Halaman

Rabu, 4 Julai 2012

Siti Musliha. Masih Ingatkah Anda pada Gadis Istimewa Ini?

Baru-baru ni saya ada terbaca tentang kisah Siti Musliha di dalam satu blog. Jadi saya pon terpanggil untuk turut share kisah mengenai beliau. Kalau dulu massa saya kecik2, saya selalu tgk dia kat Tv, tgk dia nyanyi dan berlakon. Memang menyentuh jiwa. Tapi masa tu saya terlampau muda lagi, so xfaham sangat la jalan citernyer. Tapi seingat saya, saya pernah tengok citer beliau menjadi seorg anak yg... xtau la yg macam mana, tapi watak tu memang boleh menyentap jiwa la. So jom kita berkenalan dengan beliau..


Masih ingatkah anda dengan Siti Musliha yang amat popular pada zaman 90-an dulu?Saya membesar dengan melihat beliau yang sering muncul di kaca TV3 (dalam rancangan MHI kendalian Aziz Desa ketika itu). Namun, selepas kemunculannya yang menyentap perasaan orang ramai sekitar 1994 hingga 1996, Siti Musliha tiba-tiba ‘hilang’ tanpa sebarang khabar berita.


Inilah beliau ketika kecil.
Pada 17 tahun yang lalu, Siti Musliha Mohd. Mustapha telah menawan hati berjuta-juta rakyat Malaysia dengan kebolehannya menyanyi dan menghafal 30 juzuk al-Quran dengan hanya mendengarnya.Kepetahan budak perempuan itu berbicara dalam program Malaysia Hari Ini di TV3 pada tahun 1994 pula membuatkan orang terlupa seketika betapa dia mempunyai banyak 
kekurangan pada wajahnya.
Pada masa itu, Siti Musliha baru berusia 11 tahun. Setahun kemudian, dia merakamkan album Siti Musliha, diikuti album kedua pada tahun 1996, Mutiara Hati.
************************************************************************************
Nama penuh beliau adalah Siti Musliha Mohd Mustafa. Dilahirkan pada 10 Januari 1983. Anak sulung kepada pasangan Mohd Mustafa Manap dan Rohani Atan ini dilahirkan dalam keadaan tidak normal. Beliau mengalami kecacatan seluruh anggota badan. Dilaporkan bahawa semasa lahir, beliau tidak mempunyai batang hidung, dan salah satu lubang hidungnya terletak di atas kening. Kedudukan mata beliau juga tidak normal.




Untuk membolehkannya menjalani kehidupan yang lebih baik, Siti Musliha, kini berusia 29 tahun, telah menjalani pembedahan wajah sebanyak empat kali di Adelaide, Australia.
Pembedahan pertama yang dilakukan kira-kira setahun selepas kelahirannya pada 1983. Pembedahan selama 10 jam itu dibuat dari bahagian kulit kepala berdekatan telinga kiri ke telinga kanan.
Secebis tulang selangka turut diambil untuk membentuk hidungnya. Selain hidung, pembedahan untuk memisahkan jari tangannya juga dilakukan serentak.
Pembedahan kedua berlangsung pada tahun 1988 bagi membetulkan kedudukan mata, mendekatkan jarak mata dan membentuk semula bahagian muka.
Ia disusuli pembedahan membetulkan kedudukan hidung pada tahun 1994 agar dia mudah bernafas. Tulang selangka sebelah kanan Siti Musliha diambil untuk membentuk hidung itu. Pembedahan terakhir pada tahun 1996 juga bertujuan membetulkan kedudukan hidungnya.Kesemua pembedahan ini memakan belanja hampir 1 juta. Kos pembedahan tersebut adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin pada masa itu untuk membatu Siti Musliha.
Bagi Siti Musliha, pembedahan itu merupakan momen yang menyakitkan. “Saya sudah merasa bagaimana sakitnya menjalani pembedahan plastik. Jika diikutkan saya tidak mahu dibedah lagi.
“Namun, kalau ada insan yang ikhlas mahu membantu menjalani pembedahan, tidak salah untuk saya menerima,” kata Siti Musliha yang sekarang terpaksa bernafas melalui mulut selepas hidungnya kembali tersumbat berikutan tumbesaran yang dialaminya.
Bidang Seni Beliau

Banjir air mata. Itulah ungkapan paling tepat menggambarkan kesedihan sesiapa saja yang menyaksikan kanak-kanak istimewa, Siti Musliha muncul di televisyen menyanyikan lagu Hujan Air Mata pada 1995. Sekuat mana pun cuba menahan perasaan, hampir setiap orang menangis atau sekurang-kurangnya sebak dan tersentap perasaan saat mendengar kanak-kanak istimewa berwajah cacat itu menyanyikan lagu kisah dirinya itu.

Setiap kali klip video Siti Musliha menyanyikan lagu itu disiarkan di televisyen atau radio, ramai yang bersedia dengan sapu tangan buat pengesat air mata. Ia lagu daripada album Siti Musliha yang diterbitkan komposer Adnan Abu Hassan untuk mengutip dana bagi membiayai kos pembedahan muka kanak-kanak tersebut. Lagu itu juga layak hingga ke peringkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu 1995. Selain pernah berlakon dalam sebuah drama yang dibintangi Zaidi Omar sebagai seorang ayah yang tidak dapat menerima anaknya yang cacat.

Ini adalah lirik lagu Hujan Air Mata

Mendung berarak
Dalam hidupku
Tak siapa tahu
Derita kalbu

Tiap jelmaan
Malam dan siang
Airmataku bagaikan hujan

* Usahlah diri ini dibezakan
Usahlah diri ini disisihkan
Kita semua
Di pentas dunia
Yang sama

** Ku sedar diri serba kekurangan
Meratap dan mencari perlindungan
Darimu insan
Ku gantung setinggi harapan

*** Pada mereka yang membantu
Redhakanlah aku
Setiap budi yang diberi
Ku bawa ke mati

**** Terima kasih
Padamu teman
Selamat tinggal
Aku ucapkan
Di malam sunyi
Yang memisahkan
Airmataku
Bagaikan hujan

Ulang * hingga ****

Lagu: Adnan Abu Hassan
Lirik: Amran Omar


Siti Musliha kini!

Kini, usianya sudah mencecah 29 tahun. Siti Musliha masih seperti dulu, tetap petah, bercakap lemah-lembut dan tersusun kata-katanya. Ungkapannya sentiasa merendahkan diri. Siti Musliha juga sekarang ini terpaksa bernafas melalui mulut selepas hidungnya kembali tersumbat berikutan tumbesaran yang dialaminya.
Ketika ditemuramah oleh akhbar Utusan pada tahun lepas, Siti Musliha baru saja pulang daripada menunaikan umrah. Menurutnya, beliau bukan menghilangkan diri. Tapi mendekati Illahi. Menariknya, beliau bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian. Tetapi juga berkebolehan menghabiskan 30 juzuk ayat suci Al-Quran.

Siti Musliha Kini
“Saya penuhi masa di rumah dengan bersolat atau membaca al-Quran. Saya juga menonton program keagamaan di saluran televisyen,” katanya kepada Jurnal.
Sesekali Siti Musliha akan keluar menjamu selera di McDonald’s atau pergi makan aiskrim. Kadangkala dia keluar selepas solat Maghrib bersama keluarga untuk menonton wayang tengah malam.
Siti Musliha mengerjakan umrah bersama ibu bapanya di Tanah Suci Mekah. Ibadat itu menuntut pergerakan yang banyak terutamanya semasa melakukan tawaf dan sai.
Namun, Siti Musliha lebih gembira berjalan kaki daripada menggunakan kerusi roda. Katanya, saat tapak kakinya memijak Masjidil Haram, hatinya tidak putus-putus memanjatkan syukur kerana itulah impiannya selama ini.
Dan sekali lagi di hadapan Kaabah, air matanya bercucuran sambil menadah tangan dan berdoa: “Ya Allah ya Tuhanku, aku bermohon kepada-Mu, pulihkan pancainderaku agar aku dapat melihat dengan jelas dan merasai kehebatan ciptaan-Mu di alam ini.”
Siti Musliha bagaikan dapat merasakan betapa dekat dirinya dengan Tuhan ketika itu.

Mungkin ramai yg tidak kenal beliau, tapi inilah insan istimewa yang pernah menemani kita dahulu. So apa2 pon, kita dooakan yang terbaik buat beliau. Jom ramai2 dengar Hujan Air Mata nyanyian Siti Musliha.




Sumber: http://mayrahazim.blogspot.com

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom layan karya karya asli Ary... Klik Gambar Derrrr...