Jangan kau berjalan di depan aku
kerana aku tak akan mengikuti engkau
jangan kau berjalan di belakang aku
kerana aku tak akan mendahului engkau
Tapi berjalanlah disisi aku... dan jadilah sahabat aku...
Teman
sejujur dalam bicara
seikhlas dalam hati
adalah penentuan kita... terikat suci...
ibarat lautan yang penuh gelora
ibarat anggerik yang di rimba
itulah yang kita perlu fahami
mendalami erti sudi
keindahannya...
aku resah
hirisannya...
aku gundah
Teman
dalam hidup ada yang kita perlu tahu
ada yang perlu kita sedari
yang hidup ini tak seumpama mimpi
tapi realitinya
dibatasannya... kau kan sedar jika kau bersendiri.
Nukilan : Ary Ariasputera
14:15pm.... 20 Oktober 2010
2 ulasan:
mantap! :D
kawan ketawa senang dicari, kawan menangis ada ke yang sudi?? ^_^
New Entry: Dapat surat cinta
Comment je dapat dress percuma
Catat Ulasan