Halaman

Sabtu, 21 Mei 2011

CONTEST ENTRI PALING KENCANG

          Assalammualaikum semua, rasanya inilah kali pertama ary cuba masuk contest sejak ary menulis blog.. dan ary da lama berminat nak cuba masuk contest tapi tak tau contest apa yang ary sertai..

          Dan ntah cam ner terjumpa plak contest yang di anjurkan oleh sekencang angin.blogspot.com yang di usaha sama brother Ammar Yasir ( klik nama kalau nak usha mamat ni ) terasa cam berminat plak nak mencuba... jom layan contest apa yang depa buat...


Sekencang angin.Blogspot.com
            Peluang yang ada untuk kita sertai adalah kita boleh persembahkan apa jua entry yang kreatif dalam apa jua segi, korang nak melawak ke, nak bermadah ke, hapa ke.. janji bez.. korang tak nak masuk ke.. jom la join ramai ramai...

            Melalui contest ini, ary cuma ingin persembahkan sebuah lagu yang mana dari segi melodi lagu dan liriknya adalah ciptaan ary sendiri.. mungkin ada yang pernah dengar.. atau pun mungkin pasti ramai yang tak pernah dengar.. sebab lagu ni adalah antara 53 video lagu ary yang juga ciptaan ary sendiri di channel youtube ary di http://www.youtube.com/ariasputera yang belum lagi di dibeli mana mana syarikat rakaman atau dinyanyikan oleh mana mana artis di Malaysia ini..

            Bagi ary, ia adalah salah satu hasil karya terbaik ary... jom layan...  dengarkan sebuah lagu dan lirik ciptaan yang tulus dari ary... yang ary beri tajuk " Ada Cinta "





korang nak lirik lagu " Ada Cinta " ni tak? Usha jom...

Ada Cinta
Melodi lagu dan lirik ciptaan : Ary ariasputera
Ilham dicipta pada 29 Jun 2010 jam 0130 pagi
Nyanyian : Ary

Kau hadir bila aku keseorangan
Kau pimpin aku bawa aku kesana
Memberi makna indah menyusun melodi bahgia
Memberi rasa cinta

Kau sabar temani aku disisiku
Kau tenang walau ombak deras gelora
Kau memberi inprirasi hadirmu tiada ganti
Aku cinta padamu

Chorus :
Dengarkanlah bisikanku aku benar cinta padamu
Kau hadirlah disisiku kau bawakan aku cahaya

Benarkanlah ku sayang demi ku memburu rindu
Kau kan aku hiasi bagai permaisuri jiwa
Mungkin tak seharus aku memaksa dirimu
Tapi tanpamu hidup aku buntu

Walaupun kau hadir hanya teman dalam hidupku
Tapi hati ini ku tahu amat perlu dirimu
Pasti ada cinta ada diantara kita
Hanya tuhan yang tahu rasa hati

Maseh ku mengharapkan engkau mengerti
Bahwa ada cinta tulus dalam hidupku
Ku angankan dirimu permaisuri hidupku
Bahgia hidup bersama itu pintaku

         Apa yang ary fikirkan melalui contest yang di anjurkan oleh sekencang angin.blogspot.com ini. Ary cuma mahu berhibur, menghiburkan kawan kawan semua, menambah kenalan di antara kita dan menceriakan suasana kita.. huhuhu..

         Psss.. akan datang ary juga akan mengadakan contest, maseh dalam perancangan.. kalau ada sesiapa blogger diantara kita yang berminat untuk support dan menaja hadiah, bole hubungi ary.. kerana ary juga ada adiah yang tersendiri untuk bakal pemenang. Cadangnya ary ingin mencari seorang blogger lelaki dan seorang blogger wanita yang berbakat dalam bidang nyanyian dan berani menyahut cabaran menyanyikan lagu lagu baru.. ciptaan ary.. dan adiah dari ary pula.. di rahsiakan dulu.. korang tunggu je larr...

          Last sekali.. ary ingin mengucapkan ribuan terima kaseh yang paling bermakna buat sekencang angin.blogspot.com kerana membuat contest yang ceria...!!! Salam sayang buat korang.. dari ary..

Adiossss.....

2 ulasan:

Azreen Farhani binti Azman berkata...

wahh best !!! thanx join eh :)


salam .

miss frog berkata...

wahhhh...gud lauk k...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom layan karya karya asli Ary... Klik Gambar Derrrr...