Halaman

Selasa, 14 Jun 2011

Contest Bersama Ary... Tunjukkan Bakat Anda...

Syarat Contest Telah Di Up To Date!!!!!

         Assalammualaikum... buat semua yang mungkin ternanti nanti contest dari ary... huhuhu... da usha belum lagu lagu ary? belum? xper.. mungkin inilah masanya...

          Inilah kali pertama ary menganjurkan contest, dan ary tak tahu bagaimana sambutan korang... dan apa yang penting ary nak berhibur.. dan ary nak korang juga terhibur.. bole?

          Contest apa yek yang ary nak anjurkan ni... sepertimana yang korang tau dan korang nak tau.. ary seorang pencipta melodi dan lirik yang bergerak sendiri.. ary mencipta melodi lagu dan lirik, dan tentunya.. lagu lagu ary satu pun korang belum dengar di radio atau di mana mana media masa.. kenapa? sebab lagu lagu ciptaan ary belum berpeluang ke arah sana... ary ingin tapi belum ada ruang buat ary..

          Itulah sedikit yang kome perlu tau tentang ary.. dan ary nak mencabar korang menyanyikan lagu lagu ciptaan ary... amacam? ada berani? ada berani nak lagukan lagu yang korang tak pernah dengar? sebelum apa apa.. jom baca syarat syaratnya dulu...

a ) mula mula kena buat entry dalam blog korang tentang contest ary ni... ala korang cite la apa apa... da suda nanti letak link entry korang kat komen entry ary ni ye... tajuknya korang letak.. " Contest Bersama Ary... Tunjukkan Bakat Anda..." 
 
b ) pahtu dalam entry korang jangan lupa letak header ary ye... penting ni tau... huhuhu... ni kat bawah ni header ary...


c ) dan korang pilih la salah satu lagu lagu ciptaan ary ( ada 53 video lagu semuanya ).. contoh lagu ciptaan ary seperti...
      
                               1 ) Syakila                                   
                               2 ) Cinta
                               3 ) Biarkan Aku
                               4 ) Ada Cinta
                               5 ) Episod Cinta Kita
                               6 ) Kau Satunya

...haa kat atas ni, antara lagu lagu ciptaan ary.. tapi korang ble juga jengah jengah lagu lagu ciptaan ary yang lain.. korang bebas pilih mana satu.. tapi.. cuma lagu dan lirik ciptaan ary sahaja tau..

d ) alat muzik yang digunakan bebas sebab ary nak lihat kreativiti korang...korang nak main gitar ke, keyboard ke, korang nak bawak jamming pun bole..korang nak bernyanyi tanpa muzik pun bole.. apa yang penting penyampaian korang.. ary inginkan originaliti lagu ary... maksudnya... jenis muzik atau rentak lagu terpulang pada korang.. namun kekalkan nada nyanyian lagu lagu ary... jangan di ubah... ary pentingkan originaliti...

e ) Rakam dalam bentuk video.. dan dalam video tu wajib sebelum nyanyi... Korang kena pekenalkan diri sendiri... dan nyatakan lagu pilihan korang.. dan beritahu juga ary sebagai pencipta lagu pilihan korang... dan yang penting juga.. video tu korang musti uploadkan ke http://www.1tube.com .. mana mana yang belum ada akaun tu.. ble bukak jugak ye... jangan lupa suruh kawan kawan vote... markah tuuu.... tajuk video sama "Contest Bersama Ary... Tunjukkan Bakat Anda..."

f ) kalau korang menghadapi masalah kod lagu atau lirik lagu bole hubungi ary melalui facebook ary.. klik sini atau email ary di ariasputera@ovi.com.. tapi ary beritahu dulu.. kalau bole korang usaha la sikit.. ary kalau banyak sangat yang minta lirik dan kod lagu.. takut ary tak terlayan pulak.. harap faham ye.. apa pun ary insyallah bantu..

g ) "Contest Bersama Ary... Tunjukkan Bakat Anda..." bermula 17hb Jun 2011 dan tamat 31 July 2011

            Haa... agak berjela juga syarat ye kan.. agak mencabar tapi terpulang pada korang laa kan,.. hendak seribu daya.. jom kita usha apa hadiah yang menanti korang pulak...

Secara Ringkas syarat Contest Bersama Ary... Tunjukkan Bakat Anda...
yang telah di UP TO DATE!!!!

1 ) Buat Entry mengenai contest ini dan di dalam entry korang wajib ada...
               
          a ) Header Ary Ariasputera
          b ) Video 'cover' korang

2 )Video 'cover' pula wajib...

           a ) Sebelum menyanyi wajib...
                  ~ perkenalkan diri sendiri
                  ~ nyatakan lagu pilihan korang
                  ~ beritahu juga Ary Ariasputera sebagai pencipta lagu itu
           b ) Tajuk Video " Contest Bersama Ary... Tunjukkan Bakat Anda..."
           c ) Upload video di http://www.1tube.my/

3 ) Like wall  Facebook Ary Ariasputera bersama bakat orang kita dan letak entry dan video anda disitu
                                  
3 ) Letak url entry korang di komen entry Contest ary ini... siap!!



Maafkan ary jika ada sebarang kekeliruan.


Hadiah " Contest Bersama Ary... Tunjukkan Bakat Anda... "

Hadiah yang pertama
        Ada dua orang yang berpeluang dapat hadiah pertama ini, iaitu seorang blogger lelaki dan seorang blogger perempuan yang berbakat..

hadiah yang menanti...

a ) ary akan ciptakan dua buah lagu dan lirik ciptaan ary yang khas buat nyanyian dua orang pemenang iaitu seorang blogger lelaki dan seorang blogger perempuan.. dimana lagu tu ary sendiri tak nyanyi dan tak ary videokan, tapi ary ciptakan khas buas buat pemenang untuk nyanyian pemenang itu sendiri.. bermaksud lagu yang ary ciptakan itu.. pemenang contest arylah yang pertama menyanyikan lagu itu.. bagaimana ary nak beri lagu tu.. rahsia tapi ia akan tetap ary berikan..

b ) RM 50 dan cenderahati dari ary...

Hadiah ditempat yang kedua
a ) Rm 30 dan cenderahati dari ary

Hadiah ditempat yang ketiga
a ) Rm 20 dan cenderahati dari ary

Hadiah sampingan buat 20 video 'cover' terbaik pilihan ary
a ) 20 cenderahati dari ary




          Mungkin hadiah ary kecil tapi besar harapan ary... nak berhibur bersama korang... oh ya! semua video yang terbabit...maksudnya video korang larrr... ary akan uploadkan dalam channels youtube ary... dan ary akan promote semua video yang terbabit dalam contest ini.. di facebook dan di blog ini... semua sekali tanda penghargaan daripada ary buat korang... selamat mencuba!!!!!

23 ulasan:

| schaza | berkata...

ala nak join.. tp x pandai nak maen gitar.. band pon x der.. uhuuuu

destiny hope of mrayc berkata...

aq reti nyanyi, tp suare aq mcm hapeeee...

Ary ariasputera berkata...

*princes.. huhu.. cuba cari kawan kawan yang pandai main gitar tuk iringi princes... nyanyi gitu pun bole tapi kurang seri takde muzik.. masa banyak lagi ni tau

*hasrul... ala ary pun nyanyi tak sedap sebenarnya..

Farierahasanz berkata...

susa nye syarat die . .tp berminat.!! but mmg taa reti langsung naa maen alat muzik.!! hehee

peNulis SeNjA berkata...

susah nye syarat2 tu .. alahaiiiiiii

Tanpa Nama berkata...

ok cik emma akn join.. tunggu k :)

Ary ariasputera berkata...

da dua orang kata susah syarat nyer ni.. apa yang susah ni.. bg la tau ary.. mana tau ary ble terang kan..

Ary ariasputera berkata...

emma... ary suka semangat anda...

Ary ariasputera berkata...

fariera.. susah ke syarat... mana satu.. nak tahu juga..fariera ble juga wat video tanpa muzik, ble juga panggil kawan mainkan gitar... kod lagu lagu ary kebanyakan mudah aje..

L Y N berkata...

nak join.. tp... tak brapa nak reti main gitar dh :(

Ary ariasputera berkata...

xper lyn... lyn nak panggil kawan mainkan gitar pun bole...

Pendamba Mawar berkata...

bro ley PM chord Syakila ngan Ibarat Mawar?

aqiela rosli berkata...

nak join ! ! nak ! nak ! nak ! tapi , , qiela ta pandai main gitar or ape-2 jenis alat muzik , , kawan-2 pun ta ade yang pandai main gitar . . macam mane ? ? =(

Ary ariasputera berkata...

Pendamba Malam.. bole.. tapi nak tanya... " PM " tu apa... maaf ye.. ary tak tau ni...

Ary ariasputera berkata...

aqiela... sebab lagu ary baru... aqiela nak perdengarkan suara pun bole... hanya video nyanyian sahaja pun bole.. ary terima... cuma kalau ader kawan yang bole main muzik.. ajak la sama pun bole.. kalau ader... kalau takde apa bole buat ye tak.. tapi ary suka semangat aqiela...

Umie :) berkata...

ary, PM tu private message :) maknanya ary kena msg dia kat FB :)

Ary ariasputera berkata...

oo... baru la paham umie.. terima kaseh kerana bagitau umie..

Unknown berkata...

alahai..macam dah terlambat sangat lah nak join..takpe..dengar je lagu2 ary=)

Ary, tolong cipta lagu untuk kita!heee~

Ary ariasputera berkata...

huhuhu... ye la finaz.. maner ader lambat.. ader masa lagi... lagu? insyallah..ary keje kilang ni.. balik keje nanti ary cuba cari ye..heh

Cik Perabot berkata...

nak join boleh? tp blh tolong bagi cord lagu episot cinta kita tak? huhu lagu tu je y cord senang skit tgk..

Ary ariasputera berkata...

insyallah bole.. add facebook ary... nanti ary PM amy.. cewahh.. ary baru tau PM tu hapa karrr.. hehehe

Cik Perabot berkata...

hehehe.. ade.. add : myrafrozzy@yahoo.com

Ary ariasputera berkata...

ary da cari.. xder png.. add ary je la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom layan karya karya asli Ary... Klik Gambar Derrrr...