An-nur
Si cilik ini di cungkil bakatnya melalui pertandingan nyanyian kecil saja.. seperti di Kipmart Johor, dan sering di Umoll Skudai Johor Bharu... manja tau orangnya tau... maklumlah baru berumur 12 tahun...
Maseh bersekolah di salah sebuah sekolah di Skudai Taman Universiti Johor Bharu.. pernah menjadi juara dalam pidato peringkat sekolah dan dapat naib juara dalam tilawah Al-Quran juga di peringkat sekolah. Selalu masuk pertandingan nyanyian dimana mana sebenarnya cuma yang paling kerap di tempat sendiri dulu la kan... selalu dapat tempat kedua dan ketiga..
Kata juri.. "bagus sebenarnya awak dapat tempat kedua, kalau bole kekalkan... sebab kalau awak da dapat tempat pertama, awak da tak bole masuk lagi bertanding.. dan awak tak bole belajar.." Bole ke macam tu... tapi ader benar jugak kan...
An-nur telah pun di tawarkan menjadi artis naungan Sejuta Suara Production dan telah pun selesai pun merakam sebuah lagu... lagu yang menjadi pilihan... sebuah lagu dan lirik ciptaan aku.. " Lagu Buat Ibu"
Nak dengar tak... bagi yang telah mengikuti blog aku tentunya tahu aku ader rakam lagu " Lagu Buat Ibu" nyanyian aku sendiri... dan kini giliran adik An-nur pula... korang dengarlah bagaimana adik An-nur menyampaikan lagu tu dalam nada yang tersendiri...
Syahdu tak.. kat bawah ni aku ader tuliskan lirik lagu nyanyian adik An-nur
" Lagu Buat Ibu "
An-nur
copyright Sejuta Suara Production
Lagu & Lirik ciptaan : Ary Ariasputera
Muzik compose oleh : Shamz
Senandung malam
tak ku rasa dingin
sepiku hiba
jauh membawaku
rindu ku teramat ku rindu
rindu padamu ibu
tiada lain
yang kini ku impikan
menjunjung kaseh
kasehmu ke syurga
izinkanlah aku kembali
disisimu abadi
berderai air mata
bila kuteringat salah dan silapku
berdosanya diriku
tanpa sedar melukai hatimu
kerna hatiku yang dulunya megah
kini layu merindui kamu
hanyalah padamu ibu
maafkan aku
kernaku kau derita
maafkan aku
kernaku kau tersiksa
ampunilah diriku ibu
biarku sujud kakimu
p/s... kalau korang nak dengar video asal "Lagu Buat Ibu " ni korang ble tengok kat bawah ni...
Apa pun korang doakan kejayaan adik An-nur ni ye... semoga kehadirannya menceriakan lagi pentas seni kita....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan