Halaman

Isnin, 21 November 2011

" Biarkan aku " bersama The Blaze Batu Pahat

         Askum semua... terima kaseh kerana korang sudi mengikuti "perjalanan" aku.. gempak wei!! huhuhu...

       Kali ni aku nak ceritakan ttg lagu yang pertama aku pautkan di channel youtube aku.. iaitu lagu " Biarkan aku ". Lagu ni adalah salah satu lagu kegemaran aku sendiri, di ilhamkan pada awal tahun 2010.. ( lupa tarikh )..
aku suka giler dengan lagu ni " Biarkan aku " ni.. bukan nak riak tapi aku bangga dapat hasilkan lagu ni, nadanya begitu mendayu.. liriknya juga aku suka.. yang penting bila nyanyi bahagian chorus.. memang menyentuh perasaan..

        Korang tak caye? cuba dengar lagu ni.. dan hayati.. tapi jangan la bandingkan dengan nyanyian aku.. aku ni bukannya penyanyi yang baik ( bole di gelar penyanyi ke aku ni? heh.. ) korang dengarkan dan bayang bila yang menyanyikan lagu ni orang nye bersuara lantang dan nafas panjang.. pergh!! bes! bes! bes!

Cuba arr dengar... dan hayati.. musti tak rugi...





Amacam? ok tak...? lagu ni aku pernah beri salinan pada EMI Sri Kembangan di Selangor pada april 2010, serah pada Mis Lydia Ong... tapi sampai sekarang senyap jerk... apahal ntah.. jangan dia orang rojak kan sudah.. bukan ble caye sangat.. heh.. jangan mara arr..

Ni aku beri lirik lagu ni... nyanyi sesama jom..

Biarkan aku...
Lagu & lirik ciptaan : Ary ariasputera
Tarikh dicipta : April 2010
 
Kau pergi dari ku tinggalkan aku dalam keliru
Terasa luka didalam rindu


kau biar gelora deras menghempas akan diriku
berkecai jiwa penuh harapan

C/O  :  Kemana lagi nak ku huraikan sejauh mana cinta yang kubela
            Dimana lagi nak ku dambakan segala makna rindu yang terpendam
            Walau bahagia dalam memori indah ini

            Dan terkulai layu saat kau tinggalkanku
            Rasa tak guna aku menghukum masa lalu yang tenggelam ooo
            Jangan kau hiris lagi jiwa ini dilembah luka yang semadi disini
            Biarkan daku tenang didalam ruang yang cuma aku seorang...sendirian

Kau bagaikan mimpi semudah mimpi kau datang dan pergi
terjaga aku terus begini... biarku sendiri
 

Layanzzz beb!! Dan kalau korang nak tau juga, aku da bawak g jamming lagu ni, aku minta kumpulan The Blaze untuk mainkan lagu aku yang satu ni.. lagu aku ni rasanya cam jiwang giler tapi bila diaorang da bawak.. pergh! Rasa hantu naik kepala beb.. mmg bes! yang tak bes sora aku jerk.. huhuu..

Kumpulan The Blaze ni adalah kumpulan dari Batu Pahat, diaorang mmg memiliki studio sendiri iaitu Chamber Muzik Studio di Bandar Batu Pahat, alat alat muzik pun dia orang jual kat situ, murah beb!!!   lu nak apa pun ada!!! tapi agak agakla.. jangan korang nak bli lauk ikan pun kat situ.. bli la barang alat muzik.. tapi sekarang dia orang lebih kepada mengajar muzik... ahli kumpulan The Blaze ni da pangkat cikgu arr sekarang, semua mengajar muzik.. mmg bes!

Nak tengok tak dia orang mainkan lagu ciptaan aku, yang paling bes.. masa ni adalah segalanya spontan, maksudnya aku cuma beri kod gitar sahaja, dan secara spontan dia orang mainkan lagu ni.. dan hasilnya memang terbaek!!! Jom layanzzzz.....



Amacam.. bes tak! Gua da cakap musti layan punya...

Korang nak kenal x ngan ahli The Blaze ni ? Yang pertama Guitar Raymond Yeap atau pun Akun, fuh! bukan nak memuji la tapi memang malmsteen Batu Pahat mamat ni.. tak caye klik nama dia, tengok die goreng lu punye kepala otak.. huhuhu

Sorang lagi, Joanne Yeap.. ni kakak kepada Akun, die dulu pemain bass 5 string The Blaze tapi da naik pangkat da, jadi pengoreng keybord... hui.. dahsyat.. Gaya pun still rock..

Dan last sekali... Drummer dia melayu kita, Zam Protnoy ... kira band ni memang sahut tema 1 Malaysia larr kan.. mamat ni mmg bukan calang calang drummer.. pantang di cabar.. heh! memang kono double padle dahi lu orang nanti.. semua skill die rembat, aku pun drummer juga, tapi yang membezakan aku dengan zam ni, dia dapat skill drum, aku pulak cuma ingat nama skill drum.. hahaha... memang bes arr korang..

sorang lagi nama yoyo.. dia basis The Blaze skarang tapi aku tak tau dia ader facebook ke tak, jd aku tak dapat larr kontek die.. tapi kalau bebudak joget lambak kalau tak kenal ngan yoyo dalam sekitar Batu Pahat ni memang tak sah.. sebab yoyo ni mmg terkenal main band keje kawin ni... gaya ala slash tau..

Aku memang berterima kaseh sgt sgt kat The Blaze kerana sudi layan lagu aku, walaupun dia orang ROCKERS!!! Sebab tu la aku kenalkan pada korang, kalau korang nak The Blaze buat persembahan, atau nak blaja main muzik secara pro dengan dia orang, atau pun nak order peralatan muzik dengan dia orang.. korang klik aje Disini.. kontek arr

Last part.. aku persembahkan salah satu video The Blaze!!! i hope you all enjoy!!!



Dan kalau korang tak puas tengok.. nak lagi tengok video dari dia orang klik youtube channel ZamPortnoy..  Salam sahabat buat korang.. ader masa kita borak lagi.. jangan lupa bagi komen tau... like!! like!!! like!!!

Adios!!!

1 ulasan:

Ary ariasputera berkata...

terima kaseh cik teynteyn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom layan karya karya asli Ary... Klik Gambar Derrrr...