Ha! Kali ni ary nak ajak berdebat sikit... bagaimana..? xder la.. sebenarnya semuanya tentang lagu dan ciptaan ary yang ary beri tajuk "Debat".
Lagu ni versinya agak rancak... ary bercadang lagu ni untuk duet dua orang penyanyi lelaki. Tapi dalam video ni cuma sorang je la ary nyanyi... maklum la.. ary ni bergerak sendiri ajerkan.. nanti kalau da ada penyanyi yang sesuai buat lagu ni ary rakamkan ok... masatu versinya agak panjang sikit sebab lagu ni ary rakam pendek ajer.. sebab sebenarnya ada part lagi tapi ary tak sampai key.. nyanyi yang ader jela.. huhuhu..
Lagu "Debat" ni ary cipta melodi lagu dan liriknya pada 25 Jun 2010 jam 0945 pagi.... nak dengar tak? jom layan...
Amacam? Ader rasa macam semangat hangpa memuncak tak? Hehehe.. ye lor.. lagu ni memang tentang semangat... korang nak lirik tak.. hahaha.. ary ni baik ati.. jom baca apa yang ary tuliskan...
Debat...
Lagu & lirik : Ary Ariasputera
Tarikh dicipta : 25 Jun 2010 0945am
Ku gengam bara yang membara Ku dakap emas yang berubah
Ku simpan gejolak didalam Kan ku tentang syaitan yang didepan
Apalagi yang nak kau buktikan Makin serabut gilanya otak ku
Menang kalah bukannya taruhan Tapi semangat yang kau perjuangkan
Kau lupa pada semangat padi Makin tunduk makin lagi berisi
Aku datang bukan nak mengampu Aku datang kerna jalan kau hitam
Engkau datang memang nak cari pasal
Memang engkau nak buat hal
Engkau datang dengan tiba tiba.. mengamuk.. menikam... belasah
Kau gelap mata asal usul kan lupa
Kosong jiwa arah yang kau cari salah
Cepatlah mungkin temanku kau berubah
Ku kan bantu andainya kau ingin pulang
Apapun... ary amat berbangga dan bangga kerana korang sudi memperdengar hasil karya ary.. walaupun pada dasarnya suara ary tak sesedap mana.. dan ary ni tak laaarrrr sehensem mana.. ahaks! emo la pulak... tapi ary memang rasa bertuah dapat di kenali oleh korang semua...
Sebab ary bukan penyanyi, ary bukan penghibur.. ary menyanyi untuk dengarkan hasil karya ary... mungkin ramai yang kritik.. macam kata Zimi Sofarz masa ary di KipTalent tu ari... Bukan semua pencipta dapat menyanyi lagu ciptaan mereka dengan baik... ary sedar itu semua... tapi apa yang ary persembahkan... kalau korang dapat menerima ary dengan seadanya... alhamdulilah ary bersyukur... terima kaseh semua...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan