Halaman

Sabtu, 23 April 2011

Sepi Itu Indah : Kazika Hazis?

        Assalammualaikum semua...
                 Buat kawan kawan yang sangat prihatin pada aku.. huhuhu... salam bahagia semua.. pertanyaan? kenapa tajuk kali ni aku letak " Sepi Itu Indah : Kazika Hazis? "... sebenarnya tak ada apa apa.. cuma apa yang aku tuliskan ni mungkin  suatu yang bole di ibaratkan penghargaan buat insan yang aku kenali di facebook yang aku kenali sebagai Kazika Hazis..

                   Aku tak mengenali Kazika Hazis secara rapat, hanya sekadar kawan di facebook, yang boraknyer kadang kadang.. huhuhu... Namun, Kazika Hazis yang aku kenali adalah sebagai salah seorang yang meminati hasil karya dari aku, suka dengar lagu aku.. dan telah mengikut "perjalanan" aku di facebook gallery ariasputera dan di facebook diariku ariasputera, dimana segalanya hasil karya aku, dan catitan "perjalanan" aku, aku tulis disitu..
        
                  Segalanya bermula bila Kazika Hazis buat permintaan lagu... dan kalau korang nak tahu.. Kazika Hazis la insan yang pertama, yang tanpa aku kenal secara rapat.. membuat permintaan ;lagu dari aku..
Nak tahu tak camne soalan Kazika Hazis beri pada aku?..

Masa kami chat Kazika Hazis bertanya pada aku...

        Bole tak ary buat lagu, lagu yang mengunakan tajuk " Sepi Itu Indah"?

                 Aku masa tu sebenarnya terkaku jugak, bukan apa.. takut tak bole buat... lagipun masa tu Kazika Hazis la orang yang pertama buat permintaan.. aku masa tu cuma jawap aku akan cuba.. sebab bagi aku, idea yang datang dari Allah buat aku mencipta melodi, dan menulis lirik lagu adalah atas keizinan-NYA.. kalau Allah tak izin, rasanya aku perah otak pun tak gunakan..

                Namun, bagi aku Allah maseh memberi peluang untuk aku mencipta melodi, dan menulis lagu... percaya atau tidak? lagu Sepi Itu Indah aku dapat hasilkan selepas dua hari dan aku videokan pada hari ketiga selepas Kazika Hazis buat permintaan dari aku untuk lagu ni... Dan aku rasa, mungkin tanpa Kazika Hazis, aku tak mungkin dapat ilham lagu Sepi Itu Indah di sebalik tajuk yang diminta oleh kazika Hazis sendiri dan kita mungkin tak kan pernah dengar lagu ni... btol tak?

Korang nak kenal tak Kazika Hazis yang aku cakapkan kan ni.. orang Batu Pahat jugak.. aku ni pun duk Batu Pahat jugak tapi ndak nyer pernah terserempak.. Nak kenal tak? Kalu nak kenal, jom sesama kita add friend die kat facebook.. klik sini kalau korang nak berkenalan dengan Kazika Hazis ni.. kalu korang da jumpa.. sampaikan salam aku kat die tau..

Haa.. kat bawah ni la gamba Kazika Hazis..

Ni gamba kat facebook ni aku amik.... agak2 Kazika mara tak aku amik,,. huhuhu  


Dah dah.. Jom, apa kata kita layan lagu Sepi Itu Indah.. Jom reramai.. Jom..



Amacam? ada layan tak...? Memang mendayu lagu ni.. kalu korang duk tepi pokok, main gitar sensorang.. pergh! layan.. lagi la kalu masa tu korang tengah rindu giler kat awek korang...huhuhu..

Apa? Nak nyanyi sama sama? Tak tau lirik? .. halamak.. lupe letak.. ok, kat bawah ni liriknya.. Ha! apa lagi, main la lagi video lagunya, dan baca liriknya.. kita nyanyi la sesama.. jom...

Sepi itu indah...
Lagu & lirik ciptaan : Ary ariasputera
Tarikh dicipta : 30 Julai 2010 0157am
Facebook gallery ariasputera @facebook diariku ariasputera
 http://www.youtube.com/ariasputera


Kala rindu ku hauskan kala sepi ku dendamkan

Kala malam ku inginkan dirimu sayang
Kala bayu ku hembuskan rasa kaseh ku dambakan

Agar sampai pesanan ku buatmu sayang

Baru ku tahu sepi ini indah dalam kedinginan

Disebalik nafas nafas rindu oo..


Saat itu ku rindukan bersamamu ku impikan

Saat itu bagai emas buatku sayang

Saat sepi ku hangatkan dengan rindu makna sayang

Saat cinta kau lafazkan padaku sayang

Baru ku tahu sepi ini indah dalam keresahan

Disebalik ku angankan dirimu oo..
  
Chorus :

Malam ku rindukan dalam sepi ini

Indah ku rasakan ditaman dijiwaku

Baru ku tahu sepi itu indah
Keranamu sayang kerana cintamu
Dalam sepi ku dambakan dirimu

Rasanya.. bila la lagu ni nak di kuar radio ye tak.. apa pun sekali lagi aku ucapkan terima kaseh buat Kazika Hazis untuk lagu ni, aku akan ingat sampai bila bila.. kalau ada peluang kita bergambar sama nanti.. huhuhu... ble letak kat blog aku ni,,  Dan jutaan terima kaseh buat korang kerana maseh sudi dan akan terus sudi mengikuti gerak langkah aku dalam mengejar cita cita dan impian aku...

Salam sayang semua... dan next time, ada lagi cerita sesebuah lagu dari aku.. akan datang.. nantikan ye..


                      

4 ulasan:

cik teynteyn berkata...

wow .. romantisnya kata-kata :)

hehe ..

semoga teros berjaya tau.

sha'aban ben moestapha berkata...

keep it up bro...

Siti Safiyyah berkata...

best gak dengar.. hehe

Ary ariasputera berkata...

terima kaseh semua..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom layan karya karya asli Ary... Klik Gambar Derrrr...