Halaman

Khamis, 21 April 2011

Teristimewa buat anak hamba....

        Assalammualaikum kawan kawan, terima kaseh kerana korang sangat sudi menjengah hasil karya aku.. lagu & lirik ciptaan aku... kali ni aku nak persembahkan sebuah lagu yang bermakna dalam hidup aku.. iaitu lagu & lirik ciptaan aku sendiri yang aku beri tajuk Teristimewa buat anak ku..
     
        Rakan sekeliling aku mungkin da  dengar lagu ni.. dan suka lagu ni.. lagu ni aku ciptakan melodinya dan buat indah liriknya sememangnya khas buat anak aku yang pertama yang aku beri nama Nurul Aina Syuhada.. aku ciptakan lagu ni masa umur Aina 16 hari lagi... dalam setiap bait patah perkataan liriknya sentiasa ada kaseh sayang aku..
 
        Percayalah... walaupun anak kita di lahirkan serba kekurangan itulah permata hati kita, permata yang di amanahkan pada kita.. janganlah kita sisihkan kerana kekurangan anak kita... dan itulah yang aku percaya sehingga kini..

        Dulu, aku juga pernah patah hati bila tahu anak aku begini, tapi bila aku menerimanya sebagai amanah dari Allah barulah aku tahu bahawa dugaan yang aku terima tidak la sebesar mana, hanya ibarat sebesar hama jika dibandingkan keadaan anak orang lain yang lebih tidak bernasib baik...

        Pernah sekali sewaktu aku bawa Aina ke Hospital Tun Aminah di Johor Bharu, aku terserempak dengan pasangan suami isteri yang bergilir mendukung anak mereka yang umurnya di anggarkan belasan tahun yang mana anak mereka tidak kuat untuk berdiri, dan mereka juga tak punyai kerusi roda..
     
        Hanya tuhan yang tahu betapa pasrahnya hati aku masa tu, rasanya aku mengalirkan air mata melihat pasangan suami isteri itu yang dalam kepayahan bersama anak mereka yang mereka sayang..

        Aku benar bersyukur aku maseh perolehi cahaya mata yang sehat...
        Dan aku persembahkan sebuah lagu yang aku coretkan buat anakku, Aina.. ayah dan ibu sayang Aina..



         Inilah bingkisan yang aku koleksikan buat anak aku.. dan video inilah cerita tentang anak aku.. Aina..  sekarang umur die da hampir 4 tahun.. Aina pun dapat adik tau sekarang, nama penuh adik Aina.. Muhammad Aliff Syawal.. panggil Aliff aje.. nak tengok tak gambar Aliff.. haaa.. kat bawah ni la gambar Aliff dan Aina.. comel tak permata hamba...

Ni gambar Aliff masa umur belum sehari.. tengah fresh lagi ni... tengok la rambut die.. hahaha

Ni la masa pertama kali Aina ribakan Aliff... comel tak?

Haha.. ni gamba dalam troli Carefour Batu Pahat.. muat aarrr satu troli..

           Comelkan... aku da habaq da.. kalau korang tengok video tadi.. gamba Aina dulu berbeza dengan Aina sekarang.. bertambah comel.. bertambah manja.. suke die dapat adik.. cume Aliff je la belum ada lagu sendiri.. huhuhu
       
           Oh ya! Korang nak tak lirik lagu Teristimewa Buat Anakku ? Aku dengan rasa bertuah jika korang kata ye... baca lah liriknye.. kita nyanyikan sama sama.. itulah kaseh sayang namanya..


Teristimewa buat anakku
Lagu & lirik : Ary ariasputera
Facebook gallery ariasputera @ http://www.youtube.com/ariasputera

Sinarkan cahayamu buat ayah dan bonda  
hiburkan hati kami dengan tawa tangismu yang manja
Biar berdetik biar beribu cinta moga kaseh pengerat segalanya
Moga rindu membara antara kita moga jiwa bercambah selamanya

Kusyukuri lahirmu ku ibaratkan permata
kudambakan senada irama puisi cinta
Walau begitu iramanya utuh merdu ianya takkan hilang dibawa debu
Ianya takkan goyang oleh cemburu
Dari mereka yang memandang sepi

Dalam dewasa langkahmu jerihnya beribu batu     
Ku harap kau tabah memecah gundah mencipta nama mengharum dunia
Bahgia...temanimu sayang

Aluni pesan ayahnda ini diminda
lagukan kaseh bonda moga membawamu kesyurga
Biar berduri biar berkaca langkah tidak kami berani mengusik jiwa
Hanya cinta yang menjadi pegangan kita
Teristimewa buat anakku...Nurul Aina Syuhada
   

          Akhir sekali, jutaan terima kaseh buat MCDonald Malaysia kerana menganjurkan kempen Berikan Mereka Senyuman... yang mana MCDonald telah memberi tajaan untuk mereka yang tidak mampu menikmati pembedahan percuma buat anak mereka yang sumbing, di usaha sama dengan Hospital Pantai Bangsar di Kuala Lumpur di bawah kelolaan Doktor Kim Tan.
       
          Perkhidmatan mereka memang terbaik... layanan amat baik.. cuma makanan kat kantin die je la mahal sikit... maklum la "first class". Kalau korang berminat untuk sebarang pertanyaan korang boleh klik disini, dan kalau korang nak download borang permohonan klik la disini ataupun borang bole korang minta di mana mana cawangan MCDonald di Malaysia. Dan juga korang ble hubungi terus RMHC Malaysia Hotline di nombor 012-365 7324. 
       
         Kita sama membantu.. kita bersama sama memberi mereka kaseh sayang.. sebab kita percaya anak kita adalah anugerah yang tak ternilai dari Allah.

Assalamualaikum...

2 ulasan:

Woofer Storm berkata...

tkpe bro.anak tetap anugerah tuhan yang sangat bernilai..semoga dijaga dgn sebaiknya,...


follow sni

4miN93~~ berkata...

anak abg sngt comel woo ~~~ apa2 pun bersyukur dpt anugerah tuhan yg tidak ternilai...

sebelum tu nak komen lagu abg yg ada cinta tu ...

best wooo !! lirik ada :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom layan karya karya asli Ary... Klik Gambar Derrrr...