Halaman

Jumaat, 27 Mei 2011

Tinta dari Penulis Senja..

           Assalammualaikum.. buat kawan kawan.. dan buat semua kipas-susah-mati ary yang terus sudi membaca apa jua hasil karya dari ary... Opss!! Korang tak perasaan ker apa yang da jadi ngan blog ary ni... kalau korang yang pernah check ini blog ary pasti perasaan..ntah la tiba tiba lak nampak kemas dan sejuk mata memandang.. huhuhu...

           Huhuhu... kalau korang nak tahu.. ni la suatu yang ary bole anggap " hadiah " dari Penulis Senja kepada ary... mungkin bole dianggap salam dari seorang sahabat.. di alam maya ini. Siapa Penulis Senja? rasanya tak yah lah ary nak kenalkan.. pasti ia nama yang tidak asing diantara blogger semua..     

           Bagi yang blum kenal... Penulis Senja ini begitu sinonim dengan hasil karya yang penuh makna.. iaitu puisi.. bahasa yang berkias tampilan diri.. bahasa dikupas dalam lembut.. bahasa yang penuh kata erti.. namun dalam blog Penulis Senja bukan sahaja penuh dengan karya karya puisi, malah korang juga boleh dapat informasi yang terkini, maksudnya.. dia takde la nak biarkan korang sampai hanyut dibawa arus setiap patah kata puisi ciptaannya.. tapi dia senantiasa beri kejutan dengan info dan cerita yang menarik yang diselang selikan dengan hasil karya ciptaannya... menakjubkan bukan?

          Huh.. rasanya bersekang mata juga Penulis Senja dengan ary malam semalam... apa taknya? kenal pun tidak.. tapi Penulis Senja dengan rasa senang ingin editkan blog ary... berat katanya.. maklumla.. ary baru lagi.. banyak yang tak tahu.. semua main bubuh jer.. di tambah pula dengan kesongelan ary.. ahaks!.. yang terminta itu ini... sabar je la ye bro Ps..

          Apa pendapat ary tentang blog Penulis Senja.. kemas dan tersusun.. dan yang paling penting.. header dia.. pergghhh!!! sempoi beb... makan dalam tengok.. huhuhu... korang tak caye.. tengok kat bawah ni.. ada klass tak header dia...


          Kalu korang blum g blog Penulis Senja.. adalah lebih baik di singgah singgah blog saudara kita yang sorang ni.. rugi tak mengenali hasil karya dari dia.. nak singgah? jom... klik http://www.penulis senja.com

          Untuk memudahkan korang lagi.. di facebook Penulis Senja juga mudah dihubungi... korang klik je sini, ble ary ajak jalan jalan singgah facebook Penulis Senja... apa tunggu lagi? jom larrr...

antara lagak ngeri dari Penulis Senja...


Jangan tak singgah tau...

Selasa, 24 Mei 2011

Mastura Nak Promote Blog???

          Huhuhu... banyak pulak tanda soal kat atas.. tak de menda pun.. ni Mastura ni member lama ni... lama larrr sangat.. ntah macam maner terserempak kat blog ni.. da terserempak ader pulak segmen promote.. apa lagi.. ary join penuh perasaan penuh satu troli... bukan ape.. nak tambah kawan..

          korang nak Mastura promotekan blog korang tak.. K.. tengok header die dulu..

Kalu nak join klik SINI ye..
          Persoalan yang maha sangat.. kenapa ary nak Mastura promotekan blog ary..?? Dan ary juga promote larrr belog mastura jugak... sebab kite geng... hehehe..

          Ye laarr tu.. di samping itu ary nak menghiburkan follower follower ary dengan lagu dan lirik ciptaan ary sendiri, lagu yang asli.. ciptaan original... lagu yang pasti ramai yang tak pernah dengar.. ary ader 53 video lagu ciptaan sekarang di channel youtube ary di http://www.youtube.com/ariasputera dan apa yang pasti ary belum pernah tanda tangan di mana mana syarikat rakaman dan artis untuk ary jual lagu ciptaan ary cuma 3 lagu ary pernah serah dengarkan ke EMI Sri Kembangan Di Selangor.. tapi sonyap jerk.. aper citer tak tau...huhuhu..

          Dan point yang paling penting... akan datang.. ary juga ingin buat contest... di mana ary ingin mencari blogger blogger yang berbakat dalam nyanyian... dan bermain alat music contoh gitar atau keyboard... yang berani menyahut cabaran dari ary.. untuk menyanyi lagu ciptaan ary.. dimana lagu lagu tu korang tak pernah dengar...

         Hadiahnyer.. tunggu aje larr bila contestnyer bermula.. sebab ary nak mulakan contest dalam bulan Jun nanti.. yang pasti hadiah dari ary amat istimewa buat yang menang nanti... ary nak mencari pemenang seorang blogger lelaki dan seorang blogger wanita yang dapat menyampaikan lagu ary dengan cara yang paling baik..

        Oleh kerana contest belum bermula... korang ader banyak masa untuk usha usha lagu ciptaan ary.. korang pilih je larr mana yang suka.. nak kod lagu.. hubungi ary...

       Dan ary juga mencari penaja yang berminat untuk hadiah sampingan bersama ary..huhuhu.. ader ker.. bole larrr... layan jer kan Mastura kan...

       Terima kaseh buat Mastura sebab sudi promotekan blog ary... doa doakan lah.. ary mempunyai peluang untuk ketengahkan lagu ary...

Assalammualaikum....Adios...

Isnin, 23 Mei 2011

SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI

           Huuuhuhu... cam berminat pulak.. dengan SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI yang di anjurkan oleh saudara Ben ni... tarikh tutup jam 2 petang woo.. kira last minit larr ni..

Blog Ben Ashaari




          Saudara Ben ni antara blogger yang famous... jadi tak salahkan ary join... dan apa pula yang kreatif mengenai ary.. tentunya lagu ciptaan ary.. bole ye bro Ben.. ary perkenalkan lagu  dan lirik ciptaan ary... Cinta... ( Video latihan untuk persembahan di anual dinner Munchy 19 Mac 2011 )



           Huhuhu... ble tak? satu satunya lagu lirik ciptaan ary yang ada part rap... nak lirik tak? jom usha bawah ni...


Cinta
Melodi lagu dan lirik ciptaan : ary ariasputera
Nyanyian : Ary And The Gang ( Ary, Epul dan Ayeim )

Bila masa kau menuturkan kata cintamu
Disitulah bermulanya warna dalam hidupku
Kau warnakan warna cahaya menerangiku menerangiku oh kasehku

Saat kita nikmati bahagia saat bersatu
Itulah saat cinta jadi nikmat dalam hidupku
Kau menyusunkan jiwa jiwa dalam hidupku dalam hidupku kau kasehku 


Aku menawanmu dalam ribut cinta kau tawani aku dengan selembut jiwamu
Aku membiarkan kau dalam gelora kau tabah mengharungi saat jiwamu yang luka
Tanpa sedar mengalirlah air mata tanpa ku sedar sayang
Maafkanlah oo.. andai kau terluka

Aku jadi lemah kerana tangismu menghiris jiwa sebakmu meruntun jiwa ( meruntun jiwa )
Aku sedar tanpa sedar hatimu telah ku lukakan tanpa sedar sayang aku menghiris jiwa

Cinta
Bila dikata dimana arusnya makna lagu cinta
Yang maseh kuburu maseh membara didada
Dimana ceritanya kuburu maknanya cintanya
Ceritanya membuka mata lalu kita
Cinta lagi cinta lagi cinta
Ku tak peduli apa yang berlaku apa sudahnya ceritaku
Yang penting dapat ku miliki kau aku bersatu... demi... cinta...

Begitulah episod cerita cinta kita
Merajuk dalam rasa sayang kaseh yang mendalam
Bagai  terbang rempuh awan yang melintang didepan
Tak peduli apa kata orang yang bisa meruntuhkan
Aku yang memburu.... rindu kepadamu
Kau selamilah hatiku yang maseh cinta padamu
                                    ( ooo... )
Engkau yang ku sayang.... tetap kau ku sayang
Biar beribu duga aku aku cinta.... aku cinta.... aku cinta haaa...


cinta padamu sayang masehku cinta
padamu kaseh masehku cinta
selamanya engkau masehku cinta

bila masa kau menuturkan kata cintamu ( cintamu )
disitulah bermulanya warna dalam hidupku
kau warnakan warnak cahaya dalam hidupku dalam hidupku oh kasehku

aku menawanmu dalam ribut cinta
kau tawani aku dalam selembut jiwamu
tanpa sedar mengalirlah air mata
tanpa ku sedar sayang
maafkanlah ( maafkanlah ) andai kau terluka
maafkanlah ( maafkanlah ) kau masehku cinta ( cinta cinta )

         Nak tahu tengok video persembahan Ary And The Gang yang tak seberapa ni di anual dinner Munchy masa 19 Mac 2011.. ble klik Cinta ni...

terima kaseh saudara Ben atas peluang ni...

Sabtu, 21 Mei 2011

CONTEST ENTRI PALING KENCANG

          Assalammualaikum semua, rasanya inilah kali pertama ary cuba masuk contest sejak ary menulis blog.. dan ary da lama berminat nak cuba masuk contest tapi tak tau contest apa yang ary sertai..

          Dan ntah cam ner terjumpa plak contest yang di anjurkan oleh sekencang angin.blogspot.com yang di usaha sama brother Ammar Yasir ( klik nama kalau nak usha mamat ni ) terasa cam berminat plak nak mencuba... jom layan contest apa yang depa buat...


Sekencang angin.Blogspot.com
            Peluang yang ada untuk kita sertai adalah kita boleh persembahkan apa jua entry yang kreatif dalam apa jua segi, korang nak melawak ke, nak bermadah ke, hapa ke.. janji bez.. korang tak nak masuk ke.. jom la join ramai ramai...

            Melalui contest ini, ary cuma ingin persembahkan sebuah lagu yang mana dari segi melodi lagu dan liriknya adalah ciptaan ary sendiri.. mungkin ada yang pernah dengar.. atau pun mungkin pasti ramai yang tak pernah dengar.. sebab lagu ni adalah antara 53 video lagu ary yang juga ciptaan ary sendiri di channel youtube ary di http://www.youtube.com/ariasputera yang belum lagi di dibeli mana mana syarikat rakaman atau dinyanyikan oleh mana mana artis di Malaysia ini..

            Bagi ary, ia adalah salah satu hasil karya terbaik ary... jom layan...  dengarkan sebuah lagu dan lirik ciptaan yang tulus dari ary... yang ary beri tajuk " Ada Cinta "





korang nak lirik lagu " Ada Cinta " ni tak? Usha jom...

Ada Cinta
Melodi lagu dan lirik ciptaan : Ary ariasputera
Ilham dicipta pada 29 Jun 2010 jam 0130 pagi
Nyanyian : Ary

Kau hadir bila aku keseorangan
Kau pimpin aku bawa aku kesana
Memberi makna indah menyusun melodi bahgia
Memberi rasa cinta

Kau sabar temani aku disisiku
Kau tenang walau ombak deras gelora
Kau memberi inprirasi hadirmu tiada ganti
Aku cinta padamu

Chorus :
Dengarkanlah bisikanku aku benar cinta padamu
Kau hadirlah disisiku kau bawakan aku cahaya

Benarkanlah ku sayang demi ku memburu rindu
Kau kan aku hiasi bagai permaisuri jiwa
Mungkin tak seharus aku memaksa dirimu
Tapi tanpamu hidup aku buntu

Walaupun kau hadir hanya teman dalam hidupku
Tapi hati ini ku tahu amat perlu dirimu
Pasti ada cinta ada diantara kita
Hanya tuhan yang tahu rasa hati

Maseh ku mengharapkan engkau mengerti
Bahwa ada cinta tulus dalam hidupku
Ku angankan dirimu permaisuri hidupku
Bahgia hidup bersama itu pintaku

         Apa yang ary fikirkan melalui contest yang di anjurkan oleh sekencang angin.blogspot.com ini. Ary cuma mahu berhibur, menghiburkan kawan kawan semua, menambah kenalan di antara kita dan menceriakan suasana kita.. huhuhu..

         Psss.. akan datang ary juga akan mengadakan contest, maseh dalam perancangan.. kalau ada sesiapa blogger diantara kita yang berminat untuk support dan menaja hadiah, bole hubungi ary.. kerana ary juga ada adiah yang tersendiri untuk bakal pemenang. Cadangnya ary ingin mencari seorang blogger lelaki dan seorang blogger wanita yang berbakat dalam bidang nyanyian dan berani menyahut cabaran menyanyikan lagu lagu baru.. ciptaan ary.. dan adiah dari ary pula.. di rahsiakan dulu.. korang tunggu je larr...

          Last sekali.. ary ingin mengucapkan ribuan terima kaseh yang paling bermakna buat sekencang angin.blogspot.com kerana membuat contest yang ceria...!!! Salam sayang buat korang.. dari ary..

Adiossss.....

Isnin, 16 Mei 2011

Riana... gadis idaman mereka..

            Assalamualaikum semua... da seminggu aku tak menulis ni.. rindu pulak.,.bz cket minggu lepas.. on line pun jarang... tak perla.. korang da sudi ikuti perjalanan aku pun da alhamdulillah... syukur...

            Oh ya.. kali ni lagu ciptaan aku yang menjadi pilihan aku ialah lagu yang bertajuk " Riana "  .. huhuhu.. sape tu " Riana "? Apa kena mengena pulak aku dengan si dia ni..? korang pasti tertanya bila lagu yang aku ceritakan dalam blog aku yang lepas.. seperti lagu ciptaan aku yang bertajuk  " Kasehku Nuraini ",      " Dimana Mu Nisa ",   "Syakila " dan lagu " Gadisku yang bernama Sara " rata rata semua adalah yang aku kenal.. semuanya adalah bekas dan ada yang maseh kerja satu kilang dengan aku di Munchy.. dan aku gunakan nama mereka dalam lagu ciptaan aku..

             Tapi lagu " Riana " ni berbeza sikit sebab nama yang aku gunakan untuk tajuk lagu ni adalah datang dari ilham yang muncul secara tiba tiba.. tak ku kenal.. tak ku jumpa.. tapi rasanya.. nama Riana ni benar sesuai untuk lagu ni..

              Lagu " Riana " ni tercipta pada 19 Ogos 2010 jam 1030 pagi... dan di rakamkan pada hari itu juga.. dan yang paling istimewa.. adalah kemunculan anak aku Aina.. hui.. korang ble tengok betapa manjanye gelagat anak aku si Aina dalam video ni... dan jangan tak tau anak aku juga ada lagunya tersendiri.. dimana aku ciptakan pada umur Aina berusia 16 hari.. sekarang umur Aina da tiga tahun da.. kalau korang nak dengar lagu Aina korang klik Permata Aina .. kat situ ada video lagunya.. serta kisah dan lirik sekali...

             Cumel tak?

Salah satu babak yang cumel si Aina..


             Okla... kita berbalik pada tajuk kita yang asal... " Riana ".... cakap banyak tak gunakan.. jom kita layan lagu ni... layanzzzz....





Amacam.. syahdu tak lagu ni... aku pun suka nyanyi lagu ni.. lembut dan tenang nadanya.. di tambah pulak dengan gelagat anak ku Aina yang comel tu...hui.. syahdu.. korang suka tak..? kalu suka.. ni aku beri lirik lagu ni... jom layan lagiii...


Riana
Melodi lagu dan lirik ciptaan : Ary ariasputera

Terang kala malam 
mengusik lagu rindu 
memberi makna insan 
saat aku kala keseorangan 

telah ku bisikan 
nada merdu dalam jiwa 
biar sampai pesananku 
kepadamu sang kekaseh kekasehku 

huu... Riana kekasehku 
huu... Riana aku rindu 
hanya dirimu seorang yang ku sayang 
hanya cintamu satunya ku hauskan 
hanya engkau yang ku perlu dalam hidup 
kau satunya gadis impianku kaseh 

asyik ku dibelai 
lembut bayu yang menyapa 
rasa aneh dalam jiwa 
bila ku sedar kau ku miliki 

huu.. Riana aku rindu 
huu.. Riana kekasehku..


            korang suka tak lirik lagu ni... kalu suka " like " larrr sekali.. kalu bole komennnn.. aku nak tau jugak ngan pendapat korang...

            Dan kalau korang suka dengan lagu lagu ciptaan aku dan ingin nyanyikan lagu lagu yang ada disini... dipersilakan.. dan videokanlah.. buat lagu " cover ".. aku alu alukan.. tapi jangan lupa selitkan nama aku sebagai pencipta lagu dan liriknya ye.. maklumla...

          Video korang nanti kirimkanlah pada aku dan sebagai tanda penghargaan dari aku.. aku akan video itu di Channel youtube aku di youtube.com/ariasputera dimana ianya adalah satu satunya tempat aku letak segala video lagu ciptaan aku.. dan aku akan letak di blog aku disini.. dan tentunya aku akan promote video nyanyian korang tu... bole tak?

            Yang sedang membaca ni jangan lupa " like " dan komen tau.. tinggalkanlah jejak anda.. nanti aku polo balik... salam sayang buat semua.. dari aku, Ary.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom layan karya karya asli Ary... Klik Gambar Derrrr...