Halaman

Rabu, 6 Julai 2011

Biarpun apa... lagu ciptaan pertama untuk tahun 2011

           Askum buat semua.. kawan kawan dan buat peminat kipas-susah-mati ary.. huhuhu... ader ker... xder pun x per..korang minat untuk mendengar hasil karya ary pun tak per.. itu dah cukup memadai.. ary tak seperti composer di luar sana yang amat gah nama mereka diluar sana.. yang selalu lagu lagu ciptaan mereka di siarkan di radio..

           Ary pula? belum lagi sesiapa tahu? lagu ciptaan ary? maner nyer korang pernah dengar..kan.. nak dimainkan kat radio? ntah bila la peluang tu... namun ary bersabar... dan kehadiran korang pun dah membuatkan ary bersemangat untuk lagi terus berkarya... biarpun tidak di iktiraf...

           Okla tu.. kita sambung cerita.. kali ni ary nak bercerita tentang lagu dan lirik ciptaan pertama ary buat tahun ni.. dan juga merupakan video lagu ary yang ke 44 yang telah ary uploadkan ke channel youtube ary di http://www.youtube.com/ariasputera ( sekarang ni sewaktu di tulis ary sudah mempunyai 53 video lagu dan lirik ciptaan ary disana ).

            1tube? korang pernah dengar tak nama 1tube? Kalau korang nak tahu 1tube ini sama seperti youtube cuma ia adalah satu satunya datang dari kita.. maksudnya memang satu channel yang dihasilkan di Malaysia sendiri, dimiliki oleh anak tempatan kita... korang ble klik 1tube kalu nak singgah.. dan kalau korang nak tahu lagi, ary juga sudah mempunyai channel di 1tube ini, untuk ary letakkan segala video video lagu dan lirik ciptaan ary di sana seperti di youtube.. cuma belum banyak lah video yang ada.. nama pun barukan.. oh ya! kebanyakkan blogger seperti kita juga banyak yang upload video di 1tube. tak caya? nama nama blogger yang famous seperti cik epal, ben ashaari dan ramai lagi sudah pun mempunyai channel di 1tube. Apa lagi , usha la cepat..

            Kita sambung balik, lagu ary yang bertajuk " Biarpun apa " ini telah dicipta pada 10 January 2011 pada jam 140 pagi... nak dengar tak..? Joma layan...



   

         Macam mane? Bole ke...? err.. korang nak tak lirik lagu ni.. huhuhu.. tertulis pulak ary kat bawah ni.. jom la baca..

Biarpun Apa
Melodi lagu dan lirik ciptaan : ary ariasputera
Dilhamkan pada 10 January 2011 jam 140 pagi
Nyanyian : ary

Semalam lagi ku rindukan
jiwamu yang aku hauskan
betapa aku lemas terkapai dalam gelora

kau hembuskan gelora cinta
didalam arus yang berbeza
hingga aku tersasar saat cintamu ku kejar
yang menghilang

aku menantimu menantimu sayang walaupun kau menghilang
saatku damba
aku menantimu walau ku tahu tiada gunanya lagi
aku menunggu jantung hatiku yang tak gugur diribaku
aku kan pasrah apa terjadi kerna kau tiada disisi
aku kan rempuh biarpun apa kerna hanya kau yang ku cinta

sebelum masa teroka segala oo
kernamu ku rentas dunia
disaat ku abadi makna cinta
kau pun mana menghilang

          huhuhu... cam cedih plak rasanya... bila bacakan.. huhuhu... kalau korang nak bagi tau apa apa.. korang komen la cket.. baru la ary tau pendapat korang tentang lagu ni...

          Haa... akan datang.. insyallah ary juga akan mengadakan contest.. yang dimana ary ingin mencari.. blogger lelaki dan perempuan yang ingin mengasah bakat nyanyian dan berani menyahut cabaran ary untuk korang menyanyikan lagu lagu ciptaan ary yang pastinya korang tak pernah dengar dan nyanyi... hadiahnya.. pasti suatu kezzzzzzutan dari ary sendiri untuk korang yang menang nanti.. dan untuk tambah ceria lagi sesiapa yang nak bersama ary dalam menaja hadiah ble hubungi ary.. dan buat korang.. usha usha la cket lagu ciptaan ary, kalau berminat hafal hafalkan... kalau nak kod lagu ble hubungi ary.. akan datang ye.. usha usha la cket.. blum bermula lagi tau.. korang banyak masa lagi..

          Dannn.... terima kaseh kerana sudi meminati hasil karya dari ary.. salam sayang buat korang... dariku.. ary..

4 ulasan:

mcm ni lah berkata...

saya rasa kan bro sesuai pakai gitar classical,.
gitar accoustic macam tak sesuai dengan lagu ni n dgn bro,.
plucking kasi cantik bro,.
sori yer jika ada terguris dgn cadangan sy,.

Ary ariasputera berkata...

terima kaseh atas pendapat saudara.. ary amat hargai.. ada tiga perkara yang mungkin bro ingin tahu tentang ary..

pertama.. gitar ary cuma ader dua gitar saja, satu yang biasa satu lagi, gitar accoustic jenama starsun.. hmm ary da lama minat gitar tu.. dan itu je yang ary ader..

kedua.. ary memang tak mahir bermain gitar, tak pandai nak goreng goreng.. tak pandai main kod sampai dalam dalam.. cuma kod asas aje.. dan melalui kod asas tu juga ary dah mencipta banyak lagu..

ketiga.. da banyak kawan yang tegur.. dan insyaalah ary perbaiki..

terima kaseh buat saudara yang prihatin.. komen saudara amat ary hargai

mcm ni lah berkata...

jangan maraaaaaaaaaa,..
sy nye gitar classical brand vallencia ,..

Ary ariasputera berkata...

huhuhu... canggih arr bro... setapak maju kedepan.. ary support bro... dan tengok da nyanyian bro kat segmen Ben Ashaari... nice entry, nice song dan feeling...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom layan karya karya asli Ary... Klik Gambar Derrrr...