Halaman

Selasa, 6 Mac 2012

Air Mata An-nur...

            Lagu ni penuh jiwa... itulah yang aku rasakan... kalau tak... tak kan la An-nur penyanyi Lagu Buat Ibu ini tak dapat menahan diri dari mengalirkan air mata ketika membawa lagu ni kali pertama secara live di Plaza Pontian 4hb Mac 2012 lepas... hinggakan ada penonton yang turut sama rasa terharu.

An-nur

         Persembahan ini berlangsung di Plaza Pontian dimana An-nur ( 12 tahun )dan seorang lagi artis cilik iaitu Sheikh yang berumur 10 tahun  ( juga artis naungan Sejuta Suara Production ) menjadi jemputan bagi mengadakan persembahan di sana... Anjuran bersama Plaza Pontian dan Sejuta Suara Production pada masa tu membuka ruang bagi sesiapa yang ingin berkaraoke dan juga mengadakan pertandingan mewarna bawah 12 tahun di samping di hiburkan oleh Adik An-nur dan Sheikh.

Banner di hadapan Plaza Pontian

            Nanti kita bercerita tentang adik Sheikh dan lain lain yang di acarakan pada masa tu, apa yang aku nak ceritakan sekarang saat An-nur menyampaikan kali pertama secara live " Lagu Buat Ibu "... seperti yang aku katakan tadi... lagu ni memang betul betul penuh jiwa... korang dengarkan betul betul... dan hayatilah lagu ini... mustahil tak terusik hati korang...

            Jom kita tengok video rakaman semasa An-nur menyanyikan lagu " Lagu Buat Ibu " kali pertama secara live di Plaza Pontian.. kita lihat reaksi An-nur... 



            Sesungguhnya... aku rasa bersyukur dapat menghasilkan melodi dan lirik yang indah dalam lagu ni... Di kuatkan lagi oleh Shamz.. juga seorang komposer yang telah mengubah muzik buat Lagu Buat Ibu ini.. Dan di tambah dengan suara dan penghayatan oleh Adik An-nur... menjadikan lagu ini betul betul penuh jiwa...

Ary, An-nur Dan Shamz
           Oh ya... kalau korang nak dengar Lagu Buat Ibu dalam versi rakaman studio... korang just klik DISINI korang bole tengok video klip Lagu Buat Ibu oleh An-nur..

           Dan juga korang nantikanlah ye single An-nur yang kedua... juga lagu dan lirik ciptaan aku yang bertajuk " Berikan Aku Cahaya" .. kalau korang nak dengar demo lagunya .. korang klik DISINI... Terima kaseh buat korang yang sudi support Adik An-nur... doakan kejayaan dia ye...  

           Korang nak tahu...

           An-nur cakap... An-nur sayaaaang Mak....




1 ulasan:

NOOR FATIN berkata...

comelnya an-nur ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom layan karya karya asli Ary... Klik Gambar Derrrr...