SALAM LEBARAN.... Salam Aidilfitri.... Selamat Hari Raya Semua....
Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Setelah sebulan kita berpuasa...akhirnya esok kita da nak raya daa... Selamat Hari Raya to u oollll....
Sempena menjelang hari raya yang bakal tiba pada hari raya esok... ary nak menulis, nak mempersembahkan sesuatu yang mata istimewa buat korang... yang selama ini menyokong ary dalam berkarya...
Walaupun pada dasarnya... siapalah ary ini.. apa la sangat tentang karya karya ary... dan ary juga tak di iktiraf mana mana pihak atas segala karya karya ary... namun ary begitu puas... dan kepuasan itu bertambah... semakin bertambah bila korang suka akan hasil karya ary... dan ianya selalu ibarat satu bonus buat ary... terima kaseh semua... ary amat menghargai di atas segala sokongan korang...
Pada hari ini, ary menulis dengan penuh rasa senyum... kerana ary nak memperdengarkan sebuah lagi hasil karya ary... yang rasanya amat sesuai untuk kita menyambut hari raya esok...
Ary ingin mempersembahkan sebuah lagi hasil karya ary... sebuah lagu yang amat istimewa.... dimana lagu tu melodi lagunya... liriknya... adalah ciptaan ary sendiri... dan lagu itu telah di beri ilham oleh Allah kepada ary pada jumaat 25 Ogos 2011... syukur kepada-Nya ya amat... malah dipermudahkan ary merakam lagu tu dalam bentuk video... seterusnya upload ke facebook, ke youtube... dalam masa 4 jam pada 28 Ogos 2011... ary dapat selesaikan sebelum ary bertolak dari Batu Pahat ke Terengganu.. alhamdullillah amat..
Korang dengarkan ye... kalau sudi komen sekali... kalau boleh sebarkan lagu ini dengan kawan kawan ye... jom kita dengar...
Amacam.. korang suka tak... ary sertakan sekali lirik lagu ni ye...
SALAM LEBARAN
Melodi lagu dan lirik ciptaan : Ary Ariasputera
Tarikh di cipta : 25 Ogos 2011
Nyanyian : Ary
Setahun sudah kita leka mengejar dunia
dan tanpa sedar ada jurang antara kita
helakanlah nafas panjang rindumu
agar terjalin lagi sillahratulrahim
Betapa aku maha rindu kisah lama
berutus kad raya pelbagai warna dan bentuknya
dan lebaran ini ku nyanyikan lagu
agar terpahat indah dihatimu
Hanya ku pinta sekeping doa tulus
buat ku sulam kita anyam detik yang indah
hanya ku pinta agar kau memaafkan
salah silap kita saling bermaafan
Selamat hari raya ku ucap pada semua
mohon ku mohon maaf zahir dan batin
selamat hari raya marilah kita gembira
menyambut syawal indah rasa kesyukuran
Selamat hari raya...
Alhamdulillah... ary memang bersyukur dapat ilhamkan lagu ni... doakanlah ye.. agar lagu ni dapat tempat yang seeloknya... untuk pengetahuan korang juga... lagu SALAM LEBARAN ni merupakan lagu hari raya ciptaan ary yang kedua... lagu hari raya ary yang pertama bertajuk GEMA DI AIDILFITRI.. korang bole klik http://ariasputera.blogspot.com/2011/08/lagu-raya-ary-yang-pertama-gema-di.html kalau korang nak dengar...
Dan kalau korang nak riki riki sambutan lagu ni di facebook.. korang ble singgah sini gak.. klik http://www.facebook.com/video/video.php?v=249494078424343&comments
Ok la semua... dari ary.. SALAM LEBARAN..salam muhibah... salam hari raya.. salam iadilfitri buat semua yang telah sudi membaca entry ary ini... jangan lupa ye.. komen sekali tau... sebar sebarkan lah lagu SALAM LEBARAN ini pada kengkawan ye.. Jangan lupa doakan ye... mana la tau kita dapat dengar di radio lagu ni tahun hadapan.....
Assalammualaikum... Muaah....!!!!
~ Komen anda ary balas di blog anda ye.... terima kaseh u oll yang sudi komen... ~
