episod di arkib blog aku " lagu aku di kartonkan " nak dengar tak? jom klik sini.

             Huhu huhuhu... macam macam ader... jom klik klik.... komen komen..

Video latihan dan masa saringan

video kat bawah ni, aku nak tunjukkan video rakaman lagu " Cinta " masa kami buat latihan kat rumah aku, aku saje je letak.. mana tau korang nak tengok.. huhuhu...




agak agak ok tak? huhuhu bole la kan.. yang aku letak kat bawah ni pulak video kami masa saringan sebelum final kat annual dinner... kalau nak tau, ni la kali pertama aku nyanyi secara live nyanyi lagu sendiri, sambil main gitar pulak tu.. hahaha... kalut giler.. kantoi 2 kali ko.. hahaha... jangan mara tau.. harap enjoy yob..



apa apa hal pun terima kaseh buat korang kerana sudi tengok.. i love u all... jangan lupa komen tau..

gambar sekitar dinner..

Haa.. ni la gamba serba sedikit yang dapat aku kumpul masa annual dinner Munchy yang berlangsung di Restoran Grand Sea View pada 19 Mac 2011 lepas.. ble arr cuci cuci mata...


Amacam lawa tak? hehehe...


ni gambar masa aku baru sampai... huhuhu kira bergetah ni...


 bergaya dengan iwan ( pak dukun ) kat depan dewan..


ni bukan awek aku tau.. kawan sekerja di Munchy.. nama aku panggil Ita, solo lagi tau die ni.. huhuu


dari kiri, Ijal, Ijam, Faiz, Aku, Indra, E'pul, Iwan ( pak dukun )... hensem arrr

bergaya kita orang tak?

kita orang berposing dulu sebelum perform... huhuhuhu....

Gambar yang hensem kat bawah ni pulak masa aku buat sound cek... tapi hampeh... masa soung cek bunyi gitar lembut jerk, da perform tajam giler sound gitar aku.. apa la sound man...



Tengokla gambar kat bawah ni.. ambil masa blum start majlis... kira maseh huru hara lagi laa...


























































yang bawah ni gambar kami masa bertanding...

Tengah feel ni tau...
E'pul tengah kosentret rap.. foiyo.. enimen pun kalah.. heh
Ayeim tgh layan perasaan.. tinggi jugak key mamat ni
punyer la jauh jarak antara kami.. huhuhu





dan yang ini pula gambar rakan sekerja aku perform masa tu.. dia orang sume mmg terbaek!!!

lagu dangdut ni die org nyanyi..
ni la aksi die orang kumpulan OTAI.. bawa lagu semerah padi.. juara sebenar malam tu




ni buat tarian.. perform group dance..

ni sebenarnya berdua.. ada lagi sorang tapi aku tak ble upload gamba dia.. x tau la kenapa.. tapi korang ble tengok dalam video aku masa persembahan, ada gambar lagi sorang...



Ni je la yang dapat aku upload untuk tatapan korang... mmg bes masa ni.. ader beberapa keping lagi tapi x ble up load plak.. agak banyak sangat agaknyer... tak pe la.. korang rasa terhiburkan.. terima kaseh..

Lagu aku dikartunkan?

      Ha? Korang tertanya tak kenapa aku tanya cam ni..? Pelikkan? Kalu nak ikutkan tak de la pelik mane pun.. cuma aku rasa berbesar hati cam gelanggang tenis, cam membuak buak nak bagi tau korang...
      
      Sebuah lagu & lirik ciptaan aku buat pertama kalinya telah di "cover" kan orang lain... rasa bangga sesangat bila orang suka ngan lagu kite.. lagu yang dia orang cover tu lagu yang bertajuk " Cinta " yang versi asal punya, kenapa aku cakap versi asal? ade ker versi lain?
      
      Ada... Versi asal adalah lagu ciptaan aku yang mula mula sekali lagu ni aku ilhamkan dulu.. dan versi baru pula.. ialah dimana lagu " Cinta " aku telah tambah "part rap" ( uui.. ni lagu ciptaan aku yang pertama aku bubuh rap tau ) dan part high key.. yang aku ubah semata mata untuk persembahan pertama aku dikhlayak ramai.. aku da pautkan dalam blog aku videonya.. korang cari la.. 
      
      Di bawah ni adalah lagu & lirik ciptaan aku iaitu " Cinta " yang telah di persembahkan oleh saudara Jamalludin, Jamalludin ni kira sahabat baru aku juga, cuma aku blum dapat jumpa face to face lagi tapi kalu wat video call ngan Sykpe mmg udah lerr, dia dulu msg aku kat facebook dan bgtau aku minat nak cover lagu aku.. dan yang akan korang tengok nanti la hasil dia..tadaaa... memang bes!
    
     Brother Jamal ni mmg sah bole compose lagu ni, Jamal juga ada lagu ciptaan sendiri tau, kalau nak dengar lagu ciptaan dia dan berkenalan dengan Jamal, korang g la klik la disini,
    
Atau korang nak berkenalan.. moh kita tengok gamba die yang paling ganazzz... huarrggghh!!!


bakal komposer...




     Video lagu " Cinta " yang di hasilkan oleh saudara Jamalludin ini telah di edit oleh beliau sendiri, dimainkan alat muzik juga oleh beliau.. dan dinyanyikan bersama oleh adik Ana dan adik Rizky..
    
       Harap kome enjoy yob.. dan tontonlah video ini dengan hati yang gembira... huhuhu






ha.. komen komen, jangan lupa lak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom layan karya karya asli Ary... Klik Gambar Derrrr...